Memaparkan catatan dengan label PR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PR. Papar semua catatan

Ahad, 5 Mei 2013

Rakyat Malaysia tak bersalah difitnah PR sebagai warga asing...BodohBetoi!!!


Warga Malaysia yang berdarah campuran difitnah oleh pembangkang bahawasanya mereka ini adalah orang Myanmar atau Bangla. Apa punya bodoh la Pembangkang ini, ingat senang-senang boleh keluar IC atau MyKad ke....PAKAI AKAI SKIT LA, BANGANG!!!


>sumber




Lihat gambar dibawah contoh :




Sabtu, 4 Mei 2013

PARAH!!!!!! Pembangkang akan melancarkan perang terhadap YANG DI-PERTUAN AGONG !!!!!!!


SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN.....

KHABAR ANGIN SUDAH MENULAR SAMPAI KEPADA RAKYAT JIKA PEMBANGKANG KALAH MEREKA AKAN MELANCARKAN PERANG TERHADAP KERAJAAN DAN YANG DI-PERTUAN AGONG...





KESIAN PADA PEMBANGKANG NI KEMARUK NAK KUASA HINGGA SANGGUP MENGHANCURKAN NEGARA HANYA KERANA UNTUK MEMERINTAH NEGARA....

GUA RASA SANGAT-SANGAT KECEWA DENGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMBANGKANG KERANA KETUA MEREKA MASIH ORG MELAYU.... 

GUA TAK HERAN JIKA BANGSA LAIN YANG NAK MENGHANCURKAN NEGARA.... TAPI INI ORANG YANG BERBANGSA MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM.....

GUA MENYERU KEPADA RAKYAT SUPAYA JANGAN TAKUT KEPADA MEREKA-MEREKA INI.... KITA ADA AGAMA DAN PASUKAN KESELAMATAN KITA..... INSYA'ALLAH JIKA MEREKA MELANCARKAN SERANGAN KEPADA NEGARA DAN PUTRAJAYA ALLAH AKAN MENURUNKAN AZAB KEPADA MEREKA..... KITA BARISAN NASIONAL BERADA DI PIHAK YANG BENAR DAN TELAH DIREDHAI ALLAH SELAMA 55 TAHUN UNTUK MEMERINTAH NEGARA.... 


BARISAN NASIONAL ADALAH PARTI YANG PALING LAMA MEMERINTAH DALAM NEGARA DAN DUNIA.... TIADA PARTI SELAIN BARISAN NASIONAL YANG DIBERKATI OLEH ALLAH SEHINGGA KE HARI INI....

UMNO DAN BARISAN NASIONAL ADALAH PARTI YANG LAYAK DAN SELAYAK-LAYAKNYA UNTUK MEMIMPIN NEGARA MALAYSIA YG SENTIASA DILIMPAH NIKMAT OLEH ALLAH SWT....

JANGAN LUPA SAUDARA-SAUDARA KU DI LUAR SANA 5 MEI INI UNDILAH BARISAN NASIONAL.... JANGAN KITA MEMPERJUDIKAN MASA DEPAN ANAK CUCU KITA.....




sumber



Sabtu, 20 April 2013

DAP ganti PAS pergi ke bulan


Semua calon DAP di Semenanjung Malaysia mungkin menggunakan lambang PAS manakala calonnya di Sabah dan Sarawak menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum 5 Mei ini, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang, walaupun Pendaftar Pertubuhan (ROS) menegaskan parti pembangkang itu boleh menggunakan simbolnya sendiri.

Menurut pemerhati politik, langkah DAP itu hanyalah semata-mata untuk meraih simpati para pengundi pada pilihan raya umum ke-13 itu.

Pada sidang media di Pusat Operasi DAP di Taman Ungku Tun Aminah di sini Jumaat, Lim bagaimanapun enggan mengulas kenyataan ROS itu.

Sebaliknya, pemimpin veteran itu, yang akan mencabar Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman bagi kerusi Parlimen Gelang Patah, menyalahkan MCA dan mendakwanya dibantu Umno untuk memainkan peranan dalam menentukan keputusan ROS.




"Kemungkinan lambang Roket yang menjadi identiti DAP ini tidak dapat digunakan selepas menerima notis daripada ROS, kurang 48 jam sebelum tarikh penamaan calon," katanya.

