Ahad, 7 September 2014

Mesin Judi Haram Virus Kepada Masyarakat Melayu


Siri-siri kisah Jackpot yang lepas :
1.   Jackpot Judi Haram Bermaharajalela di Ipoh
2.   Akta Rumah Judi Terbuka Seksyen4B(A) serbuan di Kamunting
3.   Pemilik Jackpot didenda RM50,000 oleh Imigresen Teluk Intan
4.   Kedai Jackpot berleluasa di Perak BANTERASSSSS!!!
5.   Serbuan Jackpot Rampas RM120K Syabas IPD Klang
6.   NGO-NGO nak Mesin Judi Haram di BANTERAS
7.   Pusat Judi Haram Tumpas Syabas D7 IPK Johor
8.   Enakmen Syariah Negeri banteras mesin judi haram
9.   IPD Manjung BANTERAS daerah paling banyak Jackpot
10.  IPD Kota Setar BANTERAS kedai Jackpot...Syabas!!!
11.  IPD Timur Laut serbu kedai Jacpot...BANTERAS
12.  Kerajaan PERAK isytihar perangi judi haram
13.  Dedah Taukeh Judi Haram Tak Takot ke???
14.  STAFOC perangi pusat judi haram KDN komited dan serius tegas Zahid Hamidi
15.  KDN serius banteras sindiket dan gangster cipok yang melindungi kedai judi haram
16.  Kedai Jackpot...HARAM tapi KEBAL???
17.  Polis dikurung penjaga Jackpot ketika operasi di Melaka
18.  Janji Kerajaan Perak Isu Judi Haram...
19.  Pegawai Baru D7 IPK Perak Dilantik
20.  D7 IPD Ipoh Serbu Jacpot di Bercham...Ops Dadu
21.  Kedai Jacpot di Melaka diserbu rampasan dibuat
22.  Perniagaan Mesin Judi Haram asalnya dari Kongsi Gelap...



Sesetengah pihak berpendapat kegiatan mesin judi haram tidaklah berbahaya seperti ancaman penyalahgunaan dadah, tetapi tanpa disedari mesin judi haram ini ibarat virus yang semakin mengancam kehidupan rakyat khususnya orang Melayu.

Tanpa menyedari bahaya itu atau sengaja buat-buat tidak sedar, ada dalam kalangan agensi penguat kuasa yang tidak bersungguh-sungguh membanteras kegiatan tersebut, malah lebih buruk lagi ada antara mereka bersedia menerima rasuah daripada sindiket.

Malang sekali setiap hari, setiap malam, sindiket mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit hasil daripada kejahilan sebahagian anak Melayu yang sanggup menghabiskan wang mereka di mesin-mesin judi ini.

Ada antara mereka sudah sampai ke tahap ketagihan sehingga sanggup melakukan apa sahaja asalkan mereka boleh bermain di mesin tersebut waima terpaksa berhutang dengan ah long sekali pun.
 
Persoalannya, apakah kita hanya mampu memerhati sahaja? Apakah agensi penguat kuasa sedia ada begitu lemah dan tidak berdaya sama sekali menghapuskan kegiatan haram itu?
 
Sementara kita mengucapkan tahniah di atas kesungguhan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah kepimpinan Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk menubuhkan pasukan petugas khas bagi membanteras kegiatan judi haram tetapi kita juga tertanya-tanya apa yang dilakukan oleh agensi penguat kuasa selama ini sehingga kementerian terpaksa bertindak sehingga ke tahap itu.
 
Segala-galanya berlaku kerana wujud ketidakjujuran dalam kalangan anggota agensi penguat kuasa untuk menegakkan undang-undang bagi membanteras gejala tersebut.
 
Kegiatan mesin judi haram bukanlah dijalankan dalam hutan-hutan seperti mana perbuatan menyabung ayam oleh warga asing tetapi ia dilakukan secara terbuka termasuk di kompleks beli-belah dan premis perniagaan.
 
