Isnin, 15 April 2013

4 lokasi panas di Perak menjelang PRU13 Polis siapsedia


Empat kawasan masing-masing di Taiping, Sungai Siput, Ipoh Barat dan Batu Gajah telah dikategorikan sebagai lokasi panas menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, empat kawasan berkenaan dijangka antara yang menjadi tumpuan utama polis dalam memastikan PRU berjalan lancar.

“Kita kenalpasti empat kawasan berkenaan dijangka akan menjadi kawasan panas di Negeri Perak. Atas faktor apa kawasan berkenaan dipilih, biarlah polis sahaja yang tahu.

“Apa yang pasti, anggota kita telah bersiap sedia dan saya berpuas hati dengan semua persiapan termasuk keanggotaan dan peralatan di Perak untuk menghadapi pilihan raya ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan dan 12 Ketua Polis Daerah.

Beliau turut memberi amaran kepada individu-individu yang dijangka akan menimbulkan kekecohan sepanjang tempoh berkempen dan hari mengundi pada 5 Mei depan.

Katanya, polis bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk tindakan tegas seperti ditangkap akan diambil terhadap individu yang cuba mengugat keamanan.

"Kita telah kenalpasti beberapa individu yang mungkin cuba menimbulkan kekacauan.

“Amaran kepada mereka, jangan cuba menggugat atau menimbulkan kekecohan sepanjang tempoh berkempen dan pada hari mengundi,” katanya.

Dalam majlis itu, Mohd Shukri telah menyerahkan replika cek sebanyak RM518,372.15 iaitu kutipan Tabung Op Lahad Datu yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri dan orang ramai kepada Khalid untuk Tabung Kebajikan PDRM.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...