ROS pada Rabu hanya memaklumkan kepada DAP bahawa ia sedang mengkaji pendaftaran parti itu berikutan pertikaian dalam kalangan anggotanya.

Sementara menanti penyelesaian pertikaian berkenaan, kenyataan itu menyebut bahawa ROS tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan parti itu pada 15 Dis 2012, mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966.

Dalam kenyataannya Khamis, Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman menarik perhatian bahawa pendaftaran DAP bagaimanapun tidak terbatal dan ia masih boleh menggunakan simbolnya semasa PRU13.

Lim pula berkata: "Bagi mengelak berlaku sebarang kesulitan pada pilihan raya nanti, kita mengambil keputusan untuk meminjam simbol bulan (PAS) bagi calon DAP di Semenanjung dan lambang PKR di Sabah dan Sarawak".

Beliau juga mendakwa kononnya perkara itu boleh menjejaskan undi kepada DAP kerana menurutnya pengundi Cina tidak akan memilih simbol PAS dalam pilihan raya nanti.

Lim turut dilihat cuba bersikap `underdog' dengan menyatakan berikutan isu lambang itu, peluangnya untuk menang kerusi Gelang Patah kini tinggal 40 peratus berbanding 50 peratus sebelum ini.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Pengerusi DAP Karpal Singh mengesahkan parti itu akan menggunakan lambang PAS dan PKR pada 5 Mei.

"Seperti yang diputuskan jawatankuasa kerja pusat pada mesyuarat tergempar malam tadi di ibu pejabat parti, jika tiada surat rasmi daripada ROS hingga pukul 3 petang ini, DAP akan bertindak daripada keputusan awal yang diambil untuk menggunakan lambang parti dua rakan sekutu kami dalam pakatan," katanya.

Beliau berkata DAP masih belum menerima surat rasmi penarikan balik daripada ROS seperti yang diminta DAP.

Katanya DAP tidak mahu menerima jaminan yang diberikan ROS melalui media, disebabkan itu DAP mahu ketua pengarah ROS secara rasmi memberi respons kepada kebimbangan mereka.

Karpal Singh berkata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali serta Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution akan menyelaraskan dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam mengeluarkan surat kebenaran untuk memudahkan calon-calon DAP menggunakan lambang dua parti itu.


DAP mengumumkan akan bertanding 53 kerusi parlimen dan 103 kerusi dewan undangan negeri pada PRU13.








DAP = PAP
DAP ganti PAS
DAP anti Islam






Jumaat, 19 April 2013

NGANGEH punca ahli DAP mengamok!!!



Tidak sampai sehari menjelang hari penamaan calon, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, terutama penyokong DAP di Perak memprotes menyatakan rasa tidak puas hati mereka berhubung penetapan calon dan pembahagian kerusi di negeri ini.
Rasa tidak puas hati ini ditunjukkan dengan berkumpul di hadapan pejabat DAP negeri dengan harapan pimpinan tertinggi parti dapat melakukan sesuatu supaya suara dan kehendak mereka didengari.
Ahli DAP seumur hidup, G. Visvanathan yang mewakili beberapa penyokong lain yang tidak gembira dengan keputusan parti mendakwa apa yang diputuskan majlis pimpinan parti negeri sebagai tamak dan bersifat perkauman.
“Kami penyokong DAP tidak gembira dengan pembahagian kerusi DUN dan Parlimen di Perak. Nampak seperti DAP sebuah parti rasis.
“Kami sangat kecewa dengan keputusan ini dan berharap mereka mengubahnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di hadapan pejabat DAP negeri, dekat Ipoh, Jumaat.
Visvanathan berkata berlaku ketidakadilan apabila kerusi Malim Nawar yang dulunya disandang oleh Keshvinder Singh kini diberikan kepada calon lain yang bukan berbangsa India.
Keshvinder adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang mengumumkan keluar parti pada 2010 kerana kecewa dengan corak pimpinan PR.
Katanya, pada pilihan raya umum lalu calon India diletakkan di enam kerusi iaitu di Ipoh Barat, Teluk Intan, Buntong, Tronoh, Sungkai dan Malim Nawar.
“Kali ini kenapa hanya lima (kerusi)? Kulasegaran di Ipoh Barat, Sivakumar di Batu Gajah, Sivasubramaniam di Buntong, Sivanesan di Sungkai dan Terence Naidu di Pasir Berdamar,” katanya.
Jelas beliau apa yang diputuskan ini tidak sepadan dengan sokongan yang telah diberikan masyarakat India terhadap DAP dan PR.
“Kaum India sekarang, terutama di Perak sangat sokong DAP tapi dikurangkan kerusi.
“Ada ramai calon yang mampu dan layak seperti Dr Jeyabalan yang berkerja keras tetapi tiada kerusi untuk beliau,” ujarnya.
Menurut beliau, masalah juga timbul apabila Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham bertanding di dua kawasan; Nga di Parlimen Taiping dan DUN Kepayang manakala Ngeh di Parlimen Beruas dan DUN Sitiawan.

