Memaparkan catatan dengan label Kampar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kampar. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Januari 2016

Polis Kampar Buat Operasi Perniagaan Tanpa Lesen


Padah menjual peralatan dan pakaian seragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa lesen, seorang peniaga ditahan di Taman Kampar Siswa di sini, semalam. 

Dalam pemeriksaan kira-kira jam 1.30 petang, lelaki berusia 41 tahun itu berada dalam premis yang didapati turut menjual pelbagai uniform kelab sekolah seperti pengakap, pandu puteri dan bomba.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, pemeriksaan mendapati premis berkenaan telah menjalankan perniagaan tanpa lesen serta membekalkan kelengkapan dan peralatan pakaian seragam PDRM. 

“Kita telah merampas pelbagai barangan antaranya lencana pelbagai saiz dan pangkat, beberapa pangkat antaranya Inspektor, Asisten Superintendan dan Sarjan, lencana integriti, butang, vest, tali pinggang, wisel dan buku saku PDRM. 

“Hasil siasatan mendapati suspek telah mula berniaga sejak setahun lalu dan kesemua rampasan bernilai RM2,500,” katanya. 

Menurutnya, adalah menjadi satu kesalahan kepada orang awam memiliki alatan dan pakaian polis secara tidak sah melainkan pegawai dan anggota sahaja. 

“Pihak polis akan ambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang memiliki, memakai dan menjual peralatan dan pakaian polis. 

“Lelaki ini ditahan untuk diambil keterangan dan disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967,” katanya. 

Beliau turut meminta orang ramai melaporkan sebarang maklumat atau mengesyaki mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang di balai polis berhampiran.





* dari laman sesawang akhbar tempatan



Ahad, 16 November 2014

Pondok Al-Jaafar Gopeng Tempat Bergantung Harapan

Disinilah tempat anak yatim mengaji dan golongan bermasalah menginsafi diri. Gambar pengasas (atas kiri)

"Kalau saya tidak terima mereka, ke mana mereka akan pergi?" itu persoalan yang membuatkan Pengasas Pondok Al-Jaafar, Mohamad Tarudi Bahari, 61, tanpa jemu menerima dan mendidik golongan bermasalah di Pondok Al-Jaafar, Kampung Gunung Panjang, di Gopeng, Perak.

Mohamad Tarudi berkata, walaupun tidak mempunyai prasarana memuaskan, pondok itu berjaya melahirkan belia tahfiz al-Quran yang sebelumnya golongan bermasalah yang terjebak dengan pelbagai masalah sosial.

"Saya tetap menerima mereka kerana mereka masih boleh dibentuk ke jalan yang benar dan mencorakkan masa depan mereka dengan lebih cerah.

"Bulan lalu seorang warga emas memohon untuk menghuni di sini dan saya terkejut, tetapi tetap menerimanya kerana berniat untuk membantunya kembali ke jalan benar selepas 20 tahun dia bergelumang dengan dosa.

"Dia penagih dadah dan kaki botol, namun Alhamdulillah, kini dia insaf untuk membentuk hidup yang lebih diredai dan sempurna," katanya ketika ditemui semalam.




*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan

Jumaat, 22 Ogos 2014

Batik Couple Untuk Tempahan

Ini iklan...
Untuk tempahan sila hubungi
Puan SriAsih

019 - 528 7104
05 - 467 1136
05 - 249 3136 (selepas 1/9/2014)

 
 
 
 




Untuk tempahan sila hubungi :

Puan SriAsih
019 - 528 7104
05 - 467 1136
05 - 249 3136(selepas 1/9/2014)



Untuk pertanyaan atau tempahan sila hubungi :

Puan SriAsih
019 - 528 7104
05 - 467 1136
05 - 249 3136(selepas 1/9/2014)
 

