Memaparkan catatan dengan label 13 Mei. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 13 Mei. Papar semua catatan

Khamis, 17 September 2015

Jumaat, 5 September 2014

Perniagaan Mesin Judi Haram asalnya dari Kongsi Gelap...


Aktiviti kongsi gelap di Malaysia ini bermula dari sejarah Tanah Melayu lagi.
Di masa penghijrahan orang Cina dari Tanah Besar China, aktiviti itu dibawa sekali ke sini.

Pergerakan itu kini sudah canggih. Ia membabitkan transaksi wang yang cukup besar. 

Nilainya boleh dianggarkan berbilion-bilion ringgit.

Kegiatan haram yang menjadi satu budaya dalam masyarakat itu kian bercambah. Lagi banyak aktiviti perniagaan, bandar-bandar baharu lagi banyak percambahan kumpulan-kumpulan ini.

Ia diwujudkan kononnya untuk menjaga wilayah, kawasan dan daerah. Ia dijaga oleh kongsi-kongsi ini atas pelbagai nama. Ada juga yang menggunakan nama pengenalan melalui nombor-nombor.

Jika kongsi gelap atau pergerakan bawah tanah under world ini dimulakan oleh orang Cina, kini sudah ada juga dijalankan oleh geng-geng India dan Melayu.

Strata orang Cina sudah naik. Mereka berada dalam satu tahap yang lebih besar. Menggerakkan perniagaan. Strata jalanan ini pula dilakukan oleh geng-geng India, walaupun geng-geng Cina masih ada.

Dipendekkan cerita kegiatan ini juga mempunyai kaitan dengan aktiviti pinjaman wang haram atau ah long yang melata di negara ini. Wang haram yang diperoleh diubah menjadi wang pinjaman untuk orang ramai.

Itu pasal pihak berkuasa tempatan sukar membanteras aktiviti pelekat-pelekat yang menguasai semua dinding dan papan tanda milik awam.

Itu pasal aktiviti mesin-mesin judi (Jackpot) sukar dihapuskan kerana di belakangnya ialah pergerakan bawah tanah ini. Itu pasal tumbuhnya pusat-pusat snuker, pasar-pasar raya, hotel-hotel bajet yang tumbuh bagai cendawan.

Kita tidak mahu melihat apa yang berlaku di beberapa negara Eropah Timur, yang menjadi pusat mafia Rusia mengubah wang mereka dengan kasino-kasino serta hotel-hotel murahan di sana, juga berlaku di negara ini.

Saya diberitahu, aktiviti mereka amat aktif.

Saya mahu tanya adakah pihak berkuasa sedar mengenai?

Apakah ada pihak di negara ini mahu memberi pengiktirafan kepada mereka? Atau mengubah taraf haram kongsi mereka kepada berstatus halal?

Jangan tanya lagi saya...sumber



Apa itu Kongsi Gelap? ( KLIK )

Logo dan tatu...BACA SINI


Sabtu, 18 Ogos 2012

Lim Kit Siang tak ngaku kencing cam anjing kat tiang


Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung kenyataan berbaur fitnah, didakwa dibawa oleh Facebook filem Tanda Putera, yang berkisar tentang rusuhan 13 Mei dan perkembangan berkaitan.

Ahli Parlimen Ipoh Timur ini berkata, ekoran dakwaan tidak berasas Penerbit Eksekutif Tanda Putera, Aida Fitra Buyong, beliau telah mengarahkan peguamnya memulakan tindakan perundangan berhubung fitnah yang dilemparkan.

Dalam kenyataan diperoleh dari blognya hari ini, Kit Siang berkata, beliau tiada pilihan kecuali mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan fitnah yang dibuat menerusi Facebook.

“Tuduhan yang dibuat Aida Fitra bahawa saya telah bertindak secara defensif di atas gambar saya yang dimuat naik di laman rasmi Facebook filem Tanda Putera, bahawa saya telah kencing di tiang bendera yang mengibarkan bendera negeri Selangor, ketika itu rumah kediaman Menteri Besar Selangor, serta provokasi rusuhan 13 Mei 1969, merupakan satu dakwaan tidak berasas langsung, liar dan menjijikkan," kata Kit Siang lagi.

