Selasa, 3 Julai 2012

Kerusi MB Pahang hanya untuk PAS


Wakil daripada DAP tidak perlu menjadi Menteri Besar (MB) Pahang sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya memerintah negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Adakah Pas hanya akan jadi boneka atau proksi kepada DAP dan PKR berikutan kenyataan tersebut di Temerloh tempohari.

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, syarat untuk menjadi menteri besar perlulah beragama Islam dan Melayu.

Bagaimanapun katanya, Pakatan Rakyat (PR) akan sentiasa bersama bagi membincangkan pelbagai bentuk pembangunan ekonomi, politik, sosial dan sebagainya untuk kebaikan rakyat negeri ini.

“Dalam PRU akan datang, Pas yakin dapat lebih kerusi sama ada kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) atau Parlimen bagi negeri ini.

Kita dapat lihat gelombang politik kini di mana semakin ramai rakyat sudah bersama-sama dengan Pas.

“Begitu juga dengan PKR dan DAP, di mana kita yakin kerusi bagi Dun dan Parlimen itu juga akan bertambah,” katanya kepada media selepas ditemui pada majlis Himpunan Hijau Pas ke Putrajaya Ganti Umno peringkat negeri Pahang di Markas Pas, Kerdau, dekat sini, kelmarin.

Majlis dirasmikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Tuan Ibrahim berkata, Pahang mempunyai 42 kerusi Dun dan Pas akan meletakkan calonnya bertanding di 19 atau 20 kerusi, mana kala PKR 14 atau 15 kerusi dan DAP pula 7 atau 9 kerusi mengikut keadaan.

Menurutnya, Pahang dikatakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) kerana mempunyai bilangan peneroka yang ramai dan tanah rancangan paling banyak, namun ia boleh berubah.

“Sekarang peneroka sudah tidak dapat ditipu lagi dan kita yakin sudah ramai beralih arah kepada Pas dan PR,” katanya.

Dalam ucapan beliau, Tuan Ibrahim mengumumkan penyertaan baru ahli Pas iaitu seorang bekas senior Presiden Felcra yang juga anak jati Temerloh, Datuk Ramli Buyong.

Pas akan gunakan isu peneroka Felcra untuk menyerang BN untuk menang dalam PRU akan datang. Setelah menang Pas hanya mahu jawatan MB seperti yang berlaku di negeri Perak, MB Niza Meroyan itu tidak ada kuasa eksekutif penuh kerana dia perlu rujuk kepada exco DAP untuk buat keputusan.

DAP mungkin tidak akan berdiam sebab mereka juga dah bersiap-sedia dengan calon-calon Melayu untuk di ketengahkan. Sekarang semakin ramai profesional Melayu yang berfahaman liberal menyertai DAP kerana senang untuk dapat jawatan tinggi dan berpeluang besar menjadi calon ADUN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...