Jumaat, 19 April 2013

Daniel calon termuda BN bagi PRU13 di Perak




Calon termuda BN Optimis dapat kembalikan DUN Keranji kepada BN.

Calon BN paling muda di Perak malah di Malaysia, yang diketengahkan oleh MCA, Daniel Wa Wai How, 25, untuk bertanding kerusi DUN Keranji pada pilihanraya  umum ke-13 ini optimis dapat membantu mengembalikan kerusi yang dikuasai pembangkang itu kepada BN.

Katanya, walaupun dianggap calon termuda namun beliau yakin dengan kemampuannya untuk menarik sokongan pengundi Keranji.

Daniel Wa Wai How


Beliau berikrar untuk memberi khidmat terbaiknya kepada pengundi-pengundi di kawasan DUN berkenaan sekiranya beliau ditakdirkan memenangi pada pilihanraya kali ini.

Menurut Danial, pengalamannya sebagai Pegawai Khas kepada  Ahli Parlimen Kampar dan juga selaku Jawatankuasa Pemuda MCA Bahagian banyak membantunya menyelami masalah pengundi dan kemahuan sebenar  mereka.

“Tiada perubahan  dan pembangunan  yang dibuat oleh wakil rakyat pembangkang di kawasan DUN Keranji sejak lebih empat tahun lalu. Sekiranya bukan kerana kerja kuat kami berkhidmat untuk rakyat, saya dapat jangkakan banyak masalah rakyat di kawasan ini tidak dapat diselesaikan.

Rakyat juga muak dengan wakil rakyat pembangkang kerana  banyak menabur janji kosong yang tidak mampu mereka laksanakan untuk rakyat,’’ katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas namanya diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai calon muka baru bagi kerusi DUN Keranji pada PRU ke-13 ini.

Danial berazam memberikan khidmat terbaiknya kepada pengundi-pengundi di DUN Keranji sekiranya beliau dipilih oleh rakyat menjadi wakil rakyat mereka pada kali ini.

Beliau menganggap pemilihannya sebagai calon sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang perlu digalas dalam memastikan pengundi-pengundi di DUN Keranji dapat terus menikmati pembangunan dan kesejahteraan hidup.

Bagi calon muka baru,  Ceylyn Tay Wei Lung yang juga ahli majlis Bandaraya Ipoh, beliuu turut berazam memberikan khidmat terbaiknya kepada pengundi-pengundi di DUN Canning berpandukan pengalamannya selama empat tahun sebagai ahli majlis.      
              
“Saya telah berkhidmat untuk pengundi Canning sejak sekian lama dan kerana itu saya yakin untuk bertanding bagi kawasan ini.
Sepanjang berkhidmat di kawasan ini telah banyak masalah yang dibawa penduduk di DUN Canning berjaya saya selesaikan selama di bawah kedudukan saya sebagai  ahli majlis dan ini memberikan keyakinan kepada saya bahawa BN berpeluang besar untuk menang pada pilihanraya kali ini,’’ katanya. 
  
Bagi Setiausaha Politik Menteri Kewangan 11, Datuk Aminuddin Md Hanafiah, calon muka baru DUN Hulu Kinta, berkata beliau bersedia menabur baktinya kepada pengundi-pengundi di kawasan itu sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat nanti.

“Saya merakamkan terima-kasih kepada pucuk kepimpinan BN khususnya Perdana Menteri kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk bertanding kerusi DUN Hulu Kinta dalam pilihanraya kali ini.

“Ucapan terima kasih juga kepada Ketua Bahagian saya, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kerana yakin dengan kemampunan saya untuk menjadi calon.
“Saya berazam untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat tidak kira bangsa Melayu, Cina, India dan sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan,’’ kata Dato’ Aminuddin yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Tambun.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...