Ahad, 15 Jun 2014

Imigresen Perak Banteras Tukang Urut Warga Asing


Seramai 38 warga asing diberkas Jabatan Imigresen Negeri dalam dua operasi berasingan di beberapa tempat di daerah Ipoh dan Kampar setelah dikesan menjalankan kegiatan tidak bermoral, Isnin lalu.
Itu hasil serbuan  dibeberapa pusat refleksologi, pusat hiburan dan hotel yang menjadikan gadis warga asing lingkungan usia 17 hingga 43 tahun yang berasal dari Thailand, Vietnam dan China sebagai daya penarik.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen II, Irwan Zahid berkata, seramai 21 warga asing diberkas dalam serbuan di beberapa premis sekitar Kampar termasuk sebuah pusat perjudian dan hotel di bandar itu.
“Operasi diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Fara Natasha Ghafar bersama 13 anggota menjalankan pemeriksaan di premis terbabit dan warga asing itu dikesan melakukan kesalahan imigresen.
“Hasil pemeriksaan mendapati seramai 10 wanita dan 11 lelaki yang terdiri daripada warga China, Bangladesh, Indonesia dan Nepal. Kesemua mereka bekerja sebagai buruh di premis terbabit,” katanya.
Sementara itu di Ipoh, menurutnya, seramai 17 wanita ditahan dalam operasi yang dijalankan di sebuah pusat refleksologi di Medan Ipoh Bestari pada 27 Mei lalu.
“Kesemua wanita warga Thailand dan Vietnam itu bukan sahaja bekerja sebagai tukang urut tetapi turut menjalankan kegiatan tidak bermoral di pusat terbabit dan menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya.
Katanya, kesemua mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Perkara 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
“Kesemua yang diberkas dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Langkap, untuk siasatan lanjut,” katanya.









Sabtu, 1 Februari 2014

Anak Gadis 17 tahun Hilang Dicari

Mohon jasabaik tuan/puan/encik/ saudara/saudari/Dato/Datin/adik-adik sekelian dapat hubungi nombor tertera di bawah jika ada ternampak atau terjumpa gadis ini.

Terima kasih.

Jumaat, 19 April 2013

Daniel calon termuda BN bagi PRU13 di Perak




Calon termuda BN Optimis dapat kembalikan DUN Keranji kepada BN.

Calon BN paling muda di Perak malah di Malaysia, yang diketengahkan oleh MCA, Daniel Wa Wai How, 25, untuk bertanding kerusi DUN Keranji pada pilihanraya  umum ke-13 ini optimis dapat membantu mengembalikan kerusi yang dikuasai pembangkang itu kepada BN.

Katanya, walaupun dianggap calon termuda namun beliau yakin dengan kemampuannya untuk menarik sokongan pengundi Keranji.

Daniel Wa Wai How


Beliau berikrar untuk memberi khidmat terbaiknya kepada pengundi-pengundi di kawasan DUN berkenaan sekiranya beliau ditakdirkan memenangi pada pilihanraya kali ini.

Menurut Danial, pengalamannya sebagai Pegawai Khas kepada  Ahli Parlimen Kampar dan juga selaku Jawatankuasa Pemuda MCA Bahagian banyak membantunya menyelami masalah pengundi dan kemahuan sebenar  mereka.

“Tiada perubahan  dan pembangunan  yang dibuat oleh wakil rakyat pembangkang di kawasan DUN Keranji sejak lebih empat tahun lalu. Sekiranya bukan kerana kerja kuat kami berkhidmat untuk rakyat, saya dapat jangkakan banyak masalah rakyat di kawasan ini tidak dapat diselesaikan.

Rakyat juga muak dengan wakil rakyat pembangkang kerana  banyak menabur janji kosong yang tidak mampu mereka laksanakan untuk rakyat,’’ katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas namanya diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai calon muka baru bagi kerusi DUN Keranji pada PRU ke-13 ini.

Danial berazam memberikan khidmat terbaiknya kepada pengundi-pengundi di DUN Keranji sekiranya beliau dipilih oleh rakyat menjadi wakil rakyat mereka pada kali ini.

Beliau menganggap pemilihannya sebagai calon sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang perlu digalas dalam memastikan pengundi-pengundi di DUN Keranji dapat terus menikmati pembangunan dan kesejahteraan hidup.

Bagi calon muka baru,  Ceylyn Tay Wei Lung yang juga ahli majlis Bandaraya Ipoh, beliuu turut berazam memberikan khidmat terbaiknya kepada pengundi-pengundi di DUN Canning berpandukan pengalamannya selama empat tahun sebagai ahli majlis.      
              
