Khamis, 25 April 2013

Karpal bertegas DAP anti Islam...Haron Din nak bincang lagi



Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum berkenaan di negara ini.
Katanya, hudud tidak boleh dilaksanakan kerana mengikut Perlembagaan tidak ada apa-apa peruntukan yang menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Karpal OKU


“Dalam tahun 1988, lima hakim kanan Mahkamah Agung yang diketuai Tun Salleh Abas ketika itu telah memutuskan undang-undang yang terpakai dalam negara adalah undang-undang sekular.

“Jadi mana boleh dalam satu negara ada dua undang-undang. DAP menghormati apa yang terkandung dalam perlembagaan, oleh itu undang-undang Islam boleh diletakan di bawah kuasa Raja-Raja Melayu sahaja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang bertegas mahu melaksanakan hudud sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ustaz Haron Din


Sementara itu di Arau, mengulas perkara tersebut, Haron mengulangi ketegasannya untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara ini.

Menurut beliau, pendiriannya itu mengambil kira hukum hudud sebagai asas dalam perundangan Islam.

“Sebagaimana solat, ia perlu dilaksanakan," kata beliau selepas merasmikan Pesta Wau Kampung Kenangan, Simpang Empat dekat sini hari ini.
Mengulas lanjut, Haron berkata, sekiranya pakatan pembangkang mendapat mandat memerintah negara ini, isu tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat khas pakatan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau tidak mahu membuat kenyataan lanjut dalam media massa berhubung isu tersebut untuk mengelakkan ‘perbalahan’ dalam kalangan pemimpin pakatan berkenaan.




DAP anti Islam
PAS wajib tolak DAP




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...