NGANGEH



Beliau berkata, penyokong-penyokong DAP akan menyalahkan Nga dan Ngeh jika PR kalah di Perak.
“Jika Pakatan kalah di Perak Nga dan Ngeh perlu dipersalahkan. Seorang ahli perlu dapat satu kerusi sahaja seperti yang disuarakan pemimpin Karpal Singh…kenapa dapat dua kerusi seperti adik-beradik Nga dan Ngeh,” katanya.
Beliau berkata, masih belum terlambat untuk pimpinan parti mengubah keputusan walaupun hari penamaan calon tinggal tidak sampai satu hari.





Manifesto PR Perak PRU13 - Telus, Amanah, Wawasan, Adil


Pakatan Rakyat Perak dalam manifesto yang dilancarkan hari ini menawarkan bantuan sebanyak RM760 sebulan untuk membasmi kemiskinan tegar, selain usaha untuk mewartakan tanah masyeakat Orang Asli dan juga mengadakan pemilihan di peringkat ketua kampung.

Manifesto yang dilancarkan melalui satu tayangan klip video di Ipoh hari ini juga menggariskan janji untuk menubuhkan tabung pendidikan khas dan pengupayaan belia India dan Orang Asli dengan peruntukan RM5 juta setahun.  

Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam ucapannya berkata, mereka berjanji akan memajukan kaum Orang Asli yang selama ini tersisih, di samping memastikan Perak menjadi sebuah negeri yang terkaya dalam negara. "Kaum Orang Asal akan di majukan dan bawa mereka kepada arus perdana agar jadi rakyat yang berkaliber. Selama 55 tahun Umno tadbir, Orang Asal masih begitu. Kita akan pastikan Orang Asal menikmati kemajuan bersama rakyat Perak yang lain.





 Antara manifesto-manifesto yang dijanjikan kerajaan Pakatan Rakyat jika dapat memerintah negeri Perak iaitu ; 

 - Pakatan Perak juga akan memberikan peruntukan kepada setiap kawasan DUN sebanyak RM250 ribu setahun tanpa mengira fahaman politik bagi projek-projek kecil dan program kebajikan rakyat. 

- peruntukan khas tahunan sebanyak RM2 juta, anugerah integriti dan program latihan untuk kakitangan kerajaan juga akan diberi sebagai usaha membanteras rasuah "Untuk penjawat awam, kita ada peruntukan kepada penjawat awam. Mereka dulu dapat merasai perbezaan 55 tahun ditadbir BN dan juga 11 bulan Pakatan Rakyat.

- bagi usaha memperkukuhkan integriti dan amalan demokrasi, di dalam manifesto itu juga, Pakatan Perak berjanji akan mengisytiharkan harta bagi ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.

- berjanji untuk tidak menaikkan cukai tanah, cukai pintu dan kadar air untuk tahun 2014 hingga 2018.

- berjanji memberi air percuma sebanyak 20 meter padu bagi keluarga berpendapatan isi rumah kurang daripada RM1000 sebulan juga akan diberi.

- menawarkan, surat hak milik kekal kepada warganya yang menduduki lot kediaman di kampung tersusun, kampung baru dan peneroka kampung tradisional.

- kakitangan kerajaan negeri dan syarikat berkaitan kerajaannya pula ditawarkan gaji minimum sebanyak RM1100.