“Saya telah berkhidmat untuk pengundi Canning sejak sekian lama dan kerana itu saya yakin untuk bertanding bagi kawasan ini.
Sepanjang berkhidmat di kawasan ini telah banyak masalah yang dibawa penduduk di DUN Canning berjaya saya selesaikan selama di bawah kedudukan saya sebagai  ahli majlis dan ini memberikan keyakinan kepada saya bahawa BN berpeluang besar untuk menang pada pilihanraya kali ini,’’ katanya. 
  
Bagi Setiausaha Politik Menteri Kewangan 11, Datuk Aminuddin Md Hanafiah, calon muka baru DUN Hulu Kinta, berkata beliau bersedia menabur baktinya kepada pengundi-pengundi di kawasan itu sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat nanti.

“Saya merakamkan terima-kasih kepada pucuk kepimpinan BN khususnya Perdana Menteri kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk bertanding kerusi DUN Hulu Kinta dalam pilihanraya kali ini.

“Ucapan terima kasih juga kepada Ketua Bahagian saya, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kerana yakin dengan kemampunan saya untuk menjadi calon.
“Saya berazam untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat tidak kira bangsa Melayu, Cina, India dan sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan,’’ kata Dato’ Aminuddin yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Tambun.




Sabtu, 6 Oktober 2012

Kasino-kasino di Kampar Punah Diserbu PDRM



Polis Daerah Kampar melumpuhkan sindiket perjudian haram dan merampas 461 komputer bernilai lebih RM400,000 dalam beberapa serbuan di sekitar pekan Kampar dan Gopeng, sepanjang Januari hingga September tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata sebanyak 31 serbuan dilakukan sepanjang sembilan bulan itu dan seramai 33 individu berusia lingkungan 17 hingga 55 tahun ditahan.

Beliau berkata sebanyak 31 kes dicatat dengan 18 dibawa ke mahkamah manakala 13 lagi masih dalam siasatan.

Mereka yang disabitkan kesalahan mengikut Seskyen 4B(a) Akta Rumah Judi dan Terbuka 1953, boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas, dan boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun, katanya pada satu sidang akhbar di sini Jumaat.

Ng turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengunjungi premis perjudian haram di sekitar pekan ini dan Gopeng bagi mengelak tindakan terhadap mereka.




Ahad, 22 Julai 2012

Berbuka Puasa bersama YB Keshvinder


Pada 22hb. Julai 2012, Ahad suatu majlis berbuka puasa telah diadakan di Hotel Grand Kampar yang terletak di Bandar Baru Kampar. Majlis yang bertajuk 'Majlis Sekapur Sireh YB Keshvinder bersama Rakan-rakan Cyber Jamuan Mesra Berbuka Puasa 2012'. Acara yang bermula pada jam 7:00 petang itu dimulai dengan pendaftaran hadirin, menyambut ketibaan VVIP dan bacaan doa.

Sungguhpun majlis ini dianjurkan oleh orang bukan Islam tetapi mereka menghormati dengan memasukkan slot waktu sembahyang dan keutamaan kepada waktu berbuka.

Ucapan-ucapan dari VVIP diberikan oleh YB Keshvinder Singh Dhillon sendiri yang juga ADUN Malim Nawar, Dato Dr Jasvinder Singh Dhillon, Pengerusi PPIS yang juga doktor pakar mata di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Encik M.A. Samy Raju dari Yayasan Sakti Malaysia dan Puan V. Shanti iaitu Ketua Wanita YBK.

Majlis yang dihadiri oleh pelbagai golongan masyarakat termasuk rakan-rakan Facebook, NGO-NGO, wakil-wakil BN dari serata Malaysia juga terdiri daripada berbilang kaum dari bangsa India, Sikh, Cina dan Melayu.

Dalam ucapan YB Keshvinder menekankan tentang kerjasama dan sokongan terhadap Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum yang ke 13 akan datang (PRU13).

Kinta Menjerit yang dijemput sebagai rakan Facebook mengucapkan terima kasih atas undangan makan berbuka puasa itu. Diharap selepas ini YB dapat menjemput kumpulan Perak Cyber Trooper (PCT) supaya dapat bekerjasama dalam apa-apa jua aktiviti yang berkaitan terutama aktiviti siber dalam negeri Perak Darul Ridzuan. PCT bukan sahaja terdiri pengamal atau pengguna Facebook tetapi juga terdiri daripada Blogger, Twitter dan lain-lain.



Tiada yang Tertinggal, Tiada yang Terpinggir.

" Rakyat Didahulukan"

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...