Khamis, 23 Oktober 2014

Datuk Param perlu dedah judi haram di Perak....atau ???


Terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan iaitu Pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata meskipun tidak terlibat secara langsung tetapi ada ahli politik yang dikesan dibiayai dengan hasil pusat perjudian haram tersebut.

"Tidak ada ahli politik yang terlibat secara langsung tetapi mungkin ada yang memperolehi wang daripada pendapatan hasil perjudian itu untuk melakukan kegiatan politik.

"Berdasarkan laporan yang saya perolehi ada ahli politik yang terlibat...saya tidak mahu menuduh, tetapi jika mahu pembuktian pihak polis ada bukti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata dalam masalah perjudian atau kegiatan jenayah sepatutnya mana-mana ahli politik tidak bersekongkol dengan individu atau pertubuhan haram.

Ahmad Zahid diminta mengulas laporan akhbar mengenai kegiatan perjudian di tiga kawasan berkenaan yang dikatakan kebal untuk ditembusi pihak berkuasa.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak parti politik dapat mengambil tindakan terhadap ahli-ahlinya yang terlibat dibiayai dengan kegiatan perjudian haram.

"Kami juga mohon kerjasama orang ramai, bukan sahaja melaporkan tetapi bersama-sama mengambil tindakan dengan pihak berkuasa, kerana apa yang berlaku sekarang bila ada permintaan maka adalah penawaran," katanya.



Kerajaan negeri Perak tidak akan berkompromi dan melindungi mana-mana pihak dalam soal yang melibatkan keselamatan rakyat di negeri ini.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta pihak berkuasa, khususnya Polis Di Raja Malaysia (PDRM), menjalankan siasatan terperinci mengenai perkara tersebut.

Menurut beliau, kerajaan negeri memandang serius perkara itu dan berharap pihak polis menjalankan siasatan menyeluruh kerana mereka lebih memahami senario sebenar perkara tersebut.

Beliau berkata, siasatan itu perlu bagi membuktikan sama ada dakwaan yang dibuat itu benar atau tidak dan semua pihak perlu mengambil positif tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak.

"Kerajaan negeri dengan sejelas-jelasnya tidak akan melindungi mana-mana pihak termasuk seperti mana yang disebutkan oleh YB Menteri mengatakan ada di kalangan ahli-ahli politik yang terlibat umpamanya juga kita tidak akan melindungi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke dua buah rumah warga miskin yang menyambut Deepavali di Manjung pada Rabu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan iaitu pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak.

Sebelum itu, sebuah akhbar turut melaporkan bahawa terdapat kegiatan kongsi gelap ala mafia di Kuala Sepetang yang dikatakan kebal dari sebarang tindakan.

Bagaimanapun, Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, kegiatan kongsi gelap dan jenayah di kawasan itu memang ada tetapi belum sampai ke tahap yang membimbangkan.

Polis Perak tidak menafikan terdapat kegiatan kongsi gelap atau aktiviti jenayah di Kuala Sepetang tetapi ia masih belum sampai pada tahap yang membimbangkan.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, laporan yang mendakwa terdapat kegiatan mafia di kawasan persisiran pantai itu adalah tidak benar.

Menurut beliau, kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan itu memang ada, namun bukanlah hingga ke tahap mendatangkan bahaya kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut.

"Ia tidaklah berleluasa dan tidak ada sebarang mafia yang bermaharajalela seperti yang dikatakan oleh Mingguan Malaysia pada keluaran Ahad lepas," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Perak, Ipoh pada Selasa.

Kenyataan itu dibuat berikutan laporan daripada akhbar nasional pada Ahad lepas mengenai kegiatan mafia yang dapat mengancam keselamatan penduduk dan berlaku secara aktif di kawasan tersebut.

Paramasivam berkata, laporan akhbar itu sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran di kalangan penduduk tempatan dan boleh menjejaskan perniagaan mereka, lebih-lebih lagi Kuala Sepetang turut terkenal sebagai salah satu pusat pelancongan.

Beliau menambah, ketua kampung di kawasan tersebut turut menyatakan rasa tidak puas hati dan telah membuat laporan polis berkenaan dengan laporan akhbar itu.

"Mereka bimbang yang kenyataan yang tidak berasas yang tidak didalami secara terperinci akan menjejaskan perniagaan mereka, sektor "eco-tourism" dan mencemarkan nama baik Kuala Sepetang," katanya lagi.

Beliau memberitahu, terdapat 36 kes melibatkan kes pecah rumah, curi motosikal, rampasan barang penyeludupan, perjudian haram dan hanya satu kes bunuh dilaporkan di sekitar Kuala Sepetang sejak Januari 2014.

Menurutnya, polis akan terus membuat pemantauan khas dan menghantar anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah ( JSJ), marin, narkotik dan IPD Taiping untuk membantu membuat risikan, serbuan, pengesanan aktiviti jenayah dan tangkapan, baik dari segi perhilitan, perjudian, perikanan, penyeludupan dan sebagainya.

Dalam pada itu, Paramasivam menasihatkan orang ramai agar memahami konsep sebenar istilah mafia sebelum membuat sebarang spekulasi agar tidak menimbulkan kerisauan di kalangan komuniti.

Beliau menjelaskan, mafia adalah satu kumpulan sindiket yang mempunyai organisasi teratur dan bertindak mengawal segala aktiviti di kawasan mereka dalam apa cara sekalipun.

"Cuba fikirkan secara logik, jika benar mafia bergiat aktif di Kuala Sepetang, masa kan ada pelancong yang masih datang dan melawat kawasan tersebut, penduduk juga tidak akan dapat menjalankan perniagaan mereka secara aman," tambahnya.






30.     Tahniah D7 IPK Perak serbu Kasino Lido di Ipoh

 

 

 

BANTERAS !!!


BANTERAS !!!


BANTERAS !!!


JUDI ITU PEROSAK BANGSA


HARAM DISISI UGAMA ISLAM






BILA ADA JUDI HARAM AKAN ADA URUSAN RASUAH...CEGAH SEBELUM PARAH!!!

1 ulasan:

  1. KPN Perak spin kaitkan pelancong pulak. PDRM Perak buat-buat cover line. Kata orang bangkai gajah dah tak boleh nak sorok dah.

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...