Isnin, 23 Julai 2012

Ngeh DAP mulot bau bangkai, manipulasi isu tanah Perak

Tuduhan liar Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mendakwa kerajaan negeri menipu rakyat berhubung tempoh pajakan 99 tahun untuk geran tanah kampung tersusun dan kampung Cina di Perak ternyata tidak berasas sama sekali.

Ketua Pemuda MCA negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata keputusan pembaharuan hak milik sedia ada untuk dilanjutkan atas nama yang sama bagi tempoh 99 tahun adalah mengikut Pekilling 2011 yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

“Diskaun 80 peratus bayaran premium juga diberi untuk hak milik yang sama,” katanya lagi kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Tetapi untuk kes Koo Ham, Mah berkata, permohonannya tidak disambung kerana hak milik asal tanah rumah itu adalah atas nama dipercayai bapanya.

Beliau berkata, sehubungan itu tidak wujud dakwaan bahawa pegawai kerajaan tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan negeri seperti yang dilemparkan oleh Koo Ham.

“Untuk kes ini, saya percaya kita laksanakan ikut Pekeliling 2011 dan dan tidak wujud dakwaan pegawai Pejabat Tanah dan Daerah tidak ikut arahan..ia tidak berasas sama sekali kerana kita ada dua pekeliling iaitu untuk 2010 dan terbaru 2011 yang dikeluarkan PTG.

“Saya minta Koo Ham dapatkan dan baca Pekeliling 2011 ini untuk mendapatkan kepastian,” katanya lagi.

Tambahnya, mengikut Pekeliling 2011, apa yang dilakukan pegawai di Pejabat Tanah dan Daerah Manjung itu jelas mengikut arahan ditetapkan tetapi cuma berlaku kesilapan teknikal kerana mengeluarkan geran untuk tempoh pajakan 60 tahun walaupun Koo Ham sudah menjelaskan bayaran premium untuk tempoh 99 tahun.

“Ia cuma kesilapan teknikal dan Koo Ham telah berjumpa pegawai selepas itu dan beliau menyerahkan kembali geran yang diterima sebelum ini kepada pihak pejabat agar geran baru untuk tempoh 99 tahun dapat dikeluarkan,” katanya.

Beliau juga berasa hairan mengapa wakil rakyat DAP itu sengaja membesar-besarkan isu itu kerana sebagai manusia, penjawat awam juga tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan negeri tidak akan mengelak atau mempertahankan mana-mana pihak yang melakukan kesilapan berhubung pemberian tempoh pajakan 99 tahun bagi lot kediaman kampung kampung Cina dan kampung tersusun yang diputuskan sebelum ini.
Sila klik sini.

Tegasnya, jika wujud masalah tempoh pajakan diberi hanya 60 tahun seperti yang dibangkitkan oleh Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, ia bukannya penipuan oleh kerajaan negeri sebaliknya masalah tertentu di peringkat Pejabat Daerah dan Tanah yang melaksanakan dasar itu.

Beliau berkata, sebagai ahli politik yang mewakili parti pembangkang, sudah tentu Koo Ham akan menggunakan isu tersebut semaksimum yang mungkin bagi memberi gambaran buruk terhadap kerajaan kepada rakyat.

“Ngeh is a politician, apabila kesilapan yang dibuat barangkali oleh Pejabat Tanah dan Daerah, dia terus ambil isu itu sebagai satu cara nak hentam kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Ipoh.



* sumber dari laman sesawang Perak Today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...