Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan

Jumaat, 4 September 2015

UMNO dan PAS buat repot polis kes pijak gambar pemimpin


Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat meminta polis menyiasat individu yang terbabit dalam aksi memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Himpunan Bersih 4.0, baru-baru ini.
 
Ketua Pemudanya, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata, siasatan perlu dilakukan memandangkan aksi yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab itu mampu mendatangkan kemarahan khususnya kepada penyokong kedua-dua parti.
 
“Saya mewakili Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Pemuda Umno Bahagian di peringkat negeri memohon pihak polis menyegerakan siasatan terhadap aksi  memijak gambar yang dilakukan itu.
 
“Saya turut khuatir tindakan itu boleh merosakkan perpaduan kaum berbilang bangsa yang tinggal dengan aman di negara ini,” katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Simee, di sini.
 
Hadir sama, Penolong Setiausaha Umno Bahagian Batu Gajah, Muhamad Nabil Abdul Nasir dan wakil Pemuda Umno Batu Gajah, Mohd Zaini Zainal.
 
Beliau berkata, polis juga sewajarnya mengenakan tindakan tegas terhadap 15 individu lain yang didapati gagal mengawal perilaku dan sikap peserta himpunan berkenaan.


 
Sementara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Pas Perak menyifatkan perbuatan memijak gambar pemimpin ketika Himpunan Bersih 4.0 di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai perbuatan biadab.
 
Setiausahanya, Mohd Zawawi Abu Hassan berkata, perbuatan itu juga bertujuan menghina dan menjatuhkan imej Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia.
 
“Ia satu tindakan tidak beradab dan mencalar kredibiliti pimpinan tertinggi Pas. Ini menzahirkan bentuk penghinaan terhadap ketua saya yang mengetuai sebuah parti politik yang sah.
 
“Aksi tersebut juga merupakan satu tindakan provokatif yang boleh menimbulkan keresahan huru-hara dalam kalangan ahli serta hasutan yang mengancam keselamatan negara,” katanya ketika ditemui, semalam.
 
Turut hadir, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri, Mohd Hafez Sabri dan Pengerusi Lajnah Monilasi Pas Negeri, Wan Termizi Abdul Aziz.


*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.

Selasa, 9 September 2014

Murka Sultan Selangor Atas Buruk Laku Drama PR


Istana Selangor menyifatkan DAP dan PKR sebagai biadap selepas mereka ingkar terhadap titah Sultan Selangor supaya menyenaraikan lebih daripada dua nama untuk jawatan menteri besar. 

Ikuti dalam blog BESOR SEBELAH tajuk "Sultan Selangor murka dengan PR".
 

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata, Baginda berdukacita di atas tindakan kedua-dua parti itu yang hanya memberikan nama Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar yang baru.

"Titah Sultan Selangor untuk mengemukakan lebih daripada dua senarai calon adalah satu amalan yang dilaksanakan Baginda.

"Ini adalah bagi membolehkan Baginda membuat pilihan terhadap bakal menteri besar dengan melihat bukan saja sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) malah dari segi kemahiran, pengalaman, integriti dan kebolehan seseorang ADUN terbabit," katanya.


Menurutnya, menerusi senarai calon yang telah diterima ini, maka Sultan Selangor akan menelitinya dengan mengambil kira segala aspek dalam menilai calon sebelum membuat sebarang keputusan.



Jumaat, 5 September 2014

PAS U Turn Ini Kali PKR dengan DAP Mangkor


Krisis Menteri Besar Selangor memasuki episod baharu apabila Pas hari ini mengesahkan telah menghantar tiga nama sebagai calon untuk jawatan itu termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti tersebut kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
 
Difahamkan ADUN Pas yang dicalonkan ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad manakala dua lagi nama ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali. 

Berikutan perkembangan tersebut, kemungkinan untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu akan diisi oleh wakil Pas adalah amat besar.
Ini kerana berdasarkan situasi sebelum ini, Istana Selangor dilaporkan menolak calon yang boleh dipengaruhi oleh individu tertentu melalui 'kawalan jauh', dipercayai merujuk kepada Wan Azizah manakala Azmin pula dari awal lagi menolak untuk namanya dipertimbangkan oleh Sultan Selangor.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali seperti dipetik daripada portal rasmi Pas, Harakahdaily hari ini memberitahu, senarai nama itu dihantar berikutan titah Sultan Selangor supaya Pas, PKR dan DAP menghantar lebih daripada dua nama.

"Buat masa ini (pengumuman) nama (calon Menteri Besar Selangor) itu biarlah dulu. Jadi (pihak kami menghantar) lebih daripada dua nama, sekurang-kurangnya tiga," katanya.
Di TERENGGANU, Mustafa ketika dihubungi berkata, senarai nama calon untuk pertimbangan Istana Selangor itu diputuskan oleh Majlis Syura Ulama.

