Rabu, 30 Julai 2014

KDN serius banteras sindiket dan gangster cipok yang melindungi kedai judi haram


Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan perjumpaan dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi membincangkan mengenai sindiket perjudian haram yang dilihat semakin serius.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perjumpaan dengan pemimpin negeri termasuk di negeri pembangkang itu akan dijalankan dalam masa terdekat bagi mendapatkan komitmen mereka dalam usaha membanteras kegiatan itu.


 “Saya yakin negeri pembangkang juga menyokong usaha dilakukan kementerian dan PDRM (Polis Diraja Malaysia). Justeru, saya akan bertemu dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri berkenaan.
“Ini kerana saya fikir masalah perjudian haram terlalu serius (di negeri pembangkang)... saya fikir Selangor paling hebat (judi haram),” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis berbuka puasa Kementerian Dalam Negeri, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, kementerian juga akan menyediakan kertas mesyuarat untuk semua pemimpin negeri bagi memastikan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak lagi mengeluarkan lesen Pusat Hiburan Keluarga (PHK).
 

Katanya, inisiatif itu adalah komitmen kerajaan untuk membanteras kegiatan judi haram, selain turut mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan agensi berkaitan di peringkat Persekutuan.

Ahmad Zahid berkata, kementerian juga akan mempertimbangkan cadangan untuk menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bukan hanya kepada KDN dan PDRM, tetapi diperluaskan kepada semua agensi Pusat dan negeri apabila undang-undang membanteras judi dilaksanakan.

Selain itu, katanya, kementerian juga mengalu-alukan usaha Jabatan Peguam Negara untuk membantu menyegerakan pindaan undang-undang berkaitan membanteras dan mencegah judi haram. 


Kegiatan perniagaan mesin judi haram di negara ini dipercayai dikuasai oleh sekurang-kurangnya sembilan sindiket yang beroperasi di ibu negara dan mempunyai rangkaian kerjasama dengan sindiket perjudian antarabangsa seperti di Hong Kong, Macau serta Taiwan.

Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, risikan pihaknya mendapati sindiket itu berperanan membekalkan perkakasan perjudian berinternet kepada penganjur atau pengusaha premis mesin judi di seluruh negara dengan keuntungan dibahagi 60:40.

Katanya, 10 peratus daripada keuntungan yang diperoleh oleh sindiket berkenaan pula akan diagihkan kepada sindiket di luar negara yang menjaga sistem talian perjudian menerusi rangkaian laman web antarabangsa.

"Sistem perjudian secara talian ini membolehkan sindiket di ibu negara memantau dan mengetahui jumlah keuntungan yang diperoleh di setiap premis.

"Sindiket antarabangsa pula berperanan menjaga sistem talian perjudian bagi memastikan penganjur sentiasa boleh menang," katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Mohd. Firdaus mendakwa, pemilik premis yang terlibat dalam kegiatan mesin judi haram perlu menanggung sendiri semua kos operasi termasuk membuat bayaran kepada anggota penguat kuasa dengan menggunakan khidmat tonto.

Katanya, tonto yang wujud di setiap daerah dan negeri akan mengutip wang antara RM5,000 hingga RM10,000 sebulan daripada pemilik premis bagi tujuan berkenaan dengan mengambil sebahagian daripadanya sebagai upah manakala sebahagian lagi sebagai wang sogokan kepada agensi penguat kuasa.

"Kumpulan tonto ini turut melindungi premis-premis mesin judi haram termasuk mengancam mana-mana pihak yang tampil membuat aduan," katanya.





 
JUDI HARAM
JUDI ITU PEROSAK BANGSA




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...