Jumaat, 10 Oktober 2014

Skuad Taktikal Khas 3 PDRM banteras judi, maksiat dan kongsi gelap


Pembentukan pasukan polis khas untuk membanteras kegiatan judi, maksiat dan kongsi gelap yang dikenali Skuad Taktikal Khas 3 pada Disember ini perlu mendapat kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat pembekal tenaga elektrik di negara ini.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, usaha membanteras jenayah perjudian tidak seharusnya dipikul Polis Diraja Malaysia (PDRM) semata-mata jika mahu melihat ia mencapai kejayaan dalam tempoh terdekat.

“PBT juga patut bantu polis kerana merekalah yang mengeluarkan lesen kepada siber kafe yang menjalankan kegiatan judi siber. Mereka boleh batalkan lesen sekiranya premis berkenaan melanggar syarat lesen dan melaporkannya kepada polis.


“Malah saya melihat, syarikat pembekal tenaga elektrik seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga boleh membantu polis ‘melumpuhkan’ segera aktiviti judi di premis berkenaan dengan memotong bekalan elektrik mereka,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dan menyambut baik cadangan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membentuk Skuad Taktikal Khas 3 itu pada persidangan Dewan Rakyat kelmarin.


Skuad khas dengan kekuatan 200 pegawai dan anggota itu akan membuat serbuan serta pemeriksaan ke atas pusat-pusat yang menganjurkan perjudian di seluruh negara selain turut berperanan sebagai pasukan penyiasat penggubalan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001.




*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan





 Siri-siri kisah Jackpot yang lepas :
1.   Jackpot Judi Haram Bermaharajalela di Ipoh
2.   Akta Rumah Judi Terbuka Seksyen4B(A) serbuan di Kamunting
3.   Pemilik Jackpot didenda RM50,000 oleh Imigresen Teluk Intan
4.   Kedai Jackpot berleluasa di Perak BANTERASSSSS!!!
5.   Serbuan Jackpot Rampas RM120K Syabas IPD Klang
6.   NGO-NGO nak Mesin Judi Haram di BANTERAS
7.   Pusat Judi Haram Tumpas Syabas D7 IPK Johor
8.   Enakmen Syariah Negeri banteras mesin judi haram
9.   IPD Manjung BANTERAS daerah paling banyak Jackpot
10.  IPD Kota Setar BANTERAS kedai Jackpot...Syabas!!!
11.  IPD Timur Laut serbu kedai Jacpot...BANTERAS
12.  Kerajaan PERAK isytihar perangi judi haram
13.  Dedah Taukeh Judi Haram Tak Takot ke???
14.  STAFOC perangi pusat judi haram KDN komited dan serius tegas Zahid Hamidi
15.  KDN serius banteras sindiket dan gangster cipok yang melindungi kedai judi haram
16.  Kedai Jackpot...HARAM tapi KEBAL???
17.  Polis dikurung penjaga Jackpot ketika operasi di Melaka
18.  Janji Kerajaan Perak Isu Judi Haram...
19.  Pegawai Baru D7 IPK Perak Dilantik
20.  D7 IPD Ipoh Serbu Jacpot di Bercham...Ops Dadu
21.  Kedai Jacpot di Melaka diserbu rampasan dibuat
22.  Perniagaan Mesin Judi Haram asalnya dari Kongsi Gelap...

28.  Pembantu Rumah Bekerja Kedai Jackpot

 

 

 

BANTERAS !!!


BANTERAS !!!


BANTERAS !!!


JUDI ITU PEROSAK BANGSA


HARAM DISISI UGAMA ISLAM






BILA ADA JUDI HARAM AKAN ADA URUSAN RASUAH...CEGAH SEBELUM PARAH!!!

1 ulasan:

  1. Kalau PBT tak benarkan premis perjudian dan maksiat beroperasi kerana menyalahi permit perniagaan, Kerajaan dan PDRM tak perlu buang duit rakyat menubuhkan pasukan ini. Bila perjudian dan maksiat berlaku rakyat atau masyarakat akan cepat menuding jari menyalahkan polis tapi PBT buat tak faham je seolah2 itu bukan masalah atau tanggungjawab mereka. Kalau premis disita, secara langsung gejala ini akan tiada atau kurang..

    Negeri2 mana agaknya yang banyak kegiatan perjudian dan maksiat ini?

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...