Rabu, 27 Ogos 2014

Bogel tengah jalan Ipoh cemar negeri Perak

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap model pasangan pengantin terlampau yang berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai.

Penasihat Undang-Undang MBI, Syahrul Azrin Ghazali berkata, kejadian itu berlaku di jalan awam sedangkan bidang kuasa MBI hanya di taman-taman awam.

"Jalan, tepi jalan, tidak ada undang-undang kecil mengenainya, hanya untuk taman, berkelakuan tidak senonoh.

"Jalan-jalan, saya fikir di bawah bidang kuasa pihak polis, MBI ada kuasa di taman-taman sahaja," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Ahli Majlis Penuh MBI di Ipoh pada Isnin yang lepas.

Seluruh negara dikejutkan dengan beberapa keping gambar sepasang model pengantin yang menjolok mata, yang tersebar luas di laman sosial, termasuk Facebook sejak pagi Isnin.

Gambar-gambar itu menunjukkan model lelakinya tidak berbaju manakala pasangannya hanya memakai pakaian dalam.

Gambar yang tersebar luas di laman sosial itu dikatakan dirakam di Jalan Sultan Yusof, berhampiran Padang Ipoh.

Syahrul berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengambil rakaman gambar itu kerana ia tidak memerlukan permit

"Untuk tujuan bergambar itu pun, kami tidak tahu kerana mereka tidak meminta permohonan, kita tidak control.

"Rakaman gambar selalunya tidak memerlukan permohonan, tidak perlu permit," tambahnya.

Kerajaan Negeri Perak mengutuk sekeras kerasnya perbuatan insiden model lelaki dan wanita memperagakan pakaian dalam keadaan separuh bogel di tempat awam pagi Isnin sehingga mengemparkan Bandaraya Ipoh.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pihak atau individu yang cuba mencemarkan imej negeri ini dengan melakukan perbuatan tidak senonoh termasuk memperagakan pakaian menjolok mata secara terbuka.
 
Katanya perbuatan mereka jelas melanggar adab serta tidak menghormati budaya pelbagai kaum di negeri ini.

Menurutnya kerajaan negeri telah pun dimaklumkan bahawa pihak polis sudah pun menjalankan siasatan tentang latar belakang mereka yang terbabit.

"Pihak polis telah memaklumkan kepada saya bahawa siasatan akan siap dalam tempoh terdekat. Kita mahu satu tindakan tegas dibuat terhadap mereka terlibat mengikut peruntukkan undang-undang yang ada," katanya.

Pagi Isnin Bandaraya Ipoh gempar apabila seorang lelaki dan wanita, dipercayai model, memperagakan pakaian dalam keadaan separuh bogel di tengah-tengah kesibukan lalu lintas di Jalan Sultan Yussuf di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, wanita tersebut hanya memakai bikini berwarna putih dan kain layah (veil) manakala pasangannya memakai seluar panjang berwarna hitam tanpa baju.

Difahamkan, pasangan terbabit bersama beberapa krew dipercayai menjalani sesi fotografi di lokasi tersebut.

Menteri Besar berkata tindakan mereka jelas bertentangan dengan prinsip ketatasusilaan masyarakat Malaysia.

"Mereka boleh anggap ini satu trend, perkara yang trendy terdapat dI beberapa buah negara tetapi ini Malaysia. Masyarakat kita tidak boleh terima perkara-perkara yang bertentangan dengan adab budaya negara kita yang berbagai kaum.

Kita perlu ada rasa hormat menghormati di antara satu sama lain," katanya.
Menjawab satu soalan, Menteri Besar berkata elemen sama ada perbuatan itu merupakan satu bentuk provokasi ataupun tidak bukanlah persoalan pokok yang harus dilihat tetapi perbuatan memperagakan pakaian separuh bogel amatlah bertentangan dengan norma norma tatacara dan tatasusila kehidupan rakyat di Malaysia.

Nenen terjojol

Orang Ipoh panggil dua ekoq ni gila!!!

Joey Joeyy (gambar dipetik dari facebook)

 Difahamkan polis akan mengambil tindakan keatas lapuran yang telah dibuat oleh NGO-NGO dan parti politik. Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil iaitu Kelakuan Aib (Insulting Behaviour) boleh dikenakan terhadap pasangan separuh bogel ini.

Hari tu depa buat kat Pulau Pinang...laa kat Ipoh pulakkk sukahati jer apa pun nak buat kat negara ini tanpa mengira sensiviti agama, bangsa dan moraliti.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...