Sabtu, 27 April 2013

Akujanji BN Bagan Serai


IMGaa

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan akujanji tambahan BN Bagan Serai untuk menambah katil Hospital Daerah Kerian yang baru kepada 200.

Menurut Perdana Menteri, tambahan itu adalah bagi memberi manfaat kepada rakyat di kawasan tersebut.

Beliau mengumumkan akujanji tambahan itu ketika berucap di hadapan kira-kira 10,000 rakyat pelbagai kaum di Dataran Bagan Serai hari ini.

Sebelum itu, Perdana Menteri diiringi kira-kira 1,000 pemuda bermotosikal ke tapak majlis.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan calon-calon Barisan Nasional di Parlimen Bagan Serai dan Parit Buntar.

Kerja-kerja hospital baru Daerah Kerian yang terletak di Simpang 5 telah dimulakan dengan menyediakan kemudahan 150 katil.

Bagaimanapun, hospital itu dijangka boleh menampung kapisiti sehingga 300 katil.

Calon BN DUN Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat berkata, dengan pengumuman itu, segala tohmahan pembangkang bahawa projek hospital itu akan terlerai.

"Projek ini memang dinanti-nantikan oleh rakyat di Kerian dan pengumuman Perdana Menteri akan memberi impak yang cukup besar rakyat di sini terhadap BN," kata beliau.

Calon DUN Kuala Kurau, Salleh Mat Desa pula berkata, pembinaan hospital baru akan memberi keselesaan kepada pesakit, khususnya mereka di dalam tempoh pemulihan (recovering period).

"Suasana kondusif dan selesa amat penting bagi Pesakit yang dalam tempoh ini dan dengan adanya hospital baru yang selesan sudah tentu banyak membantu," katanya sambil berharap hospital itu juga akan mempunyai hospital pakar.

IMGcc


























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...