Khamis, 18 April 2013

Mustafa Ali didesak lepas jawatan dalam NGO



Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali digesa melepaskan keahliannya dalam Institut Integriti Malaysia (IIM) ekoran isu rakaman video seks mirip wajah beliau yang disiarkan beberapa blog baru-baru ini.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, Mustafa tidak sewajarnya berada dalam institusi tersebut memandangkan tahap integritinya sendiri boleh dipersoalkan.

Menurut beliau, skandal rakaman video seks itu dikhuatiri akan mencemarkan imej IIM sekiranya Mustafa terus kekal sebagai ahlinya.

"Saya berpandangan hanya tokoh-tokoh masyarakat yang berintegriti tinggi sahaja yang layak menganggotai IIM,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Difahamkan, Mustafa dilantik sebagai ahli IIM mulai 2004 sehingga kini.

Azwanddin turut mempertikaikan kegagalan Mustafa mengambil tindakan yang konkrit bagi menafikan pembabitannya dalam video seks itu.

"Setakat ini, beliau masih belum lagi membuat laporan polis atau melafazkan sumpah laknat bagi membersihkan namanya,'' ujarnya.

Beliau memberitahu, pemimpin kanan Pas itu juga masih belum memberi penjelasan yang meyakinkan bagi menjawab segala persoalan yang timbul berikutan penyebaran rakaman video seks itu.



*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...