Calon-calon PR di Perak untuk PRU13


Seperti yang diumumkan semalam pada 18 April di Ipoh :

Parlimen (PAS)
Gerik: Hajjah Norhayati Abidin
Lenggong: Hj Razman Zakaria Larut: Dato’ Fauzi Shaari
Parit Buntar: Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
Bukit Gantang: Ustaz Idris Ahmad
Kuala Kangsar: Drs. Khalil Idham Lim Abdullah
Parit: Ustaz Hj Muhd Ismi Mat Taib

DUN (PAS)
Selama: Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin
Kubu Gajah: Ustaz Nazri Din
Titi Serong: Ustaz Abu Bakar Hussein
Gunong Semanggol: Ustaz Zawawi Abu Hassan
Selinsing: Hj. Husin Din
Changkat Jering: Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin
Trong: Ustaz Norazli Musa
Kamunting: Ustaz Mohamad Fakhruddin Abd Aziz
Chenderoh: Dr Mohd Azalan Radzi
Lubok Merbau: Hj Mohd Zainudin Mohd Yusof
Lintang: Mej (B) Ir. Hj Ahmad Mazlan bin Othman
Manjoi: Hj. Asmuni Awi
Manong: Hj. Jamil Dzulkarnain
Pengkalan Bharu: Dr Khairuddin Abd Malik
Belanja: Dr Najihatussolehah Ahmad
Sungai Rapat: Ustaz Radzi Zainon
Air Kuning: Dr Razi Othman
Kampung Gajah: Drs. Ishak Shaari
Pasir Panjang: Hajjah Rohawati Abidn
Rungkup: Ustaz Misbahul Munir Masduki
Changkat Jong: Hj. Anuar Sudin
Slim: Hj Aminuddin Zulkipli.

PARLIMEN (PKR)
Lumut: Laksamana (B) Imran Abdul Hadi
Tapah: Vasantha Kumar
Tanjung Malim: Tan Yee Kew
Padang Rengas: Dr Meor Ahmad Asharra Ishak
Bagan Serai: Dr Mohd Nur Manuty
Tambun: Siti Aishah Shaik Ismail.

DUN (PKR)
Pengkalan Hulu: Mejar (B) Abdullah Hassan
Temengor: Supian Nordin
Kenering: Tarmizi Abdul Hamid
Kota Tampan: Zahrul Nizam Abdul Majid
Batu Kurau: Fadhil Alias
Kuala Sepetang: Chua Yee Ling
Bukit Chandan: Fathmawaty Salim
Hulu Kinta: A Tinagaran
Simpang Pulai: Tan Kar Hing
Tualang Sekah: Baldip Singh
Alor Pongsu: Rosli ibrahim
Chenderiang: Bah Tony
Behrang: Brigadier Jeneral (B) Hadi Abdul Khattab
Sungai Manik: Osman Abdul Khattab
Pangkor: Saifullah Mohd Zulkifli
Bota: Zulkifli Ibrahim

PARLIMEN (DAP)
Ipoh Timur: Thomas Su Keong Siong
Pasir Pinji: Howard Lee
Tebing Tinggi: Ong Boon Piow
Batu Gajah: V. Sivakumar
Ipoh Barat: M. Kulasegaran
Beruas: Datuk Ngeh Koo Ham
Kampar: Ko Chung Sen
Teluk Intan: Seah Leong Peng

DUN (DAP)
Paul Yong (Tronoh)
Loh Sze Yee (Jalong)
Wong May Ing (Pantai Remis)
Leong Cheok Keng (Malim Nawar)
Leow Thye Yih (Aulong)
A. Sivanesan (Sungkai)
S. Sivasubramaniam (Buntong)
Chen Fook Chye (Keranji)
Lim Pek Har (Menglembu).

Manifesto PR Perak : pembaharuan cukai tanah dan ketelusan dalam kerajaan


Pakatan Rakyat (PR) Perak menjanjikan pembaharuan cukai tanah dan ketelusan penuh mengendalikan kerajaan dalam manifesto pilihan raya mereka hari ini, usaha yang dilihat untuk merampas negeri yang suatu ketika dahulu kaya dengan hasil perlombongan bijih timah.

Mengikut jejak rakan di Pulau Pinang, gabungan tersebut juga berjanji untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan, menghapuskan kemiskinan dan memastikan semua pentadbir negeri mengisytiharkan aset mereka kepada umum.

Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata pelancaran manifesto hari menunjukkan pemimpin PR lebih daripada bersedia untuk berhadapan lawan mereka Barisan Nasional (BN) pada hari pilihan raya 5 Mei depan, disamping semangat untuk menebus kemarahan akibat rampasan kuasa pada 2009 lalu.

