Rabu, 17 April 2013

Siti Aishah PKR menipu kepada pengundi di Tambun


Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail yang turut menjadi calon PKR Tambun semalam menyerlahkan sifat penipunya di hadapan lebih kurang 3,000 orang di dalam satu ceramah di Perak.

Ingatkan hanya Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan pemimpin-pemimpin atasan PKR sahaja yang gemar penipu rupanya pemimpin bawahan PKR juga semuanya mempunyai karektor yang sama. Mereka mampu menipu hidup-hidup, sehingga kelihatan seolah-olah mereka sendiri benar-benar percaya dengan penipuan mereka. Bukan mudah untuk menipu dengan muka selamba kecuali ia telah lama diamalkan dan sudah menjadi cara hidup mereka.

Malangnya, walaupun mereka gemar menipu tetapi penipuan mereka tidak berkualiti. Sepertimana Nurul Izzah yang terserlah kebodohan dalam setiap penipuan, begitulah juga dengan Siti Aishah.

Antaranya hujah atau penipuan Siti Aishah di dalam ceramah tersebut ialah:

1. Siti Aishah memperlekehkan soal air di Sabah yang tidak cukup dan semua rumah mempunyai tong air untuk menadah hujan.

Bagi menjawab Siti Aishah, BN mengakui bahawa tekanan air di Sabah masih bermasalah kerana negeri itu terlalu luas. Selain itu, Sabah juga digalakkan untuk memaksimakan anugerah hujan yang banyak di negeri itu sebagai antara penyelesaian harian. Yang pasti, BN bukan seperti PR yang sering menafikan kelemahan dan menipu untuk menutup keburukan sendiri sepertimana yang berlaku di Selangor.

2. Kemudiannya, menurut Siti Aishah, pemberian BR1M dilakukan dengan meminjam dari Petronas sebanyak RM2.1 billion tanpa perlu membayar balik, dengan syarat membenarkan Petronas naikkan harga RON95 selepas pilihanraya.

Apa yang boleh kita katakan ialah, bagi Siti Aishah untuk berimaginasi sebegitu tinggi dan mencipta penipuan sebegini adalah sesuatu yang agak mengkagumkan. Kita tahu bahawa PR telah banyak menjanjikan pemberian tunai dan penurunan harga barang dengan cara ‘mengikis’ Petronas. Mungkin kerana itu, maka Siti Aishah menyangka yang BN juga turut tidak punya idea lain untuk memberi bantuan tunai kepada rakyat selain dengan cara ‘mengikis’ Petronas.

Namun, hakikatnya, BR1M pertama kali disebut oleh Dato’ Seri Najib hanya setelah pengumuman pendapatan negara meningkat sebanyak RM26 bilion dari tahun 2010 ke 2011, selain pelaburan luar negara dan domestik mencatatkan jumlah RM120 bilion..

Apabila negara terus mencatatkan angka ekonomi dan pendapatan yang kukuh maka, BR1M bukan sahaja diteruskan tetapi ditingkatkan. Jelas, BN tidak memberi BR1M dengan cara meminjam dari Petronas atau sesiapa pun jua dan dengan apa syarat pun jua.

3. Isu Lahad Datu juga cuba diputar-belit oleh Siti Aishah, kononnya gambar Anwar dengan Misuari yang tersebar adalah gambar lama tahun 1997 atas satu lawatan rasmi. Walhal, ia adalah gambar terbaru yang tersebar melalui pendedahan pihak risikan.

Pelik, Siti Aishah juga bagaikan cuba membela Nur Misuari dan menggambarkan seolah-olah Nur Misuari tidak terlibat dalam insiden Lahad Datu. Kononnya Lahad Datu adalah tanggunjawab Sultan Sulu.

Hakikatnya, seluruh dunia telah menyaksikan kenyataan Nur Misuari yang turut mengancam Malaysia melalui insiden Lahad Datu. Malah ramai pengganas yang tertangkap dan terkorban telah dibuktikan sebagai orang-orang Nur Misuari, atau MNLF.

Tidak cukup dnegan itu, Siti Aishah berbohong lagi konon Sultan Sulu dijemput ke Persidangan Agong UMNO 2012 maka itulah buktinya bahawa UMNO terlibat dalam insiden Lahad Datu. Apa nak dikata…kata orang, nak menipu pun biarlah berilmu jika tidak tentu akan digelakkan orang sepertimana yang berlaku pada Nurul Izzah yang ingin sangat menipu tentang pasukan keselamatan negara tetapi tidak tahu apa-apa.

Untuk pengetahuan Siti Aishah, yang dijemput ke persidangan UMNO bukan Sultan Sulu, tetapi Al-Haj Murad Ebrahim, iaitu Pengerusi MILF kerana Malaysia terlibat dalam membantu proses keamanan antara MILF dengan kerajaan Filipina. Apakah Siti Aishah tahu perbezaan antara MNLF dan MILF? Tidak mustahil pemimpin PKR ini tidak tahu kerana setakat yang terdedah sebelum ini, Harakah sememangnya tak tahu langsung.

