Memaparkan catatan dengan label Ayahanda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ayahanda. Papar semua catatan

Rabu, 11 November 2015

Mohon Sumbangan Seikhlas Hati...Pesakit Kronik di Ipoh

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera .

Saya rasa terpanggil untuk memaklumkan pada rakan2 dan sahabat semua tentang keadaan yg telah dialami oleh Ayah kpd Saudara Saudara Zaini iaitu En Zainal yg telah menghidap penyakit Jantung, paru² berair dn buah pinggang. 

Sehingga kini tiada pimpinan yg prihatin terhadap nasib yg menimpa ayahanda kpd Saudara Zaini . 

Saya mewakili keluarga saudara Zaini ingin memohon derma atau sumbangan se ikhlas hati dari rakan semua bagi sama2 kita membantu utk meringankan beban kos rawatan ayahandanya .

Kepada rakan2 yg ingin menyumbangkan derma atau sumbangan boleh lah disalurkan kpd akaun Maybank Ibu kepada En Zaini Maybank 158118281717 atas nama Fatimah Hani .

Segala sumbangan dan derma saya ucapkan ribuan terima kasih , semoga dengan sumbangan Tuan/ Puan dapat meringankan beban yg dihadapi oleh keluarga mereka .

Sekiranya kesemua rakan rakan kita prihatin dapat menderma seminima seorang 10 ringgit pun sudah cukup memadai memandangkan kita ada ribuan pejuang pejuang yang begitu banyak memperjuangkan nasib bangsa kita. Sumbangan ini juga adalah sebahagian dari bukti perjuangan kita.

Semoga Allah s.w.t merahmati usaha anda semua , Terima Kasih///




Jumaat, 21 Ogos 2015

Ketua Geng 77 dihukum mati di Mahkamah


Ketua Kumpulan Kongsi Gelap 77 dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam sebentar tadi selepas didapati membunuh seorang mekanik, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman terhadap Musa Yunus, 42, selepas mendapati keterangan yang diberikan tertuduh adalah penafian semata-mata.

Dalam penghakimannya, Abdul Halim menerima keterangan yang diberikan isteri si mati yang menjadi saksi ketika kejadian itu berlaku.

"Berdasarkan keterangan yang diberikan tertuduh ketika pembelaan adalah bersifat penafian dan kredibiliti isteri si mati ketika memberikan keterangan boleh diterima mahkamah," katanya ketika membacakan penghakiman.

Mengikut kertas pertuduhan, Musa yang juga pengawal peribadi dituduh membunuh R Kumaran, 31, di tepi jalan di Selayang Baru jam 2.30 pagi, 23 Disember 2013.

Tertuduh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman gantung sampai mati.



Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar dan tertuduh diwakili peguam bela Abdul Kadir Ismail.


*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan


Lagi cerita tentang 77 :

NGERI : Seorang Ketua Geng 77 Rebah Akibat Ditetak Geng Lain.

Jumaat, 5 September 2014

Perniagaan Mesin Judi Haram asalnya dari Kongsi Gelap...


Aktiviti kongsi gelap di Malaysia ini bermula dari sejarah Tanah Melayu lagi.
Di masa penghijrahan orang Cina dari Tanah Besar China, aktiviti itu dibawa sekali ke sini.

Pergerakan itu kini sudah canggih. Ia membabitkan transaksi wang yang cukup besar. 

Nilainya boleh dianggarkan berbilion-bilion ringgit.

Kegiatan haram yang menjadi satu budaya dalam masyarakat itu kian bercambah. Lagi banyak aktiviti perniagaan, bandar-bandar baharu lagi banyak percambahan kumpulan-kumpulan ini.

Ia diwujudkan kononnya untuk menjaga wilayah, kawasan dan daerah. Ia dijaga oleh kongsi-kongsi ini atas pelbagai nama. Ada juga yang menggunakan nama pengenalan melalui nombor-nombor.

Jika kongsi gelap atau pergerakan bawah tanah under world ini dimulakan oleh orang Cina, kini sudah ada juga dijalankan oleh geng-geng India dan Melayu.

Strata orang Cina sudah naik. Mereka berada dalam satu tahap yang lebih besar. Menggerakkan perniagaan. Strata jalanan ini pula dilakukan oleh geng-geng India, walaupun geng-geng Cina masih ada.