“Hari ini, kami lebih bersedia berbanding pada tahun 2008 lalu untuk memerintah negeri ini.

“Kami sudah lama rindukan dan idamkan hari Perak dapat dikembalikan semula sebagai salah sebuah negeri terkaya dalam negara,” kata beliau dalam ucapannya semasa pelancaran pagi ini.

“Kita adalah antara negeri terkaya dalam negara. Tapi sekarang kita ketiga termiskin.

“Bagaimana ini terjadi? Ia kerana selama 55 tahun, kita membenarkan kerajaan yang memerintah secara tidak adil dan tidak seimbang,” tambahnya lagi.

Parti-parti pembangkang DAP, PAS dan PKR melakukan kejutan selepas melakar kemenangan di Perak pada Pilihan Raya 2008 selepas memenangi 31 kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) 28 kerusi daripada keseluruhan 59 kerusi.

Walaubagaimanapun, pentadbiran PR telah dirampas pada 2009 ekoran pergelutan kuasa selepas tiga ahli dewan undangan (Adun) negeri PR keluar parti.

Nizar yang ketika itu dipilih sebagai menteri besar Perak ke-10 secara rawak kerana tiada persediaan calon juga berkata “rampasan kuasa” bukan hanya menaikkan kemarahan pengundi negeri tersebut tetapi juga memberi ilham kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyingkirkan BN dari Putrajaya menjelang pilihan raya 5 Mei depan.

Memetik manifesto PR Perak, wakil sepenggal tersebut berkata peruntukan RM40 juta akan disediakan untuk membantu rakyat miskin negeri tersebut dengan memastikan pendapatan setiap individu meningkat kepada gaji minimum sebanyak RM760 sebulan.

“Kami mahu menghapuskan kemiskinan tegar,” katanya, selepas mendakwa sejak empat tahun pemerintahan BN, sejumlah 112,546 ekar tanah telah diberikan kepada “kroni BN”.

Dalam manifesto, PR juga berjanji RM250,000 dalam peruntukan tahunan kepada setiap ahli dewan undangan negeri tanpa mengira pandangan politik mereka, bertujuan membiayai projek mikro di kawasan masing-masing.

Manifesto tersebut juga menjanjikan RM2 juta peruntukan untuk penjawat awam negeri sebanyak 8,000 orang atas inisiatif “Anugerah Integriti” dengan harapan PR mampu menghapuskan rasuah.

Bagi meningkatkan hasil negeri, PR berjanji untuk menyusun semula semua dasar cukai tanah, rizab hutan dan sumber asli bertujuan meningkatkan kecekapan perolehan cukai dan sumber negeri.

Pakatan juga berkata skop perniagaan kontrak serta pemerolehan kerajaan akan diperluas dan semua projek akan dianugerahkan melalui tender terbuka untuk memastikan mereka yang layak sahaja mendapat projek tersebut.

Prestasi buruk agensi-agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga akan disusun semula, menurut manifesto tersebut bertujuan menghalang ketirisan dan meningkatkan pendapatan.

Dana warisan rakyat Perak akan ditubuhkan dengan jumlah permulaan sebanyak RM10 juta, dengan lima peratus daripada semua hasil yang dijana daripada perlombongan dan pemerolehan sumber asli yang akan menyumbang kepada dana itu.

Untuk meningkatkan pelaburan, PR Perak juga menjanjikan tanah pajakan sehingga 99 tahun bagi pelaburan dalam industri berteknologi tinggi, serta insentif dalam bentuk 50 peratus diskaun ke atas premium tanah bagi projek bernilai lebih RM500 juta dan/atau projek yang menawarkan 700 pekerjaan dan ke atas.

Perak PR juga berjanji tidak menaikkan kadar cukai tanah dan isi rumah serta air antara 2014 dan 2018 sekiranya mereka berjaya memegang kuasa, serta menambah 20 meter padu pertama yang digunakan oleh isi rumah berpendapatan bawah RM1,000 akan menerima percuma.

Bagi menyelesaikan masalah perumahan, Pakatan berjanji membina sebanyak 30,000 rumah mampu milik di kampung-kampung rancangan yang baru untuk tempoh lima tahun akan datang sehingga 2018.

