Isnin, 29 April 2013

Blog Kickdefella Cabar Husam Musa Supaya Buat Ujian Poligraf


Calon Pas Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa dicabar berdebat dan membuat ujian poligraf bagi membuktikan apa yang didedahkan dalam buku Kenali Husam: Politik Wang dan Kronisme tidak benar.


Husam banyak tipu


Penulis laman blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz berkata, beliau mencabar Husam untuk berbuat demikian pada Khamis depan di Putrajaya bagi memberi ruang kepada calon 'import' itu membuktikan dirinya bukan pembohong.

Beliau yang pernah bekerja dengan Naib Presiden Pas itu berkata, setakat menafikan isi kandungan terkandung dalam buku tersebut tidak mencukupi sebaliknya, perlukan pembuktian. "Saya hari ini juga mencabar Husam selain daripada membuat poligraf dan dialog, untuk juga buat satu laporan polis terhadap isi kandungan buku ini supaya polis boleh siasat betul atau tidak.

"Berdasarkan kepada pengalaman saya selama dua tahun tujuh bulan dengan beliau dan maklumat yang saya dapat akses sepanjang tempoh itu, maklumat yang ada dalam buku ini yang saya tahu semua betul," kata Syed Azidi.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Kelab Tasik Putrajaya, di sini hari ini. Hadir sama, Pengerusi Media Siber 1Malaysia, (Cyber1M), Tun Faisal Ismail Aziz.

Sebelum ini, Husam membuat laporan polis terhadap calon Barisan Nasional (BN) Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung penyebaran buku tersebut di di sekitar bandar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN menafikan tuduhan Husam dan langsung tidak mengetahui pihak bertanggungjawab yang mengedarkan buku berkenaan.

Mengulas mengenai satu tajuk dalam buku itu, Kroni Politik dan Pengutip Derma Husam Musa, Syed Azidi berkata, beliau mengenali lapan individu yang disenaraikan dan mengesahkan mereka memang wujud. "Malah seorang daripada individu berkenaan pernah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya. "Mereka adalah rakan baik Husam dan maklumat mengenai program yang tidak berjaya diceritakan dalam buku itu juga setahu saya adalah betul," katanya. 

Syed Azidi mendakwa, senarai lapan individu berkenaan termasuklah seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Pas, bekas senator yang juga bekas Setiausaha UMNO Kelantan, serta pengarah urusan sebuah syarikat di mana Husam merupakan pengerusinya.

Sementara itu, Syed Azidi menasihatkan penduduk Putrajaya membuat penilaian terlebih dahulu terhadap janji-janji manis yang ditaburkan oleh calon luar tersebut. "Cara untuk melihat janji beliau ialah dengan 'menutup mata'.

Jika tutup mata, nampak apa yang beliau janjikan, dan sebaik mata dibuka kita tidak nampak janji beliau. "Husam pernah berjanji macam-macam di Kelantan seperti lebuh raya rakyat, stadium dan keretapi laju, tetapi sehingga hari ini kita tidak nampak," tegas Syed Azidi lagi.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...