Dipendekkan cerita kegiatan ini juga mempunyai kaitan dengan aktiviti pinjaman wang haram atau ah long yang melata di negara ini. Wang haram yang diperoleh diubah menjadi wang pinjaman untuk orang ramai.

Itu pasal pihak berkuasa tempatan sukar membanteras aktiviti pelekat-pelekat yang menguasai semua dinding dan papan tanda milik awam.

Itu pasal aktiviti mesin-mesin judi (Jackpot) sukar dihapuskan kerana di belakangnya ialah pergerakan bawah tanah ini. Itu pasal tumbuhnya pusat-pusat snuker, pasar-pasar raya, hotel-hotel bajet yang tumbuh bagai cendawan.

Kita tidak mahu melihat apa yang berlaku di beberapa negara Eropah Timur, yang menjadi pusat mafia Rusia mengubah wang mereka dengan kasino-kasino serta hotel-hotel murahan di sana, juga berlaku di negara ini.

Saya diberitahu, aktiviti mereka amat aktif.

Saya mahu tanya adakah pihak berkuasa sedar mengenai?

Apakah ada pihak di negara ini mahu memberi pengiktirafan kepada mereka? Atau mengubah taraf haram kongsi mereka kepada berstatus halal?

Jangan tanya lagi saya...sumber



Apa itu Kongsi Gelap? ( KLIK )

Logo dan tatu...BACA SINI


Sabtu, 22 Jun 2013

Foto-foto Mafia era-30an dilelong

Beberapa keping gambar anggota kumpulan samseng pada era 1930-an yang ditemukan di dalam diari seorang detektif akan dilelong pada minggu depan di New York.

Detektif tersebut, Eugene Canevari berkhidmat selama 24 tahun dengan Jabatan Polis New York dan sepanjang kariernya, dia pernah menyiasat beberapa kes melibatkan ketua-ketua jenayah terancang pada era itu, termasuk Lucky Luciano, Louis 'Lepke', Buchalter, Dutch Schultz dan Vincent 'Mad Dog' Coll.

Canevari kemudiannya bersara pada 1952 dan ketika itu, dia menyimpan beberapa dokumen dan gambar yang diambil sepanjang kariernya.

Antara foto yang bakal dilelong termasuklah gambar asal Luciano dan anggota kumpulan gengster, Johnny Torrio.



Koleksi itu turut menampilkan beberapa gambar mayat yang merupakan suspek bunuh diri di dalam keranda, gambar di kawasan landasan kereta api ekoran ancaman bom dan dokumen saksi.

Canevari yang memulakan kerjaya sebagai polis pada 1928 di usia 25 tahun dikenali sebagai seorang detektif yang rajin dan bersemangat dalam setiap kes yang diuruskannya.

Dia juga pernah berkhidmat dalam Skuad Bom dan Unit Bunuh Diri Polis New York.





*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.

Isnin, 27 Mei 2013

NGERI : Seorang Ketua Geng 77 Rebah Akibat Ditetak Geng Lain.


Berikut adalah berita yang dilaporkan, kejadian berlaku beberapa hari yang lalu :

Kejadian tetak berlaku di Taman Sri Gombak, Kuala Lumpur.

Mangsa dikenali sebagai Ayahanda Tyson Gombak, (Geng Double 7 ranting Batu Caves).

Suspek ialah terdiri daripada 4 orang lelaki Melayu dipercayai dari kumpulang Geng 3 6.

Kumpulan suspek juga melarikan diri menaiki kereta proton saga bernombor pendaftaran WSX 6251.

Mereka dipercayai bersenjata menggunakan 2 bilah parang dan 1 kayu besbol.

Kecederaan
- paha
- pergelangan tangan kanan
- belakang bahu kiri

Mangsa kini dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Jumaat, 15 Februari 2013

Apa barang lu Gangster Celop...


Apa akan terjadi jika seorang gengster perlu menukar kerjaya kepada pengasuh bayi hanya kerana ingin berubah? Mujur ‘bayi’ yang dijaga sudah dewasa dan bayangkan jika masih kecil, pasti haru-biru hidup seorang gengster dibuatnya.

Inilah yang dipaparkan dalam Gangster Celop, filem aksi komedi terbaru terbitan Excellent Pictures arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Menampilkan gandingan dua pelakon kacak, Kamal Adli dan Syamsul Yusof, filem ini mengetengahkan kehidupan seorang gengster yang cuba berubah dengan menjadi pengasuh bayi namun disebabkan terjebak dengan satu kes tembakan membuatkan mereka menjadi pelarian bersama orang yang perlu dijaga.

