Jumaat, 19 April 2013

Manifesto PR Perak PRU13 - Telus, Amanah, Wawasan, Adil


Pakatan Rakyat Perak dalam manifesto yang dilancarkan hari ini menawarkan bantuan sebanyak RM760 sebulan untuk membasmi kemiskinan tegar, selain usaha untuk mewartakan tanah masyeakat Orang Asli dan juga mengadakan pemilihan di peringkat ketua kampung.

Manifesto yang dilancarkan melalui satu tayangan klip video di Ipoh hari ini juga menggariskan janji untuk menubuhkan tabung pendidikan khas dan pengupayaan belia India dan Orang Asli dengan peruntukan RM5 juta setahun.  

Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam ucapannya berkata, mereka berjanji akan memajukan kaum Orang Asli yang selama ini tersisih, di samping memastikan Perak menjadi sebuah negeri yang terkaya dalam negara. "Kaum Orang Asal akan di majukan dan bawa mereka kepada arus perdana agar jadi rakyat yang berkaliber. Selama 55 tahun Umno tadbir, Orang Asal masih begitu. Kita akan pastikan Orang Asal menikmati kemajuan bersama rakyat Perak yang lain.





 Antara manifesto-manifesto yang dijanjikan kerajaan Pakatan Rakyat jika dapat memerintah negeri Perak iaitu ; 

 - Pakatan Perak juga akan memberikan peruntukan kepada setiap kawasan DUN sebanyak RM250 ribu setahun tanpa mengira fahaman politik bagi projek-projek kecil dan program kebajikan rakyat. 

- peruntukan khas tahunan sebanyak RM2 juta, anugerah integriti dan program latihan untuk kakitangan kerajaan juga akan diberi sebagai usaha membanteras rasuah "Untuk penjawat awam, kita ada peruntukan kepada penjawat awam. Mereka dulu dapat merasai perbezaan 55 tahun ditadbir BN dan juga 11 bulan Pakatan Rakyat.

- bagi usaha memperkukuhkan integriti dan amalan demokrasi, di dalam manifesto itu juga, Pakatan Perak berjanji akan mengisytiharkan harta bagi ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.

- berjanji untuk tidak menaikkan cukai tanah, cukai pintu dan kadar air untuk tahun 2014 hingga 2018.

- berjanji memberi air percuma sebanyak 20 meter padu bagi keluarga berpendapatan isi rumah kurang daripada RM1000 sebulan juga akan diberi.

- menawarkan, surat hak milik kekal kepada warganya yang menduduki lot kediaman di kampung tersusun, kampung baru dan peneroka kampung tradisional.

- kakitangan kerajaan negeri dan syarikat berkaitan kerajaannya pula ditawarkan gaji minimum sebanyak RM1100.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...