"Saya tidak tahu selain Facebook rasmi Tanda Putera, yang menggunakan kapsyen: 'Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor yang terpacak di rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, (Datuk) Harun Idris', kapsyen sedemikian berdasarkan pembohongan ganas dan tidak bertanggungjawab, turut ada diposkan di mana-mana (lokasi) ruang siber," katanya lagi.

Dalam kenyataannya, Kit Siang juga berkata, adakah penerbit filem itu mengharapkan "saya hanya akan mendiamkan diri manakala mereka terus menerus membuat fitnah berhubung rusuhan 13 Mei 1969, berhubung insiden saya kencing di rumah kediaman Menteri Besar .


Sudah kencing lagi tak ngaku ka Lim Kit Tiang...haiya manyak bushok lor!!!

Ahad, 12 Ogos 2012

Tanda Putera filem yang di-anti oleh DAP

DEWASA ini timbul polemik berkenaan sebuah filem karya Datin Paduka Shuhaimi Baba oleh Pesona Pictures yang mengisahkan susur perjalanan dua orang negarawan terbilang, Tun Haji Abdul Razak Hussein dan Tun Dr. Ismail Abdul Rahman antara Mei 1969 dan Januari 1976.

Polemik timbul apabila Finas sebagai rakan kongsi Pesona Pictures telah menarik diri daripada projek itu untuk tayangan umum di panggung wayang gambar (pawagam) sebagaimana yang dijadualkan bermula 13 September ini.

Bawah skima Wajib Tayang, sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil Finas, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan pengusaha pawagam menentukan susunan giliran untuk penayangan sekurang-kurangnya dua filem tempatan setiap minggu.

Apabila Finas sebagai rakan kongsi projek Tanda Putera menarik diri, maka giliran filem ini untuk slot tayangan 13 September diberikan kepada filem tempatan yang lain.

Antara sebab yang difahamkan telah dijadikan alasan ialah sensitiviti mengenai peristiwa rusuhan kaum berdarah pada 13 Mei 1969, yang menjadi mukadimah filem ini.

Filem ini mengisahkan bagaimana Timbalan Perdana Menteri ketika itu Tun Razak meminta Tun Dr. Ismail kembali ke dalam Kabinet apabila berlaku ketegangan pelbagai demonstrasi akibat keputusan pilihan raya umum ketiga dan Selangor (pada itu merangkumi Kuala Lumpur) tidak dapat menubuhkan kerajaan kerana tiada pihak mendapat majoriti.

Anasir-anasir radikal dan subversif, termasuk gerakan komunis, telah digambarkan sebagai mereka yang bertanggungjawab untuk menghasut agar demam pilihan raya Mei 1969 itu menjadi tegang dan kemudian bertukar menjadi kekacauan. Ini termasuk siri-siri demonstrasi pihak-pihak tertentu yang membuat provokasi biadap dan menimbulkan ketegangan dan kemarahan orang ramai.

Apabila peristiwa 13 Mei berlaku, Tanda Putera memberi banyak fokus mengenai krisis yang dihadapi, keputusan yang dibuat dan tindakan yang diambil agar keselamatan dijamin, ketenteraman tercapai, keadaan tenang dan sedikit demi sedikit, keyakinan rakyat dikembalikan.

Ini termasuk dasar-dasar yang lahir daripada perundingan peringkat nasional merangkumi semua pihak (kecuali DAP) seperti Dasar Ekonomi Baru dan projek Buku Hijau.

Filem ini juga mengisahkan bagaimana pengganas komunis mengubah taktik mereka dalam strategi untuk mengambil alih kuasa dengan merancang pembunuhan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim pada 7 Jun 1974 dan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong pada 13 November 1975.

Dasar mengadakan hubungan diplomatik dengan China dijelaskan.

