Jumaat, 12 April 2013

Datuk Nadzri DUN Manjoi istihar tidak bertanding dalam PRU13


Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi, Datuk Nadzri Ismail hari ini mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi memberi laluan kepada pemimpin muda.

Beliau berkata hasrat itu telah dimaklumkan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan pemimpin BN peringkat bahagian.

"Saya berharap semua penyokong BN di Dun Manjoi akan terus memberi sokongan penuh kepada mana-mana calon yang ditetapkan oleh Pengerusi BN pada PRU13 ini," katanya dalam satu kenyataan.

Nadzri, yang juga bekas Pengerusi Kelab Adun BN SeMalaysia, berkata beliau berterima kasih kepada pucuk pimpinan parti kerana telah memberi kepercayaan kepadanya untuk berkhidmat di Dun Manjoi selama empat penggal.

"Saya amat yakin kesinambungan khidmat saya akan diteruskan oleh calon baru dengan cemerlang," kata ahli politik berusia 56 tahun itu yang mula memegang kerusi itu pada pilihan raya umum 1995.

Katanya beliau akan terus membantu jentera parti untuk memastikan kemenangan BN di kawasan berkenaan.

Pada pilihan raya umum 2008, Nadzri mengalahkan calon Pas Zulkurnaini Ibrahim dengan majoriti 348 undi.




*sumber dari laman sesawang berita nasional









1 ulasan:

  1. siapakah calon DUN Manjoi kali ini??mintak2 lah jangan naik nama perasuah2 tegar seperti Mazlan Pendek atau pun Suhaimi Din kalo idak bungkus lah BN Tambun..kesian Dato'Husni beliau tidak tahu atau terlalu bebal nak ambil tahu hal-ehwal hakikat benar orang2 kepercayaan(kaki2 yes bos a.ka.a bodek kuat) yg ada disekeliling beliau..taik judi..kaki nombor..taik puki kuat zina..amal rasuah sebagai pendapatan keluarga dan pelbagai perkara buruk yg dah kecoh di kalangan orang2 Manjoi dan Chemor sampai ke Sungai Siput nun!!..aduii blogger tolonglah berikan pesanan ikhlas kepada Dato' Husni supaya jangan kerana perangai syaitan orang2 keliling beliau maka rakyat terpaksa pangkah puak2 liwat n zina belah sana pulak! aduii..khabar2 angin kuat pulak konon2 Dato' Husni nk jadi MB Perak ganti Dato' Zambri??adui tumbanglah kerajaan BN negeri Perak nanti pasal gambar bogel/pesta arak/main bohsia & pelacur(janda pun ada) orang2 Dato Husni nanti..aduii..tolong ye..demi agama,bangsa dan tanahair.///
    -ANAK JATI ULU CHEPOR MERANTAU DI PENANG PENGUNDI DITAMBUN.

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...