Selepas tiga tahun menunggu, Iron Man 3 kembali menjengah panggung wayang seluruh dunia dengan misi utama menghapuskan dua saintis genius, Maya Hansen dan Aldrich Killian yang cuba menguasai dunia melalui idea gila mereka di Advanced Idea Mechanics.
Ramai beranggapan Iron Man 3 bakal memberi banyak kejutan dan kepuasan kepada para penonton melalui aksi-aksi yang menarik dan 'element surprise' yang tidak akan dijangka. Namun percubaan Sean Black nampaknya tidak berhasil kerana dari awal permulaan filem ini, sudah dijangkakan apa yang bakal terjadi.
Tetapi elemen aksi dan suspen yang diketengahkan filem ini menjadi penyelamat utama kerana beberapa babak-babak yang agak umph! atau membuatkan para penonton berdebar-debar untuk menantikan pengakhiran pertarungan atau ketika berada dalam situasi tegang.
Pada permulaan plot penceritaan Iron Man 3 juga dilihat seakan mendatar dan tidak memberikan anda perasaan yang teruja dan ingin tahu tentang kisah silamnya kerana sudah dijangkaan yang tepat apa yang bakal berlaku selepas itu.
Tidak dinafikan Iron Man 3 mempunyai babak aksi dan pertempuran yang cukup hebat dan menarik, tetapi watak jahat Aldrich Killian dilihat tidak memberi perasaan suspen sejak dari awal kemunculan beliau kerana ini misi membalas dendam yang ditujukan kepada Iron Man.
Watak Aldrich Killian dan Maya Hansen tidak membuatkan para penonton berasa berdebar atau 'stress' dengan misi kejahatan yang ingin dilakukan kerana ianya seakan mendatar dan dilihat seperti bersahaja. Mereka cuba menguasai dunia dengan mencipta proses biologikal digelar yang "Extremis" dan membuat ujikaji kepada mereka yang kurang upaya terutamanya tentera yang kurang upaya selepas menjadi mangsa perang.
Tony Stark sendiri dilihat lebih 'relax' kerana jarang menggunakan 'armor Iron Man' dan lebih banyak memghabiskan masa di makmalnya. Jika anda ingat lagi sewaktu dalam filem The Avengers, Tony menghabiskan masa dengan menghasilkan baju perisai Iron Man (Mark 7), tetapi di Iron Man 3, Tony berjaya menghasilkan 42 baju perisai Iron Man (Mark 42) sehingga mengabaikan kekasihnya,Pepper.
Namun watak The Mandarin paling mencuri perhatian dan tidak dijangkakan siapakah beliau sebenarnya. The Mandarin berjaya membuatkan penonton tertipu dengan perwatakan sebenar beliau kerana pada dasarnya The Mandarin hanya kambing hitam yang diperkudakan oleh Aldrich Killian untuk menggambarkan negara Timur Tengah sebagai punca Amerika Syarikat sering menjadi mangsa serangan mereka.
The Mandarin berjaya memberi sedikit harapan kepada Iron Man 3 kerana wataknya yang memberi 'element surprise' kepada para penonton. Pada luaran watak The Mandarin , dia dilihat seperti seorang lelaki berbangsa Arab yang cuba membuat huru-hara dengan mengakui pelbagai serangan bom dan video pembunuhan yang disebarkan di kaca televisyen seluruh Amerika Syarikat, tetapi sebenarnya dia hanya seorang penagih dadah yang mengalami ketagihan dadah yang teruk selain kaki mabuk yang mempunyai 'accent' British!
Pengisian elemen jenaka atau humor sebenarnya adalah penyelamat utama kepada filem Iron Man 3 selain aksi-aksi pertempuran di pengakhiran filem. Disini dirasakan penulis skrip bijak untuk memberi pengisian yang menarik untuk ditonton ditambah pula dengan watak-watak sampingan yang sememangnya kelakar dan menghiburkan.
Jadi apa keistimewaan dan kekuatan filem Iron Man 3? Pertempuran hebat Mark 42 dengan orang suruhan Aldrich Killain semasa misi menyelematkan Presiden Amerika Syarikat dan Pepper yang telah diculik oleh Aldrich Killian adalah adegan dan aksi yang benar-benar mendebarkan selain memberi keterujaan kepada para penonton.
Tony yang menghabiskan masa dengan menghasilkan baju perisai tanpa menghiraukan dunia luar dan kekasihnya Pepper, nampaknya sudah membuat persediaan awal jika apa-apa yang akan berlaku kepada dirinya kerana Mark 42 adalah wira sebenar yang berjaya menyelematkan Tony, Pepper dan Presiden Amerika Syarikat dari dibunuh oleh Aldrich Killian.