Menurutnya, dalam mesyuaratnya baru-baru ini, majlis itu menyenaraikan tiga calon, dua daripada PKR dan seorang ADUN Pas yang telah dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah, namun menganggap tidak wajar baginya untuk mendedahkan nama-nama tersebut kerana berkait dengan urusan Majlis Syura Ulama.

"Tidak seharusnya saya mengulas lanjut. Nama-nama itu terserah kepada pertimbangan saudara sendiri atau bertanyakan kepada Majlis Syura Ulama," ujarnya.
Menurut Mustafa, beliau dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh Majlis Syura Ulama yang jelas mengatasi pendirian Jawatankuasa Pas Pusat yang hanya mahu mencalonkan Wan Azizah dan Azmin.
"Surat yang dipersembahkan kepada baginda sememangnya ditandatangani oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pihak Presiden yang menguruskan penghantaran, tidak melalui Pejabat Setiausaha Agung Pas. Ini suatu amalan biasa, sebagaimana dalam pelantikan Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013 apabila setiap parti menamakan calon pilihan masing-masing," katanya.

Jawatankuasa Pas Pusat sebelum ini memutuskan kerusi Menteri Besar Selangor tetap milik PKR dan keputusan Majlis Syura Ulama difahamkan akan menyemarakkan lagi pergeseran dalam barisan kepimpinan Pas dan hubungan dalam pakatan pembangkang.
Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh ketika dihubungi mengesahkan bahawa senarai calon itu telah dihantar oleh Pejabat Presiden Pas ke Istana Selangor, semalam.

Bagaimanapun, beliau enggan memperincikan nama ketiga-tiga calon berkenaan sambil menambah terserah kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memuktamadkan perkara itu.

Ditanya kemungkinan salah satu daripada dua nama calon PKR itu adalah Wan Azizah, beliau hanya menjawab: "Itu saya tak tahu, saya tak nak komen. Mungkin juga ada (Wan Azizah), mungkin juga tak ada. Tunggulah, kita serah kepada Tuanku Sultan Selangor (putuskan)".

*sumber dari laman sesawang akhbar nasional tempatan.



Isu ini telah meng"chop"kan parti PAS sebagai parti U turn. Namun ini menjadi kelebihan di pihaknya tetapi tidak kepada 2 sekutunya dalam Pakatan Pembangkang iaitu PKR dan DAP. SILA BACA DISINI.



Khamis, 3 Julai 2014

Desakan pihak berkuasa keatas Jackpot di Ipoh


Pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa bertindak segera membanteras premis yang menjalankan aktiviti perjudian haram, khususnya di kawasan kediaman orang Islam.
Pengerusi Jaringan NGO Islam Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik berkata, pihaknya kesal kerana lambakan premis perjudian haram itu mengakibatkan ramai anak muda membuang masa di tempat tersebut.

“Premis judi ini mula beroperasi sejak empat ke lima tahun lalu dan kita kesal kerana ramai orang Islam terutamanya anak-anak muda turut menjadi pelanggan di premis tersebut,” katanya.

Menurutnya, selain pihak polis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) juga perlu bertindak tegas ke atas premis terbabit yang dipercayai menjalankan kegiatan itu sehingga lewat malam.

“Premis itu dibuka hingga jam 3 ke 4 pagi dan saya minta  pihak berkenaan perlu bersikap proaktif dalam menangani masalah ini,” katanya.

Khairuddin berkata, tindakan tegas harus diambil ke atas pemilik yang menyewakan premis mereka kepada individu mengusahakan perniagaan itu.

Katanya, langkah ini perlu dalam membanteras kegiatan tersebut dan pemilik premis pula diminta mengambil tahu serta memantau kegiatan perniagaan penyewa mereka.

“Walaupun pengusaha perniagaan mesin judi haram sudah dikenakan tindakan, namun mereka akan beroperasi semula,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Pengerusi Masjid Abdul Rahman menyifatkan kelemahan dari segi penguatkuasaan menyebabkan ada segelintir pemilik rumah menjadikan kediaman mereka sebagai kedai makan atau restoran.

“Mereka mengubah suai kediaman menjadi restoran tanpa memohon lesen perniagaan melalui pihak MBI,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam terutama jiran bersebelahan premis perniagaan terbabit.

“Mereka mengadu kerana bunyi bising daripada pelanggan  di rumah bersebelahan, selain sampah dibuang merata-rata tempat sebaik sahaja premis perniagaan terbabit ditutup,” katanya.



