Isnin, 1 April 2013

Ketua Wira Perkasa buat laporan polis atas Khairul Fahmi Mat Som



Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat dua laporan polis menuntut supaya polis dan Jabatan Agama Islam menjalankan siasatan terperinci terhadap tindakan seorang pemimpin Dewan Pemuda Pas Pusat yang bertindak biadab membuat kenyataan mengaitkan video seks, Nabi Muhammad SAW dan UMNO menerusi laman Twitternya, Rabu lalu.

Laporan itu dibuat Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris dan Ketua Wira Perkasa Perak, Mohd. Hafez Mubin Mohd. Salleh kira-kira pukul 2.10 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini.

Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris (ditengah)


Irwan Fahmi berkata, tujuan Penolong Setiausaha  Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som membuat kenyataan sedemikian menerusi akaun Twitter@fahmipkg perlu disiasat kerana ia jelas merupakan satu penghinaan yang amat buruk kepada seluruh umat Islam.

Malahan, tegas beliau, kenyataan tersebut juga merupakan satu provokasi yang mampu mengganggu-gugat ketenteraman negara.
"Saya tidak tahu apa maksud yang cuba disampaikannya (Khairul Fahmi) dan saya juga tidak tahu apa yang cuba dipermainkannya, tetapi kenyataan itu secara jelas dan terang merupakan satu penghinaan yang amat buruk terhadap agama Islam.
"Kenyataan itu daripada Pas yang kononnya sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Apakah kenyataan begitu menunjukkan mereka benar-benar perjuangkan agama suci ini. Kita minta perkara ini disiasat dan jika salah, tangkap," katanya dalam sidang akhbar di IPD Ipoh selepas selesai membuat laporan di sini hari ini.

Menurut Irwan Fahmi, perbuatan biadab yang dibuat pemimpin daripada Pas itu tidak boleh dimaafkan lagi dan hukuman tersebut akan diterjemahkan kepada mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Berikutan itu, tegas beliau, pihaknya tidak akan membenarkan mana-mana ahlinya mengundi pembangkang terutama Pas pada pilihan raya berkenaan.
"Ketika ini, ahli keseluruhan Wira Perkasa ada antara 300,000 dan 400,000 orang. Saya akan pastikan 14 ketua Wira di seluruh negara mengarahkan ahli kita supaya tidak mengundi pembangkang," katanya.

* sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.

2 ulasan:

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...