Berdasarkan maklumat yang diterima dari orang ramai, adalah tidak munasabah jika pihak berkuasa tidak mengetahui kegiatan itu tetapi sikap `pejamkan mata' menyebabkan sindiket tidak pernah berasa gentar dengan undang-undang.
 
Mana mungkin mereka berasa takut kalau undang-undang seolah-olah boleh mereka beli dengan merasuah anggota agensi penguat kuasa yang bersedia menjamah wang haram untuk hidup senang.
 
Sebab itulah kita sering dipaparkan bagaimana premis yang pernah diserbu beberapa kali tetap juga menjalankan kegiatan mereka. Apa yang hendak dihairankan kalau serbuan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja.
 
Sepatutnya mana-mana pengusaha yang menjalankan kegiatan ini dikenakan hukuman seberat-beratnya dan premis mereka disita, tetapi apabila soalan ini dikemukakan kepada pihak berkenaan ada sahaja alasan yang diberikan, seolah-olah undang-undang sedia ada terlalu lemah untuk menangani kegiatan mesin judi haram ini.
 
Keadaan itu menyebabkan sindiket hanya 'tersenyum' apabila premis mereka diserbu kerana ia sedikit pun tidak akan menjejaskan operasi mereka.
 
Biarpun premis itu akan ditutup sementara bagi mengaburi pihak berkuasa tetapi ia tidak akan mendatangkan sebarang kerugian kepada mereka.

Ia kerana serbuan itu bukannya dilakukan sepanjang masa, sebaliknya boleh dikatakan sekadar isyarat sahaja kononnya agensi tertentu bertindak.
 
Justeru sudah sampai masanya kerajaan khususnya kementerian-kementerian terlibat melihat dengan serius ancaman mesin judi haram ini. Gejala yang berlaku bukan sekadar soal satu kegiatan haram tetapi lebih daripada itu ia mampu memusnahkan anak-anak Melayu.
 
Menurut sumber, 99 peratus pengunjung premis mesin judi adalah anak Melayu manakala 100 peratus dalang kegiatan haram itu bukan Melayu. Bukannya mahu bersikap perkauman tetapi ingin menyedarkan pihak tertentu betapa bahayanya gejala itu.
 
Oleh itu, langkah tegas perlu dilaksanakan bagi menyelamatkan anak Melayu supaya tidak terus menjadi mangsa sindiket mesin judi dan dalam mencapai matlamat ini operasi pembersihan dalam agensi penguat kuasa juga harus dilaksanakan.
 
Ia memandangkan ada antara mereka bersedia menjadi 'balaci' kepada sindiket tanpa memikirkan kesannya kepada anak bangsa. Kuasa yang mereka miliki bukannya digunakan membanteras kegiatan tersebut sebaliknya menjadikan kegiatan haram itu sebagai `lubuk' untuk menambah pendapatan secara haram.

Selagi sikap tamak dan mahu hidup senang dengan rezeki haram ini terus wujud maka selagi itulah kegiatan mesin judi haram tidak dapat dihapuskan.
 
Semoga ketegasan KDN melalui pasukan petugas khas yang bakal beroperasi Disember ini akan membuahkan hasil dan paling penting memberi isyarat kepada mana-mana juga sindiket bahawa mereka tidak boleh membeli undang-undang, biar pun ada antara anggota agensi penguat kuasa bersedia mengadaikannya untuk kepentingan peribadi.


*artikel diatas dipetik dari laman sesawang akhbar tempatan.


BANTERAS !!!
BANTERAS !!!
BANTERAS !!!
JUDI ITU PEROSAK BANGSA
HARAM DISISI UGAMA ISLAM
BILA ADA JUDI HARAM AKAN ADA URUSAN RASUAH...CEGAH SEBELUM PARAH!!!



2 ulasan:

  1. Sebab hang tak dapat hang kata haram. Tengok hang juga antara yg gila main benda haram ni.

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...