Jumaat, 18 Mac 2016

IPOH Bebas Dari Mesin Judi Haram


Tiada mesin judi haram dikesan beroperasi di bandar raya ini terutama di pusat hiburan keluarga, kata Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan berdasarkan maklumat orang ramai, kebanyakan mesin judi yang didakwa beroperasi di pusat hiburan keluarga di sini, mempunyai lesen.

"Ini salah tanggapan, di Ipoh, kosong tiada mesin judi haram sebab semua yang dianggap mesin judi adalah permainan dalam pusat hiburan keluarga.

"Semua pusat hiburan keluarga di Ipoh beroperasi secara sah, mempunyai lesen perniagaan, maka tiada tindakan boleh diambil" katanya kepada pemberita selepas 

Program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) di Pasar Awam Gunung Rapat di sini, hari ini.

Chang Keong berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan banyak pihak mengenai terdapat mesin judi haram beroperasi secara berleluasa di bandar raya ini.

Ditanya mengenai kes samun di sebuah kedai emas di Jalan Sultan Iskandar di sini pada Rabu Chang Keong berkata, pihaknya mendapati modus operandi sekumpulan lima penyamun itu adalah baharu di daerah ini.

"Dalam kejadian semalam, penyamun berkenaan masuk ke premis dan menunjukkan dua benda seakan-akan senjata api.

"Ini modus operandi baharu di Ipoh kerana kebanyakan kes samun kedai emas (di Ipoh) adalah dengan masuk ke kedai dan terus pecahkan peti pameran," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 2.59 petang semalam, lima penyamun mengambil masa kurang tiga minit melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM750,000.

Mengenai program HPP hari ini, Chang Keong berkata, kira-kira 60 pegawai dan anggota terlibat bagi memberi keyakinan kepada orang ramai mengenai usaha polis mengekang jenayah.


*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.




 Siri-siri kisah Jackpot yang lepas :
1.   Jackpot Judi Haram Bermaharajalela di Ipoh
2.   Akta Rumah Judi Terbuka Seksyen4B(A) serbuan di Kamunting
3.   Pemilik Jackpot didenda RM50,000 oleh Imigresen Teluk Intan
4.   Kedai Jackpot berleluasa di Perak BANTERASSSSS!!!
5.   Serbuan Jackpot Rampas RM120K Syabas IPD Klang
6.   NGO-NGO nak Mesin Judi Haram di BANTERAS
7.   Pusat Judi Haram Tumpas Syabas D7 IPK Johor
8.   Enakmen Syariah Negeri banteras mesin judi haram
9.   IPD Manjung BANTERAS daerah paling banyak Jackpot
10.  IPD Kota Setar BANTERAS kedai Jackpot...Syabas!!!
11.  IPD Timur Laut serbu kedai Jacpot...BANTERAS
12.  Kerajaan PERAK isytihar perangi judi haram
13.  Dedah Taukeh Judi Haram Tak Takot ke???
14.  STAFOC perangi pusat judi haram KDN komited dan serius tegas Zahid Hamidi
15.  KDN serius banteras sindiket dan gangster cipok yang melindungi kedai judi haram
16.  Kedai Jackpot...HARAM tapi KEBAL???
17.  Polis dikurung penjaga Jackpot ketika operasi di Melaka
18.  Janji Kerajaan Perak Isu Judi Haram...
19.  Pegawai Baru D7 IPK Perak Dilantik
20.  D7 IPD Ipoh Serbu Jacpot di Bercham...Ops Dadu
21.  Kedai Jacpot di Melaka diserbu rampasan dibuat
22.  Perniagaan Mesin Judi Haram asalnya dari Kongsi Gelap... 
32. STAGG untuk tangkap Jerung...KDN
33.  IPOH Bebas Dari Mesin Judi Haram

 

 

 

BANTERAS !!!

BANTERAS !!!

BANTERAS !!!

JUDI ITU PEROSAK BANGSA

HARAM DISISI UGAMA ISLAM



BILA ADA JUDI HARAM AKAN ADA URUSAN RASUAH...CEGAH SEBELUM PARAH!!!

2 ulasan:

  1. Ate benor ke ni OCPD oii? Memang ler ada lesen pusat hiburan keluarga, tp kalo x silap ler kan, antara syarat² dlm lesen tu menetapkan setiap premis hiburan keluarga kena tutup jam 12mlm, tp ada yg bukak smpi 24jam sehari.. smpi x penah tutup brbulan² pun ada.. xtau ler plak syarat² tu dh ditukar.. boleh ler bwk pindah semua kain baju, bantal tilam kedlm premis tu.. hahaha.

    BalasPadam
  2. depa bukan boleh percaya...bila wang dah lalu bawah meja itulah yang jadi nya

    cuba lalu kat jalan yang kalsom di tengah2 malam kot boleh kira berapa biji kedai jakpot dari trafik light kat mutiara sampai ke trafik light SOS

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...