Tanah Orang Asli akan diwartakan, manakala hak pegangan bebas akan ditawarkan kepada keluarga yang berkelayakan dalam masyarakat asli, janji PR lagi.

Sejumlah RM1, 000 akan diberikan sebagai “dana bantuan pengebumian” bagi waris kakitangan kerajaan, pekerja LGC dan juga warga emas berusia 65 tahun dan ke atas, tambah manifesto itu lagi.

Janji lain dalam manifesto termasuklah memerangi jenayah dengan menubuhkan kamera litar tertutup (CCTV) di semua kawasan jenayah yang berisiko tinggi, melaksanakan gaji minima sebanyak RM1, 000 kepada semua kakitangan dalam kerajaan negeri dan GLC, meneruskan biasiswa bantuan RM2, 000 kepada semua pelajar yang layak belajar untuk ijazah pertama dan menyediakan tanah untuk tempat ibadat serta tanah perkuburan untuk semua agama, selaras dengan keperluan, saiz penduduk dan kesesuaian lokasi.

“Ini adalah idea perlawanan. Dan kita dalam PR menawarkan komitmen tidak mengamalkan politik kotor dalam kempen kami.

“Kita minta rakyat untuk menghakimi berdasarkan idea kami,” kata pengerusi jawatankuasa manifesto PR Dr Khairuddin Abdul Malek semasa majlis perasmian tersebut.











Selasa, 26 Februari 2013

Manifesto PR Hanyalah Retorik


1) Caruman Wanita & Bantuan Warga Emas
Mahu dilaksanakan di peringkat persekutuan, namun tawaran sebegini telah ada pada Manifesto PR Selangor pd PRU-12 namun adakah terlaksana?
Mencarum takaful RM2500 utk warga emas, memberi elaun ibu tunggal dan memberi elaun khas kepada suri rumah, sudah hampir hujung penggal, mana pelaksanaannya?

Peringkat negeri pun tak terdaya, inikan pula peringkat persekutuan!


2) Islam Agama Persekutuan- Di mana Hudud?
Apakah selama ini BN tidak menjunjung Islam sebagai agama rasmi persekutuan? Persoalan utama, di manakah pelaksanaan huhud yg dicanang-canang oleh PAS? Tiada langsung komitmen ke arah pelaksanaan hudud disebut dalam manifesto ini, adakah PAS terpaksa melupakan asas perjuangan mereka dek kerana tekanan dari DAP dan PKR?

Semua maklum, pertelagahan isu hudud dalam PR sangat kronik terutama antara DAP dan PAS! Akhirnya, PAS terpaksa mengaku kalah!


3) Gaji Minimum RM1,100??
Apakah PR terlepas pandang bahawa komitmen ini sedang dalam proses pelaksanaan. Kementerian Sumber Manusia bersetuju melaksanakan gaji minimum pada kadar RM900, kadar yang berpatutan mengikut kemampuan industri, apakah PR semberono menaikkan kadar kpd rm1100? Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia pernah menyarankan sekiranya kadar minimum ditetapkan tinggi ianya akan membawa kesan negatif kepada perniagaan dan boleh menyebabkan gulung tikar.

Tidak gentarkah sokongan Cina hilang wahai pemimpin PR?


4) Tawaran 'Hapuskan' dominan!
Projek Lynas, projek RAPID di Pengerang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), konsesi-konsesi tol, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan PTPTN adalah antara yang ditawarkan untuk dihapuskan sekiranya mereka berkuasa. Tawaran mereka ini hadir tanpa sebarang mekanisme yang jelas! Kata mahu mewujudkan 1juta peluang pekerjaan namun segala projek dan agensi yang dikatakan 'milik kroni BN' hendak dihapuskan, apakah nasib-nasib pekerja di situ? Adakah ini dinamakan 'Kerajaan Rakyat'?

Ingatan buat PR, jangan terlalu buas menawarkan pelbagai penghapusan, takut nanti, rakyat sendiri menghapuskan kalian!