Jackpot yang mempunyai logo Digi (kuning) di kawasan perumahan


Lapuran yang telah dibuat oleh seorang warga Ipoh pada bulan Jun 2014...klik A


Pendedahan Kinta Menjerit tentang logo dan lokasi kedai Jacpot...klik B


Lain-lain NGO yang mahu memBANTERAS Jackpot...klik C

Khamis, 12 Jun 2014

Abby Gedik dicerai suami kedua


Penyanyi dan pelakon Abby Abadi sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini mengesahkan lafaz cerai melalui SMS yang dibuat Farhan pada 9 Mei lalu.




Abby Gedik kali ini betul-betul gedebik sama ex dia


Hakim Syarie Syaiful Azli Jamaludin mengesahkan lafaz cerai yang dibuat Muhammad Noor Farhan selepas mendapati lafaz kinayah (secara kiasan) itu memenuhi rukun dan syarat sah talak.
Bagaimanapun lafaz cerai kali pertama yang dibuat Muhammad Noor Farhan juga melalui SMS kepada seorang kenalan pada Januari lalu adalah tidak sah kerana tidak memenuhi rukun dan syarat sah talak.
Permohonan pengesahan lafaz cerai dikemukakan Abby mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.


Sementara itu dalam laman Twitternya semalam, dia menafikan ada mencederakan bekas suaminya itu dengan menggunakan kunci motosikal.


Bekas suami Abby dakwa didera mental, fizikal
Kesian mamat ni ke gedebik sama bini artis nya


"Pegang kunci motosikal pun tidak pernah...kenapa macam tu?," katanya.

Abby berkata luka di muka Farhan sengaja dilakukan menggunakan pisau cukur.

"Nampak sangat menipunya...Dalam gambar misai berdarah-darah, tapi dalam gambar pegang report ada pulak misai," katanya.

Terdahulu, ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam, Abby, 37, berkata, dia reda.

“Saya tidak trauma. Bukan saya minta penceraian ini. Saya kuat hadapi ujian ini kerana yakin ALLAH bersama saya,” katanya.

Abby memberitahu, dia telah berusaha dan berdoa, namun tidak nampak jalan untuk menyelamatkan perkahwinan keduanya itu.

Katanya, dia tidak serik untuk kahwin demi anak-anak.

"Saya mahu hidup ada lelaki kerana tidak semua benda boleh buat sendiri,” katanya.



“Saya didera mental dan fizikal,” kata Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, bekas suami pelakon dan aktivis PAS, Abby Abadi ketika ditemui selepas prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, semalam.

Beliau mendakwa Abby pernah memukulnya dengan kunci motosikal hingga menyebabkan kecederaan di muka sekitar Januari lalu.


 Katanya, kejadian pertama berlaku selepas Abby mendapat tahu yang dia memaklumkan kepada seorang kenalannya bahawa antara mereka sudah tiada apa-apa hubungan.

Ia disusuli dengan kejadian kedua pada 17 Mei lalu, kira-kira seminggu selepas dia menghantar lafaz cerai melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), iaitu pada 9 Mei.

Dalam kejadian itu, Farhan mendakwa Abby mencakarnya di tangan dan muka selepas dia enggan berbincang mengenai masalah rumah tangga mereka, menyebabkan dia takut lalu membuat laporan polis di Balai Polis Ampang pada hari sama.

“Saya perlukan ruang ketika itu tetapi dia tetap cari dan desak saya. Apabila saya tak mahu (berbincang) dia cakar saya di tangan dan muka.

“Saya jadi takut sebab itu buat laporan polis. Laporan itu dibuat untuk jarakkan saya dengan dia, supaya dia (Abby) tidak mendekati saya. Dia tahu mengenai laporan itu, saya ada maklumkan dia,” katanya sambil menunjukkan bukti kesan kecederaan, gambar dan laporan polis terbabit.
Dia bagaimanapun berkata, perkara itu tidak didedahkan di dalam mahkamah kerana tidak mahu memanjangkan cerita.

Selain dicakar, Farhan turut mendakwa punca keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan sikap Abby yang suka mendesak terutama apabila membabitkan soal kewangan.

“Dia selalu desak saya, apabila tak ada duit, dia desak dan pernah kata saya tak mendatangkan apa-apa faedah pada dia. Saya tak tahu apa yang dia harapkan daripada saya.

“Saya kerja sendiri, gaji hari... jadi saya cuma bagi apa yang saya mampu,” katanya yang menolak faktor jarak usia yang terlalu jauh menjadi punca perpisahan mereka.

Ditanya sama ada dia masih sayangkan Abby, Farhan berkata, dia sudah tawar hati dan tidak terfikir untuk rujuk kembali selepas apa yang terjadi.