Pertempuran hebat Mark 42 dengan penjahat memberi satu aksi yang cukup hebat dimana mereka hadir satu kumpulan Iron Man yang bersatu dan cuba memberi bantuan kepada mereka. Pertempuran mereka menentang orang suruhan Aldrich Killian dilihat merupakan saat paling genting dan hebat dalam semua adegan dan aksi yang terdapat menerusi Iron Man 3.
Cuma dipengakhiran filem Iron Man 3 ada babak yang sangat mengejutkan dan ianya menjadi tanda tanya untuk filem yang akan datang. Apa yang bermain di fikiran adalah, adakah Iron Man akan terus dipuja dan diperlukan khidmatnya sebagai seorang penyelamat dunia? Kesinambungan filem Iron Man seterusnya sahaja yang dapat memberikan jawapan kepada persoalan ini.
Selepas peristiwa The Avengers, Tony Stark telah mengalami sindrom panik melampau dan telah membina beberapa suit Iron Man dirumahnya . Keadaannya itu telah menyebabkan hubungannya tegang dengan kekasihnya Pepper Potts yang merupakan CEO Stark Industries. Dalam siri flashback pada malam tahun baru 1999, Stark bersama kekasihnya pada masa itu seorang saintis botani , Maya Hansen,telah menolak mentah-mentan pelawaan Aldrich Killian, yang mahu sokongan Stark dalam usahanya meneruskan program Advanced Idea Mechanics.
Pada masa kini, terdapat rentetan pengeboman oleh pengganas yang menggelarkan dirinya 'Mandarin' dan telah membuatkan agensi perisikan bingung kerana kekurangan bukti forensik. Apabila ketua keselamatan Stark Industries, Happy Hogan, terperangkap dalam salah satu serangan itu, Stark telah mencabar 'Mandarin' dan menyebabkan mereka bertindak balas dengan memusnahkan rumah Stark. Potts dan Hansen, yang datang untuk memberi amaran kepada Stark, dapat menyelamatkan diri dan begitu juga Stark walaupun terjatuh ke dasar laut, dan mendapati dirinya di luar bandar Tennessee selepas kepintaran beliau mencipta suit besi JARVIS yang tidak mempunyai kuasa yang mencukupi untuk pulang ke California, dan dunia percaya beliau telah pun mati dalam serangan itu.
Stark bekerjasama dengan Harley, seorang budak lelaki berumur 10 tahun untuk menyiasat letupan yang berlaku di Tennesse yang mengandungi bukti lengkap serangan Mandarin. Beliau mendapati letupan telah dicetuskan oleh askar dari program jahat Aldrich Killian. Eksperimen itu bertujuan untuk membolehkan pengguna untuk pulih daripada kecederaan yang teruk. Walau bagaimanapun, jika badan pengguna tidak sesuai dengan eksperimen tersebut boleh membuatkan pengguna panas dan badan mereka meletup. Stark percaya mereka menjadi mangsa plot jahat Killian.
Watak Mandarin adalah satu ciptaan Killian dimana membolehkan Killian boleh menakluk dunia dengan membunuh Presiden Amerika pada ketika itu. Killian juga telah memanipulasi agensi perisikan Amerika mengenai lokasi Mandarin, dan menangkap Kolonel James Rhodes tetapi beliau berjaya melepaskan diri. Stark dan Rhodes telah berjaya mengesan lokasi Killian yang bercadang untuk membunuh Presiden Amerika, Ellis di kaca televisyen secara langsung. Stark berjaya menyelamatkan Presiden Amerika dan selepas pertempuran, Stark memberikan pesanan kepada suit JARVIS untuk memusnahkan suit Iron Man lain, supaya dia dapat menumpukan lebih banyak masa bersama Pot.
Dalam scene selepas kredit filem, menunjukkan Stark sebenarnya telah bercakap dengan seseorang mengenai traumanya. Kamera menunjukkan wajah Dr Bruce Banner ( Hulk ) yang bangun dari tidur semasa Stark meluahkan kisah traumanya.
TAJUK: Iron Man 3
GENRE: Aksi, Sains Fiksyen dan Drama
PENGARAH: Sean Black
PELAKON: Robert Downey Jr., Gwyneth Paltrow, Guy Pearce, Rebecca Hall, Ben Kingsley, Paul Bettany, Don Cheadle, Jon Favreau
EDARAN: Walt Disney Studios
TAYANGAN: mulai 26 April 2013
GENRE: Aksi, Sains Fiksyen dan Drama
PENGARAH: Sean Black
PELAKON: Robert Downey Jr., Gwyneth Paltrow, Guy Pearce, Rebecca Hall, Ben Kingsley, Paul Bettany, Don Cheadle, Jon Favreau
EDARAN: Walt Disney Studios
TAYANGAN: mulai 26 April 2013
Klasifikasi : P13
Durasi : 131 minit
Webportal berita edisi percuma tanpa perlu melanggan
BalasPadamFreemalaysiakini2.com