5) Hapus dan Batalkan AES
Ini adalah tindakan populis! Siapa kata tiada pendekatan pendidikan dan amaran berkenaan keselamatan jalan raya selama ini? Apa pula method pendidikan dan amaran berkesan yang hendak dicadangkan PR? YB TG Nik Aziz, apakah pula ilmu yang hendak diajar apabila kes salah laku lalu lintas ini boleh 'dimaafkan'?
Soal ratusan nyawa hilang di jalan raya, memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat, tindakan ini sebenarnya menunjukkan PR tamak kuasa hingga hilang nilai nyawa rakyat jelata!


6) Perumahan Selesa?
Di Pulau Pinang, Laporan Audit Negara mendapati tiada langsung rumah selesa mampu milik dibina. Malahan, golongan berpendapatan sederhana didapati sukar membeli rumah kerana purata harga rumah dijual pada RM400,000 ,RM600,000 dan RM 1juta. Di Selangor pula, Projek Datum Jelatek adalah bukti jelas komitmen PKNS telah jauh songsang dari matlamat asal penubuhannnya. Harga dari serendah RM700,000 kepada jutaan ringgit, inikah terjemahan 'rumah selesa mampu milik' oleh PR?


7) Turun Harga Kereta
Kata hendak tingkatkan kualiti pengangkutan awam supaya rakyat tidak lagi bergantung kepada penggunaan kereta, namun dicadangkan juga harga kereta turun supaya rakyat mudah beli, di manakah fokus pelaksanaan PR ini?
Kemudian, dalam tawaran PR kali ini, langsung tidak dinyatakan komitmen untuk meningkatkan kualiti jaringan trafik dan lalu lintas, bayangkan apabila harga kereta turun rakyat mudah beli, apa akan jadi pada jaringan lalu lintas yang sudah sedia padat ini? Tambah masalah baru adalah hobi PR!
Seperkara lagi, menggalakkan rakyat berhutang atas liabiliti kerana semurah mana pun harga kereta, kereta masih satu liabiliti ! Ini ilmu apa pula yang hendak diajar kepada rakyat ?

Atau, pemimpin PR sudah berangan-angan hendak menempah semula Toyota Camry 2.4 sebagai kenderaan rasmi mereka, akibat kempunan satu ketika dahulu........


Sahabat 1Malaysia, walau apa yang dicanangkan, berpeganglah kepada pesanan seorang pemimpin PR, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa ‘manifesto bukanlah satu perjanjian’ akibatnya intipati ‘”Manifesto Bukan Janji’: Pakatan Hancurkan Rakyat” HANYALAH retorik, populis dan tidak jelas hala tujunya!



Oleh:hulubalangKANAN







Jumaat, 10 Ogos 2012

Filem Tanda Putera kasi gusar Pakatan Rakyat



Penerbit Pesona Pictures, Datin Paduka Shuhaimi Baba meminta pihak mengkritik filem Tanda Putera supaya berhubung terus dengan pihaknya untuk mendapatkan penjelasan sebenar.

Shuhaimi atau lebih dikenali dengan panggilan Shumi berkata, individu yang ingin memberi sebarang komen hendaklah menyaksikan keseluruhan filem berkenaan terlebih dahulu dan bukannya berpandukan kepada persepsi sendiri dan juga promo yang ditonton.

“Filem ini diterbitkan oleh syarikat saya dan Finas. Bagi pihak yang tidak senang dengan penghasilan filem ini, mereka sepatutnya memahami peraturan iaitu datang berjumpa dengan pihak Finas atau Pesona Picture untuk bertanya.

“Setahu saya, belum ada lagi individu yang memberi komen mengenai sesebuah filem menerusi promo yang ditonton,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online di sini, Khamis.

Shuhaimi diminta mengulas komen Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menerusi mStar Online pada Selasa lalu yang meminta kerajaan menayangkan filem tersebut kepada pimpinan Pakatan Rakyat (PR) untuk diteliti sebelum ditayangkan kepada umum.

Mustafa mendakwa tema filem tersebut akan menimbulkan isu perkauman di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Dalam perkembangan berkaitan Shumi berkata pihaknya akan mengadakan sidang media pada 13 Ogos depan bagi menjelaskan situasi filem tersebut.

“Saya belum sempat membaca berita mengenai kenyataan pihak pembangkang tetapi saya telah dimaklumkan mengenainya.

“Apa-apa pun, saya akan mengulas lebih lanjut pada sidang media nanti,” ujarnya.

Filem Tanda Putera yang dibarisi pelakon seperti Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi itu antara lain berkisah mengenai peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969.




'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...