Isnin, 29 September 2014

BN Youth Job Fair 2014 Berjaya Mencapai Sasaran


Kira-kira 6,000 orang tidak melepaskan peluang mengunjungi Karnival Kerjaya Pemuda BN 2014 (BN Youth Job Fair 2014) di Dewan Jabatan Belia dan Sukan Negeri, di sini, anjuran Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat (PPUIB) dan Pusat Kerjaya Amanjaya (Peka).

Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata, sambutan yang diterima menggalakkan dan mencapai sasaran yang ditetapkan pihaknya.

“Kebanyakan yang hadir terdiri daripada graduan yang masih belum mendapat pekerjaan."

“Sebanyak 30 majikan mengambil bahagian dalam karnival kerjaya yang menawarkan 3, 500 jawatan kosong ini dan kita juga ada penyertaan daripada institut pengajian tingi awam (IPTA,” katanya.

Hadir dan merasmikan karnival itu, Exco Pergerakan Pemuda Umno, Dazma Shah Daud.

Sementara itu, Pengarah karnival, Mohd Iqbal Jamaluddin berkata, karnival itu menjadi landasan terbaik kepada semua golongan merebut peluang pekerjaan termasuk agensi, syarikat dan industri bagi memenuhi keperluan tenaga kerja.

“Program itu menerima maklum balas amat baik daripada pelbagai golongan termasuk graduan yang mencari pekerjaan, belia yang sudah bekerja dan usahawan muda.

“Program ini juga menunjukkan golongan muda di negeri ini bersemangat mencari pekerjaan yang lebih baik untuk meningkatkan taraf kehidupan,” katanya.

Antara syarikat yang mengambil bahagian dan menawarkan peluang pekerjaan pada karnival itu ialah Bukit Merah Laketown Resort, Carsem, Parkson Ipoh Parade, Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian negeri, Padi Beras Nasional Bhd (Bernas), Sunway Lost World of Tambun, Unisem (M) Berhad dan Edaran Tan Chong Motor.

Anjuran Pemuda Umno Ipoh Barat dan PEKA 

1 ulasan:

  1. hahaha..bullshit!! mana statistik penganjuran BN Youth Job Fair!! SETAKAT CAKAP ORG POLITIK BOLEH LA KATA BERJAYA!! Bukan ak tak tahu PEMUDA UMNO LIBERAL DAN PROGRESSIF!! BAGI BUKTI LA CHORR!! DALAM MEMBENTANGKAN PROGRAM JOB FAIR PERLU ADA BERAPA RAMAI YANG DATANG MEMOHON PEKERJAAN,BERAPA RAMAI YANG TERIMA PEKERJAAN, BERAPA RAMAI YANG TIDAK DAPAT,KENA KAJI KENAPA MEREKA TAK DAPAT KERJA ATAS SEBAB APA..PERJAWATAN YANG TIDAK SESUAI DGN KELULUSAN KA? TIADA KELULUSAN KE?BERAPA RAMAI GRADUAN YANG HADIR PECAH KEPADA SPM,SIJIL,DIPLOMA,IJAZAH, ni sbg contoh!! kalau setakat buat untuk naikkan nama dan POPULARITI contoh PAKAI STOKIN PINK INI SEMUA MUNAFIK POLITIK!! DAH ADA STATISTIK DAN KAJIAN BARULAH BOLEH BUAT JOB FAIR UNTUK TAHUN SETERUSNYA JIKA TIDAK IANYA UMPAMA PROGRAM NAK TUNJUK DAN CARI POPULAR SBB NAK JADI KETUA PEMUDA!! ak xingat la tahun bp ak dtg masa perasmian zambri dtg kelam kabut ak perhatiankan budak2 BN nak angkat pelekat I LOVE PM!!contoh ZURIAT pemuda UMNO nak tunjuk syok sendiri..sbb nnti senang bagi laporan kat UMNO HQ Negeri kata buat program!!

    IPOHMARLEY

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...