Walaupun hanya komedi ringan, filem ini tetap menghiburkan dan penuh dengan mesej yang boleh dijadikan pengajaran. Buat pertama kalinya filem ini turut mendapat kerjasama Skop Productions yang menelan kos RM1.7 juta dengan menjalani penggambaran di sekitar ibu negara.

Selaku pengarah, Ahmad Idham mengakui kerap mengarahkan filem bergenre aksi komedi kerana menurutnya, penonton lebih memilih jalan cerita yang ringan tetapi sarat dengan mesej. “Jika dilihat beberapa filem komedi yang saya hasilkan berjaya mendapat kutipan pecah panggung contohnya Mael Lambong dan selepas itu, saya lihat banyak filem komedi yang dihasilkan penerbit mendapat perhatian penonton.

“Ini bermakna senario filem komedi sekarang sedang mendapat tempat di hati penonton, mungkin mereka mahukan jalan cerita yang mudah difahami dan tidak memeningkan kepala. “Kerana itulah idea untuk menghasilkan filem ini tercetus, apatah lagi selepas mendapat kerjasama Datuk Yusof dan tidak sangka perancangan yang sekadar bualan kosong akhirnya menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui pada previu filem Gangster Celop, baru-baru ini.

Ahmad Idham berkata, walaupun sudah banyak menghasilkan drama dan filem, Yusof seorang yang mudah dibawa berbincang dan tidak lokek berkongsi pendapat. Malah kehadiran anaknya, Syamsul juga sedikitpun tidak mengganggu gugat kerjanya, sebaliknya Syamsul profesional dan turut meminta tunjuk ajar daripadanya jika ada kesilapan pada babak yang dilakukan.

“Syukur saya mendapat kerjasama daripada semua pelakon. Walaupun sudah menang banyak anugerah selepas menjadi pengarah, Syamsul tidak sesekali mengganggu kerja saya, sebaliknya dia masih bersikap sama seperti pelakon lain yang mengikut arahan,” katanya.

Walaupun jalan ceritanya ringan, dapat dilihat Ahmad Idham suka menggunakan bahasa dan ayat yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan segelintir masyarakat. Melalui filem ini bahasa ‘ayahanda’ digunakan dan menurut Idham, ia adalah panggilan untuk semua lelaki bergelar bapa, malah dia sendiri memanggil gelaran itu terhadap bapanya.

“Tidak timbul isu mengaitkan panggilan ‘ayahanda’ dengan mana-mana persatuan kerana bagi saya, panggilan itu adalah panggilan mulia orang Melayu yang masih digunakan sehingga kini. “Ia bukan hak sesiapa dan tidak menyentuh sensitiviti sesiapa pun kerana panggilan itu juga sudah tercatat di dalam kamus bahasa,” katanya.


Kisahnya : Gengsterism rebut kawasan
Gangster Celop mengisahkan dua anak yatim iaitu Aman dan Adam yang baru dibebaskan dari penjara ingin kembali ke pangkal jalan dengan meninggalkan dunia gangsterisme. Mereka kemudian ditugaskan menjaga Suzana, anak kepada Mat Jambu, ketua kumpulan yang dianggotai Aman dan Adam. Pada masa sama, pertelingkahan bagi merebut kawasan di antara Mat Jambu dan Man Cirit semakin serius sehingga membabitkan Suzana, Aman dan Adam. Pelbagai konflik terjadi sehingga memaksa mereka lari meninggalkan Kuala Lumpur.
Filem yang turut dibintangi Hanis Zalikha, Azad Jazmin, Yus Jambu, Reen Rahim dan Mazlan Pet Pet ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air pada 21 Februari ini.










Ahad, 7 Oktober 2012

Yayasan Ayahanda SeMalaysia (Yas)



Kewujudan pelbagai NGO Islam berbaiah bertaraf ayahanda adalah usaha murni memartabatkan bangsa , agama dan negara.

Namun begitu, masyarakat sangsi dan mula mempersoalkan matlamat pertubuhan yang dilihat semakin hilang arah apabila dikatakan lebih mengejar jawatan selain kuasa berbanding memperjuangkan agama,bangsa serta negara sepertimana sumpah setia dilafazkan.

