Sabtu, 13 April 2013

Video seks Datuk Mustafa Ali


Apakah nasib Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali selepas ini berikutan tersebar video seks mirip beliau dalam internet?

Itulah persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak berikutan tercetus desas-desus bahawa kepimpinan Pas mula menghadapi tekanan daripada peringkat akar umbi agar beliau meletakkan jawatan. Difahamkan, walaupun enggan membuat sebarang ulasan berhubung penyebaran video itu, Mustafa sendiri dikatakan mungkin tidak mampu menghadapi tekanan agar beliau berundur bagi menjaga imej Pas.

Ini memandangkan di peringkat akar umbi, mereka mahu melihat kepimpinan Pas tegas dalam soal tersebut kerana menyentuh maruah dan kredibiliti parti itu.

''Berdasarkan maklumat yang kita peroleh, ahli-ahli Pas akar umbi sememangnya terkejut dengan pendedahan video berkenaan dan mereka mahu kepimpinan Pas memandang serius isu ini. ''Kita tidak kata individu berkenaan Mustafa tetapi ramai mengaitkan beliau,'' kata satu sumber itu ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hari ini, ketika diminta mengulas video tersebut, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap video seks itu tohmahan dan fitnah yang tidak akan menjejaskan kredibiliti Mustafa selaku pemimpin Pas. Mustafa pula enggan mengulas dan menyerahkan perkara berkenaan kepada peguamnya.

Diminta mengulas lanjut situasi di dalam Pas berikutan penyebaran video itu, sumber tersebut berkata, apa yang ahli-ahli parti berkenaan mahu ialah agar Mustafa meletakkan jawatan. ''Saya percaya Mustafa juga memahami sentimen ini kerana Pas adalah parti yang jauh lebih bermaruah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR),'' katanya.

Ditanya apakah maksud hujah tersebut, sumber itu berkata, sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, mana-mana pemimpin Pas tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kontroversi apatah lagi melibatkan soal seks.

''Kalau PKR tidak apa kerana parti itu dilihat liberal, sebab itulah biar pun ada video atau gambar melibatkan pemimpin mereka, pemimpin berkenaan tidak meletakkan jawatan. ''Tetapi dalam Pas tidak boleh sebab ahli-ahli parti itu akan berasa tertekan apatah lagi dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13,'' kata sumber itu lagi.


Sementara itu pihak polis mendapatkan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membantu siasatan kes video cakera padat (VCD) seks yang kononnya melibatkan Mustafa yang diedarkan oleh seorang lelaki di Besut, Terengganu semalam.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Korporat) Bukit Aman, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, polis telah meneliti kandungan video terbabit tetapi belum dapat memastikan identiti lelaki yang didakwa terlibat kerana siasatan lanjut mengenainya masih dijalankan.

"Siasatan lanjutan sedang dibuat oleh polis Terengganu dengan SKMM," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai siasatan kes pengedaran 16 keping VCD dan sekeping gambar lucah yang melibatkan seorang pemimpin utama parti pembangkang.

Semalam, polis bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan berhubung penemuan VCD seks tersebut di sebuah kawasan perumahan di Besut.

Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki bertindak menyebar video terbabit, namun pihak polis gagal mengesan lelaki itu bagi membantu siasatan.

Ramli berkata, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar VCD lucah.




*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan





1 ulasan:

  1. habis lah pas kali ini...yg ada di tgn melepas..yg di cari di pas pas... PAS IS PASSED AWAY

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...