Isnin, 7 Julai 2014

Enakmen Syariah Negeri banteras mesin judi haram





Pihak berkuasa agama negeri diingatkan supaya sentiasa menggempur kegiatan mesin judi haram dan menguatkuasakan undang-undang di bawah enakmen syariah masing-masing kepada penganut Islam yang terjebak dengan kegiatan tidak bermoral itu.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, usaha itu melibatkan banyak pihak seperti polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan orang Islam yang terlibat perlu dikenakan tindakan sewajarnya demi keutuhan akidah mereka.

"Jabatan agama Islam negeri sentiasa kita ingatkan untuk menguatkuasakan tindakan kepada orang Islam yang terjebak dengan judi ini bukan sahaja di bulan Ramadan, malah di bulan-bulan lain.

"Ada peraturan dan enakmen negeri-negeri yang memperuntukkan tidak membenarkan orang Islam bermain mesin judi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan iaitu buah kurma dan air zam-zam kepada 44 imam masjid Parlimen Jerai di Guar Chempedak, di sini semalam.

Sementara itu D7 menahan lapan kaki judi termasuk dua warga emas selepas menyerbu tiga buah premis dalam Op Bersepadu di Taman Cempaka dekat Ipoh semalam.

Dalam operasi yang dijalankan pada pukul 9.30 malam itu, polis turut merampas 63 set komputer dan wang tunai RM260 yang membabitkan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM126,000.

Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) negeri, Deputi Supritendan Zailani Mohd. Yussof berkata, serbuan di kafe siber itu dijalankan oleh sepasukan 25 anggota D7 dan 24 anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Katanya, dalam serbuan itu, kesemua lelaki berusia antara 30 hingga 60 tahun ditahan ketika leka bertaruh.
"Siasatan mendapati, premis ini pernah diserbu sebelum ini, namun pemiliknya masih berdegil dan tetap menjalankan kegiatan yang sama.

"Kita juga mendapati, pintu masuk utama premis yang diserbu dilengkapi dengan sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang bertujuan mengesan kehadiran pihak berkuasa,'' katanya di sini hari ini.
Tambahnya, pintu belakang premis berkenaan juga mempunyai sistem kawalan bagi memudahkan mereka melarikan diri.

Katanya, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan.

Sementara itu, Pengarah Perlesenan dan Penguatkuasaan MBI, Zulkifle Jaafar Sidek berkata, ketiga-tiga premis yang diserbu itu didapati tidak mempunyai lesen perniagaan.
"Pihak majlis memandang berat hal ini dan akan terus membanteras kegiatan judi haram agar tidak berleluasa di negeri ini,'' katanya.

1 ulasan:

  1. RIZAL RENOVATION AND PLUMBING 0123905895
    CO . NO . P . 002359196.
    ubahsuai rumah / pejabat
    buat porch / dapur
    pasang tile / jubin
    kerja kerja paip
    baiki atap bocor
    pintu& tingkap
    buat cabinet kayu / batu
    potong pokok / rumput
    plaster ceiling
    grille & awning & auto gate
    wiring plug & main suis
    membaiki bilik air / tandas
    mengecat rumah / pejabat
    Tukar atap dan lain lain
    jika tuan / puan berminat sila hubungi di talian 012 3905895 .perkhidmatan berkualiti..

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...