Picisan dari pelbagai pertubuhan ditubuhkan secara berdaftar atau tidak pada hari ini dilihat tidak relevan apabila segelintir ayahanda tidak memahami asas perjuangan.

Pengerusi Eksekutif, Yayasan Ayahanda SeMalaysia (Yas), Syed Husain Syed Mansor Al Shahab berkata, bibit perpecahan orang Melayu semakin besar jurangnya apabila pelbagai NGO Islam bertaraf ayahanda yang ditubuhkan gagal memahami perjuangan sebenar pertubuhan.

Menurutnya, sumpah baiah dalam kalangan ayahanda dan ahli jemaah sebagaimana janji yang merujuk kepada al Quran dan Sunnah semakin dilupakan.

“Lafaz baiah adalah aku janji untuk berjuang di atas jalan Rasulullah dan taat setia kepada pemerintah ,bangsa dan agama.

“Malangnya, hari ini, cetusan pertubuhan berbaiah oleh pemimpin terdahulu semakin tenggelam sehinggakan ada perbalahan sesama sendiri dalam kalangan ahli baiah,”katanya.

Menurutnya, perbalahan itu menggambarkan lemahnya kepimpinan dalam kalangan ayahanda pada hari ini sehingga gagal mentarbiyahkan ahli jemaah baiah kepada jalan yang benar.

Katanya, masyarakat juga mempersoalkan tujuan dan matlamat NGO ini setelah pemimpinnya dilihat mengejar jawatan dan kuasa.

"Pandangan negatif ini harus diperbetulkan dari sekarang kerana peranan ayahanda sangat besar setelah dipertanggungjawabkan memartabatkan agama, bangsa dan negara.

“Saya percaya kelemahan ini berlaku apabila khalifah (ayahanda) tidak memahami sejarah asas perjuangan, jadi sudah sampai masanya badan khas ditubuhkan bagi memantau dan menyedarkan fungsi, peranan dan tanggungjawab mereka.

Beliau berkata, umum mengetahui bahawa gelaran ayahanda dan pertubuhan berbaiah sebelum ini bergerak secara sukarela bagi membangkitkan perpaduan orang Melayu serta menzahirkan taat setia kepada pemerintah dan agama.

"Oleh itu, selain menjaga kebajikan ayahanda, Yas juga diharap dapat memartabat semula maruah ayahanda supaya kembali kepada landasan sebenar sebagaimana lafaz janji dan sumpah baiah dalam pertubuhan.


Jaga kebajikan ayahanda

Dalam pada itu, Syed Husain berkata, Yas dilihat mampu memartabatkan kembali peranan ayahanda selain menjaga kebajikan mereka.

Menurutnya, tujuan dan matlamat Yas pada asasnya membantu veteran ayahanda, ibunda dan balu kepada keluarga ayahanda apabila tiada badan menjaga kebajikan mereka selama ini.

“Rekod yang dikumpulkan Yas menunjukkan kira-kira 1,500 ayahanda di seluruh Malaysia dan dari jumlah tersebut, lebih kurang 100 ayahanda veteran dan 60 balu keluarganya memerlukan perhatian.

“Antara syarat utama Yas membantu golongan itu, ayahanda mestilah dari pertubuhan berdaftar, berbaiah dan ada matlamat serta hala tuju perjuangan yang sama dengan NGO Islam berbaiah lain,” katanya.
Beliau berkata, keutamaan yayasan adalah membantu ayahanda dan ibunda yang memegang gelaran itu sekurang-kurangnya 10 tahun dan berusia 60 tahun ke atas.

"Yayasan mengenalpasti ada ayahanda yang sakit kronik, tidak bekerja, tiada pendapatan tetap dan memerlukan perhatian berdasarkan jasa mereka sebelum ini," katanya.


Jadi tempat rujukan ayahanda

Dalam pada itu, penubuhan Yas turut menjadi tempat rujukan kepada pelbagai masalah dan kekeliruan dalam kalangan ayahanda.

Syed Husain berkata, penubuhan jawatankuasa khas iaitu Majlis Perunding Yayasan terdiri daripada korporat, wakil NGO dan ahli profesional dalam kalangan ayahanda dijadikan tempat rujukan kepada NGO Islam yang berbaiah.

"Yas juga akan menubuhkan Pusat Akademi Tarbiyah dengan mengumpulkan NGO bertaraf ayahanda seluruh Malaysia, me- ngemaskinikan peraturan, dasar dan mendidik erti tanggungjawab sebenar fungsi serta peranan mereka sebagai pemimpin Islam.

