Rabu, 29 Jun 2016

Barisan Kabinet Malaysia 2016


Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Noh Omar kembali menyertai Kabinet apabila dilantik sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di pejabatnya di Perdana Putra pada 27hb Jun 2016.
Sementara itu, Datuk Abdul Rahman Dahlan mendapat portfolio baharu sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bagi mengetuai Unit Perancang Ekonomi bagi menggantikan Tan Seri Abdul Wahid Omar yang buat keputusan tidak meneruskan tempoh sebagai senator.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani dinaikkan pangkat sebagai Menteri Kewangan II bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kerajaan atas sebab peribadi.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mah Siew Keong dilantik sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bagi menggantikan Datuk Seri Douglas Unggah Embas yang meletakkan jawatan selepas bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.
Unggah kini merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak.
Dalam pada itu, bagi jawatan timbalan menteri, muka baharu yang dilantik menyertai Kabinet ialah Datuk Othman Aziz sebagai Timbalan Menteri Kewangan.
Datuk Nasrun Mansur dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bagi menggantikan Allahyarham Datuk Noriah Kasnon yang meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak baru-baru ini.
Selain itu terdapat dua pertukaran portfolio melibatkan Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Kewangan yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Tempat Chee Leong digantikan oleh Datuk Chua Tee Yong.
Jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan yang ditinggalkan Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah selepas dilantik sebagai Menteri Besar Kedah diganti oleh Datuk Henry Sun Agong.
Turut dilantik Datuk Seri SK Devamany sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.



*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...