Khamis, 18 April 2013

Nuar goyang berdepan dengan Dr Mazlan Ismail


Barisan Nasional (BN) mampu memberi harapan baharu kepada seluruh penduduk Permatang Pauh sekiranya rakyat memberi peluang kepada calon-calon BN menjadi wakil rakyat di kawasan itu.

Bersandarkan keyakinan BN dapat memenangi kesemua tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen kawasan itu, Dr Mazlan Ismail yang dinamakan sebagai calon BN kawasan Parlimen Permatang Pauh, berkata BN berpegang kepada prinsip pemimpin yang membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Bekas naib presiden Telekom Malaysia Bhd itu berkata kini sudah tiba masanya BN mengambil kembali kawasan Parlimen Permatang Pauh setelah empat kali pilihan raya ataupun dalam tempoh hampir 15 tahun kawasan itu diwakili pembangkang.

"Kami adalah sumber untuk mencapai satu harapan baharu untuk Permatang Pauh. Saya mohon pada setiap pengundi di Permatang Pauh, kali ini bagi peluang kepada kami untuk memberi perkhidmatan yang terbaik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar memperkenalkan calon Parlimen Permatang Pauh dan dewan undangan negeri (DUN) di bawah kawasan parlimen itu iaitu Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti di sini, malam tadi.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid serta calon-calon bagi ketiga-tiga DUN iaitu Datuk Mohamad Nasir Abdullah (Seberang Jaya), Anuar Faisal Yahaya (Permatang Pasir) dan Ibrahim Ahmad (Penanti).

Mazlan berkata, BN yakin dapat menawan kubu kuat pembangkang itu kerana rakyat di kawasan itu kini memberi isyarat bahawa mereka menyokong calon-calon BN yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

"Keyakinan untuk menang di tiga kerusi DUN dan parlimen itu juga berdasarkan kerja keras jentera BN Permatang Pauh yang membuat persediaan sejak dua tahun lepas," katanya yang bakal berhadapan penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, penyandang kerusi Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim menyifatkan Barisan Nasional (BN) membuat keputusan terbaik apabila meletakkan Dr. Mazlan Ismail sebagai lawan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Zahrain berkata, Mazlan yang juga bekas Ketua Pemuda Pas negeri itu dianggap buku bertemu ruas apabila berhadapan dengan Anwar kerana beliau mengetahui 'selok-belok' sikap Anwar.

"Mazlan dahulu merupakan antara orang kuat Pas yang menyokong Anwar dan saya yakin dengan kesedaran yang ditonjolkan Mazlan, beliau mampu untuk menarik sokongan dalam kalangan penyokong Pas di Permatang Pauh.

"Jadi saya harap andai benar Anwar kononnya pemimpin hebat seperti yang dicanang sebelum ini, jangan lari bertanding di Parlimen lain," katanya selepas majlis memperkenalkan calon BN bagi Parlimen Bayan Baru dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Maung di Sungai Ara di sini malam tadi.




*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...