Sabtu, 20 April 2013
GEMPAR : Datuk Kamilia keluar parti untuk bertanding calon Bebas
Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang membuat kejutan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar hari ini mengumumkan meletakkan semua jawatannya dalam parti itu.
Kamilia dalam laman sosial Facebook miliknya memberitahu, beliau turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar.
Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz kecewa dengan tindakan Naib Ketua pergerakan tersebut, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar yang disifatkannya satu pengkhianatan kepada parti.
Rafidah yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar selama lebih 30 tahun berkata, tindakan Kamilia itu amat mengecewakan ahli Wanita UMNO khususnya di Kuala Kangsar.
"Ini sangat mendukacitakan, beliau tidak setia dan tidak patuh kepada keputusan parti. Beliau tahu apa tindakan parti selepas ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyertai rombongan penyokong BN di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah di sini hari ini.
Tindakan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar tidak akan menggugat peluang Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi tersebut, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
"Saya kecewa beliau (Kamilia) buat keputusan tersebut selepas tidak dapat menerima keputusan parti yang menawarkan DUN Bukit Chandan. Sedangkan Datuk M. Kayveas sendiri sanggup galas amanah bertanding di DUN Pasir Bedarmar biarpun Presiden PPP," katanya.
Sementara itu, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim dipecat daripada parti kerana bertanding sebagai calon Bebas, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, surat pemecatan kepada mana-mana pemimpin dan ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bertanding sebagai calon Bebas akan dikeluarkan Isnin ini.
Menurut beliau, langkah ini bagi memastikan disiplin parti.
"Kalau ada satu dua kita terpaksa korban, itu lebih baik daripada kita korbankan parti yang dikasihi ini," katanya ketika berucap pada jamuan tengah hari di kediaman beliau di sini hari ini.
Antara pemimpin BN yang bertanding calon Bebas ialah Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kalau dah memegang jawatan dalam sesuatu pertubuhan tidak ikhlas harapkan imbuhan ......inilah jadinya.....dah lah di kala waktu SENJA.......lebih baik jaga cucu je......
BalasPadamDIA NI MEMANG GILA KUASA DAN MEMANG BERCITA-CITA NAK JADI MENTERI...PERWATAKANNYA SEBENARNYA MEMANG DAH DIKETAHUI OLEH PM SEJAK DIA MENDESAK SHAHRIZAT MELEPASKAN JAWATAN KETUA WANITA UMNO DULU LAGI....SEKARANG NI DAH TERANG LAGI BERSULUH...
BalasPadamtrg-dari selesa utk BN menang, kita terpaksa meyakin penyokong sendiri utk terus menyokong BN. calon yg dipilih hanya drp group tertentu shj. sejarah 99 akan berulang? jika ia berlaku rakyatlah yg akan menderita disebabkan oleh keputusan pemilihan calon 'winnable' drp kepimpinan parti pusat dan negeri.
BalasPadamdia ni sesuai masuk pkr
BalasPadamKalo dah tak iqlas dlm tugas akhirnya ALLAH SWT telah tunjukan jugk.nak pegang jwtn tggi tp tak patuh pada pemimpin parti yg di pegang.kalo mcm ni pnya perangai masuk p parti mana ,pegang p jwtan apa pun mesti akan bawa perangai mcm ni jgk lahh.
BalasPadam