“Yayasan pula jadi medium mengembalikan martabat ayahanda setelah masyarakat pada hari ini memandang serong kepada peranannya dan NGO Islam," katanya.

Oleh itu, katanya, ayahanda perlu bersatu dari sekarang dan buktikan peranan serta tanggungjawab ayahanda kepada agama, bangsa dan negara sebelum ini tidak boleh diperkecilkan.

"Lebih penting apabila roh baiah dalam kalangan ayahanda dihayati semula dan semangat adik-beradik ahli jemaah berbaiah disatukan semula," katanya.


Perlu sokongan, zahirkan taat setia

Yayasan memerlukan sumbangan dari syarikat besar, ahli korporat dan individu prihatin bagi menggerakkan pertubuhan itu.

Pada masa sama, membela ayahanda yang memerlukan apabila mereka selama ini banyak berjasa, menjadi tulang belakang kestabilan serta perpaduan orang Melayu selain mempertahankan syiar Islam dan Institusi Raja-Raja Melayu.

Syed Husain berkata, ramai dalam kalangan menteri, penjawat awam dan ahli korporat menjadi ahli berbaiah serta berharap mereka dapat membantu yayasan.

“Perlu dijelaskan bahawa yayasan hanyalah sebagai perantara menjaga kebajikan ayahanda dan tiada unsur perniagaan.

"Keahlian Yas kini seramai 30 orang dan pada masa yang sama, NGO Islam berbaiah yang mempunyai taraf ayahanda secara tidak langsung menjadi ahli bersekutu kepada yayasan tanpa dikenakan sebarang yuran," katanya.

Menurutnya, yayasan juga berazam mengumpulkan sejuta tandatangan ahli jemaah berbaiah di seluruh negara bagi menzahirkan taat setia kepada Institusi Raja Berperlembagaan dan Ketuanan Melayu.

"Terdapat dua juta ahli jemaah berbaiah dari pelbagai pertubuhan di negara ini dan percaya mereka akan menzahirkan taat setia kepada pemerintah sebagaimana janji dalam sumpah baiah.

“Kita mahukan suara orang berbaiah ini didengari dan akan menjadi suara keramat kepada pemerintah, seterusnya menyatupadukan kaum Melayu dan Islam,” katanya.


Sejarah gelaran ayahanda

-Gelaran ayahanda wujud di Malaysia melalui pelbagai NGO Islam yang berbaiah dan sama perjuangan serta hala tujunya.

-Gelaran ini mula wujud sekitar 1970-anlagi tetapi kebanyakkan pertubuhanbertaraf ayahanda ketika itu tidak berdaftar.

-Pada 1983, pertubuhan yang ada gelaran ayahanda ini didaftarkan atas nama Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiyah Malaysia (Pekida) di Sungai Petani Kedah.

-Susulan itu, hari ini, kira-kira 30 NGO Islam bertaraf ayahanda telah ditubuhkan yang mempunyai matlamat dan perjuangan yang sama iaitu memartabatkan bangsa, agama dan negara.


Latarbelakang pengasas

-Syed Husain merupakan pengasas Pekida Wilayah Tengah (Kampung Baru) dari 1992 hingga 2004.

-Lahir di Kota Setar pada 10 Jun 1958 dan bergiat aktif dalam masyarakat sejak belasan tahun.

-Menubuhkan Pertubuhan Warisan Persahabatan Malaysia (Sahabat) pada 2005.

-Menubuhkan Yayasan Ayahanda SeMalaysia (Yas) pada 2011. Anugerah KMW pada Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2009 di Istana Negara.



Jumaat, 7 September 2012

Wartawan temuramah NGO MAAP



Sebaik sahaja selesai laporan polis dibuat oleh setiap wakil MAJLIS AYAHANDA-AYAHANDA PERAK ( MAAP ) dari 10 daerah dalam negeri Perak maka suatu sesi temuramah dengan wartawan diadakan di dalam perkarangan Balai Polis Sungai Senam, Ipoh tadi.

Dibawah ini disertakan juga contoh salinan repot polis yang telah dibuat. Jawatankuasa dan ahli-ahli MAAP telah ditemuramah oleh wartawan-wartawan dari beberapa media cetak dan media televisyen seperti NTV9 dan akhbar Sinar Harian.


'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...