4. Siti Aishah juga begitu yakin bercakap tentang kewujudan VCD-VCD lucah pemimpin PR, termasuk Nik Aziz, kononnya dicipta UMNO. Untuk pengetahuan Siti Aishah lagi, UMNO tidak sebodoh itu untuk mencipta sesuatu yang terlalu sukar untuk dipercayai. Namun, tidak mustahil Siti Aishah lebih tahu tentang VCD lucah memandangkan yang tertangkap menyebarkan VCD lucah Mustafa Ali, Setiausaha Agong PAS juga bukanlah orang UMNO tetapi orang PKR sendiri.

Mungkinkah Siti Aishah juga berada dalam ‘jentera pembikin VCD lucah’ yang sama?

5. Kita juga hairan apabila Siti Aishah mengakui bahawa Tok Guru Nik Aziz sentiasa mempunyai wang yang banyak di dalam simpanannya. RM5,000 adalah biasa saja di bawa ke mana-mana oleh Nik Aziz di dalam kain pelikatnya, kata Siti Aishah.

Nampaknya, sia-sia PAS menjaja yang Nik Aziz seorang yang warak, zuhud dan sederhana, tiba-tiba Siti Aishah pula menggambarkan Nik Aziz sebagai mewah dan tidak hairan dengan wang setakat ratusan ringgit pula. Soalan kita, dari mana Nik Aziz dapat wang sebegitu banyak? Dari langit? Berapa gaji Menteri Besar Kelantan sehingga boleh mengusung ribuan ringgit di dalam kain pelikat setiap hari? Dan untuk apa?

6. Akhirnya, Siti Aishah cuba menggunakan nama Allah SWT untuk menarik perhatian pendengar. Katanya, 18 minggu lalu Nik Aziz mendapat petunjuk melalui solat hajat bahawa UMNO bakal tumbang dan membisikkannya kepada Anwar Ibrahim.

Oleh kerana nama Allah SWT yang digunakan maka biarlah Siti Aishah menjustifikasi kata-katanya ini kepada Allah SWT sahaja.

Namun, setakat yang kita lihat, solat hajat Nik Aziz agar Tun Mahathir pecah perut, agar UMNO tumbang, agar semua pengundi hanya nampak bulan, yang didoakan selama bertahun-tahun lamanya tidak pernah diperkenankan. Malah, sehingga kini, UMNO, Tun Mahathir atau Dato’ Seri Najib belum tumbang, tetapi yang tumbang adalah Nik Aziz sendiri sehingga kejang kaki, tidak boleh berjalan sehingga terpaksa didukung orang.

Itulah antara senarai pembohongan Srikandi PKR dalam satu ceramah yang pendek namun padat dengan pembohongan semata-mata.

Sebagai pengundi, kita wajar bertanya kepada diri sendiri, inikah bakal pemimpin negara atau wakil rakyat? Iaitu seorang wanita yang hanya mampu berbohong dengan hujah-hujah dangkal sebab tak buat ‘homework’? Yang percaya bahawa Nik Aziz itu mampu membuat ramalan dan mendapat petunjuk dari langit?











4 ulasan:

  1. Orang bijak pandai akan berhujah cara fakta meningkah setiap helah muslihat dalam bait-bait tutut gadis serikandi PKR, namun rakyat marhaen yang melaut jumlahnya pantang mendengar anak gadis muda belum kenal dunia MEMAKI MUFTI NEGERI PERAK. Marhaen yang hina, bodoh dan gila belum selucah serikandi untuk berkasar apatah lagi memaki hamun MUFTI PERAK.

    Rakyat marhaen cuma akan kata, anak gadis ini bangsanya apa, agamanya apa, bapanya siapa, kawan-kawannya siapa, ilmunya setakat mana, kahwinnya dengan siapa, keretanya jenama apa, tinggalnya dimana....

    Rakyat marhaen hanya mahu tahu siapa yang suka berkurang ajar dalam hidup dengan ilmu secetek alif ba ta, yang belum pasti dimana barokahnya...

    Serikandi wajar ingat, rakyat marhaen jumlahnya melaut dan kalau ditindan-tindan, tingginya melebihi bukit larut.... atau maxwell.

    BalasPadam
  2. hahahaha.. tergelak plak aku baca dakyah minah ni.. entah mana la ko cedok input ni mek? hahahaha... budak baru nk naik... seronok sgt kelentong org2 tua kan? tahniah la.. nmpk sgt tahap pemikiran calon PKR ni..

    BalasPadam
  3. Dia dapat ilham masa gentel kot....

    BalasPadam
  4. Budak budak bercakap mcm ni la....pls be realistic skit la minah.....jgn nak bodoh2 kan org.hebat sgt ke ko ni...,

    BalasPadam

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...