Sabtu, 6 September 2014

IPD dan MD Rembau berjaya serbu Jackpot kali kedua


Kedegilan sebuah premis judi haram untuk terus beroperasi setelah diserbu 4 Ogos lalu dalam operasi Majlis Daerah Rembau (MDR) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau menerima padah apabila seramai 25 individu ditahan dalam serbuan di bangunan kedai Taman Gunung Tahan, Kendong, dekat sini,  malam semalam.
 

Dalam serbuan kali kesembilan itu, dua wanita warganegara Indonesia yang dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka susulan bekerja di premis judi berkenaan turut ditahan bersama 23 lelaki masing-masing berusia antara 19 hingga 58 tahun.
 

Menurut Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif, ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 11.00 malam, pelanggan kelihatan sedang leka bermain mesin slot judi dan terdapat seorang penjaga premis yang juga merupakan warganegara Indonesia.
 

“Susulan serbuan ini, kita turut menjalankan ujian air kencing ke atas semua individu yang ditahan dan hasilnya dua lelaki disahkan positif dadah.  Dari jumlah tangkapan yang dibuat, 20 merupakan warganegara tempatan terdiri daripada 13 lelaki berbangsa India, empat lelaki Melayu dan tiga lelaki Cina.
 

“Manakala, lima lagi terdiri daripada tiga lelaki warganegara Indonesia dan dua wanita warganegara yang sama.  Kes ini bakal disiasat di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang mana jika sabit kesalahan pemilik bakal berhadapan hukuman penjara lima tahun atau denda maksimum RM10,000 bagi setiap mesin judi atau kedua-duanya,” katanya ketika ditemui selepas serbuan, dekat sini.

Pada 6 Ogos lalu melaporkan premis judi berkenaan tetap bersikap degil apabila beroperasi secara haram selepas lesen perniagaan yang berlindung di bawah lesen Pusat Hiburan Keluarga ditarik balik MDR, April lalu.

 

Sementara itu, Ibrahim berkata, bagi pemain judi pula, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 6(1) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
 

Menurutnya, pihaknya turut merampas beberapa jenis barangan kes antaranya 15 mesin slot judi dan akan terus membuat pantauan dari masa ke masa di lokasi berkenaan bagi memastikan aktiviti judi dapat dibanteras.
 

“Kita memandang serius mengenai isu ini susulan kedegilan serta sikap keras kepala pemilik judi haram untuk terus beroperasi sehingga menimbulkan rasa kurang selesa penduduk setempat.



*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.






Siri Jackpot yang lepas :
1.  Jackpot Judi Haram Bermaharajalela di Ipoh
2.  Akta Rumah Judi Terbuka Seksyen4B(A) serbuan di Kamunting
3.  Pemilik Jackpot didenda RM50,000 oleh Imigresen Teluk Intan
4.  Kedai Jackpot berleluasa di Perak BANTERASSSSS!!!
5.  Serbuan Jackpot Rampas RM120K Syabas IPD Klang
6.  NGO-NGO nak Mesin Judi Haram di BANTERAS
7.   Pusat Judi Haram Tumpas Syabas D7 IPK Johor
8.   Enakmen Syariah Negeri banteras mesin judi haram
9.   IPD Manjung BANTERAS daerah paling banyak Jackpot
10.  IPD Kota Setar BANTERAS kedai Jackpot...Syabas!!!
11.  IPD Timur Laut serbu kedai Jacpot...BANTERAS
12.  Kerajaan PERAK isytihar perangi judi haram
13.  Dedah Taukeh Judi Haram Tak Takot ke???
14.  STAFOC perangi pusat judi haram KDN komited dan serius tegas Zahid Hamidi
15.  KDN serius banteras sindiket dan gangster cipok yang melindungi kedai judi haram
16.  Kedai Jackpot...HARAM tapi KEBAL???
17.  Polis dikurung penjaga Jackpot ketika operasi di Melaka
18.  Janji Kerajaan Perak Isu Judi Haram...
19.  Pegawai Baru D7 IPK Perak Dilantik
20.  D7 IPD Ipoh Serbu Jacpot di Bercham...Ops Dadu
21.  Kedai Jacpot di Melaka diserbu rampasan dibuat
22.  Perniagaan Mesin Judi Haram asalnya dari Kongsi Gelap...


PENDEDAHAN DEMI PENDEDAHAN AKAN MUNCUL
BANTERAS HABIS-HABISAN PERNIAGAAN JUDI LEBIH-LEBIH LAGI YANG HARAM (DARI SEGI UNDANG-UNDANG NEGARA INI)


BANTERAS !!!
BANTERAS !!!
BANTERAS !!!
JUDI ITU PEROSAK BANGSA
HARAM DISISI UGAMA ISLAM


BILA ADA JUDI HARAM AKAN ADA URUSAN RASUAH...CEGAH SEBELUM PARAH!!!

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...