Tanda Putera juga mengisahkan bebanan peribadi Tun Razak dan Tun Dr. Ismail, yang menghidapi penyakit terminal (penyakit serius yang boleh menyebabkan kematian) tetapi terpaksa merahsiakannya, demi tugas membangunkan negara. Ini termasuk pemergian mengejut Tun Dr. Ismail kerana serangan jantung pada 2 Ogos 1973 (sewaktu Tun Razak menghadiri persidangan ketua negara Komanwel di Ottawa, Kanada) dan Tun Razak sendiri meninggal dunia di London pada 14 Januari 1976 akibat leukemia.

Antara reaksi negatif dikaitkan dengan penayangan filem ini ialah daripada Penasihat DAP Lim Kit Siang sendiri.

Namun daripada maklum balas media dan mereka yang telah menonton prebiu filem ini, sambutan amatlah menggalakkan. Mereka berpendapat bahawa filem ini banyak membuka mata mereka mengenai sejarah negarawan, apa yang sebenarnya berlaku, kesan keputusan yang dibuat dan tindakan yang diambil masih lagi kelihatan hari ini, walaupun ia sudah menjangkau 40 tahun.

Filem Tanda Putera ini telah mendapat kelulusan PG13 daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada 7 Jun. Lihat prebiu ( klik sini ).

Minggu lepas, Kabinet memutuskan bahawa kelulusan menayang filem ini diputuskan kepada LPF. Ini bermakna, pihak berwajib terutama Finas wajar menentukan filem Tanda Putera ini dikembalikan dalam senarai susunan penayangan filem tempatan skima Wajib Tayang.

Amat malang sekiranya penayangan ini ditangguhkan kerana sebab-sebab yang kurang jelas. Ini kerana khazanah sejarah negara dan negarawan yang dikaryakan dalam bentuk filem wajar dipertontonkan kepada orang ramai terutama golongan muda, agar mereka faham kenikmatan yang dikecapi hari ini datangnya daripada pengorbanan generasi terdahulu.

Saya berharap janganlah filem ini ditangguhkan atas sebab paranoia persepsi politik semata-mata. Apa sudah jadi kita ini?



Oleh Zaini Hassan, Utusan


Jumaat, 10 Ogos 2012

Filem Tanda Putera kasi gusar Pakatan Rakyat



Penerbit Pesona Pictures, Datin Paduka Shuhaimi Baba meminta pihak mengkritik filem Tanda Putera supaya berhubung terus dengan pihaknya untuk mendapatkan penjelasan sebenar.

Shuhaimi atau lebih dikenali dengan panggilan Shumi berkata, individu yang ingin memberi sebarang komen hendaklah menyaksikan keseluruhan filem berkenaan terlebih dahulu dan bukannya berpandukan kepada persepsi sendiri dan juga promo yang ditonton.

“Filem ini diterbitkan oleh syarikat saya dan Finas. Bagi pihak yang tidak senang dengan penghasilan filem ini, mereka sepatutnya memahami peraturan iaitu datang berjumpa dengan pihak Finas atau Pesona Picture untuk bertanya.

“Setahu saya, belum ada lagi individu yang memberi komen mengenai sesebuah filem menerusi promo yang ditonton,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online di sini, Khamis.

Shuhaimi diminta mengulas komen Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menerusi mStar Online pada Selasa lalu yang meminta kerajaan menayangkan filem tersebut kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR) untuk diteliti sebelum ditayangkan kepada umum.

Mustafa mendakwa tema filem tersebut akan menimbulkan isu perkauman di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Dalam perkembangan berkaitan Shumi berkata pihaknya akan mengadakan sidang media pada 13 Ogos depan bagi menjelaskan situasi filem tersebut.

“Saya belum sempat membaca berita mengenai kenyataan pihak pembangkang tetapi saya telah dimaklumkan mengenainya.

“Apa-apa pun, saya akan mengulas lebih lanjut pada sidang media nanti,” ujarnya.

Filem Tanda Putera yang dibarisi pelakon seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi itu antara lain berkisah mengenai peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969.




'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...