Terdahulu, pada prosiding semalam, Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin mensabitkan lafaz kedua oleh Farhan menerusi SMS yang dibuat pada 9 Mei lalu berbunyi, ‘Aku ceraikan kau’ disusuli satu lagi SMS, ‘Mulai hari ini kau dah tiada apa-apa hubungan dengan aku’ adalah sah.

Beliau memutuskan demikian selepas meneliti dokumen dan berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pihak berhubung lafaz cerai pada jam 10.25 pagi itu. Lafaz secara kinayah atau kiasan itu dihantar kepada Abby selepas berlaku pertengkaran antara mereka pada malam sebelum kejadian.

Abby selaku plaintif memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Bagaimanapun, mahkamah tidak mensabitkan jatuh talak bagi pengesahan lafaz cerai pertama yang dibuat oleh Farhan sekitar Januari lalu, juga menerusi SMS berikutan lafaz itu tidak memenuhi rukun dan syarat talak. 




* sumber dari laman sesawang akhbar tempatan




Rabu, 8 Mei 2013

PR perlu 45 kerusi lagi untuk tubuh kerajaan 'Negara Kebajikan'


STATISTIK KEPUTUSAN KERUSI PARLIMEN YANG DIMENANGI



NEGERIJUMLAH KERUSIBNPASPKRDAPJUMLAH
 CLNMTBCLNMTBCLNMTBCLNMTB 
PERLIS
33       3
KEDAH
1510 1 4   15
KELANTAN
145 9     14
TERENGGANU
84 4     8
PULAU PINANG
133   3 7 13
PERAK
2412 2 3 7 24
PAHANG
1410 1 2 1 14
SELANGOR
225 4 9 4 22
W.P. KUALA LUMPUR
112   4 5 11
W.P. PUTRAJAYA
11       1
NEGERI SEMBILAN
85   1 2 8
MELAKA
64   1 1 6
JOHOR
2621   1 4 26
W.P. LABUAN
11       1
SABAH
2522   1 2 25
SARAWAK
3125   1 5 31
JUMLAH222133 21 30 38 222


CLN = Calon yang Menang
MTB = Menang Tanpa Bertanding



Kesimpulan :

Jumlah kerusi
BN = 133 kerusi Parlimen
PR =  89 kerusi Parlimen

* beza antara BN dan PR ialah 44 kerusi






*sumber dari laman sesawang SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA










Sebab Husam Balak Ditolak Sultan Kelantan Untuk Exco


Dari sms dari seorang ahli Dewan Harian Pas Kelantan kepada Naib Presiden Salahuddin Ayub


Antara faktor DYMM Sultan Kelantan menolak Husam sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri:

dengan doll


-Amalan rasuah yang melampau oleh Husam dalam pembalakan dan perlombongan di Kelantan. Tidak pernah sangkut dengan SPRM kerana cekap tidak lekatkan bukti.

Husam Balak



-Sering menjaja nama bonda Sultan Kelantan (Tengku Anis) untuk mengutip wang daripada tauke-tauke balak dan pemaju pembangunan.

-Husam pernah mendapatkan khidmat bomoh daripada Thailand untuk menyihir bonda Sultan Kelantan.

-Husam mengarahan NGO naungannya R mengunakan nama dan gambar Tuanku sesuka hati untuk keuntungan politiknya.

Adun Mengkebang,Abd Latiff pula tidak disenaraikan kerana Tuanku tahu dialah proksi Husam untuk kegiatan rasuah Husam selama ini.

Husam kata dia redha dengan keputusan tapi dalam masa yang sama dia suruh Mat Nuri bawa gerombolan pengikut dia pergi rumah Ustaz Mat MB dan hantar orang demo depan Kota Darulnaim.







Ahad, 5 Mei 2013

HANGIT...Pemimpin PAS Kedah kantoi seks






Betul ke ini gambar Dr Hamdan dari PAS Kedah??..Makin menjadi-jadi plak ye pemimpin parti Islam berlakon cerita lucah selepas tersebarnya video aksi terlarang Stopa Ali..

EP tak mahu tuduh sesiapa..cuma EP harap tuan punya badan yang akan bertanding di Tanjung Dawai dapat tampil untuk memberi penjelasan..

Jangan jadi macam Stopa Ali..tak berani nak buat kenyataan..lepas tu canang satu Malaya nak bersumpah untuk menafikan..last last sumpah kemana..Stopa Ali pula hilang..Alasan macam haram..Nik Ajis tak benarkan bersumpah..



Konvoi BN Diserang, Ditendang dan Dibaling Batu oleh Penyokong PAS dan PKR Di Stesen 18 Pengkalan


Ketika itu kelihatan lebih 15 orang Melayu dan 5 orang cina berbaju bertulisan "INI KALI LA" yang berlambag salib telah menyekat laluan konvoi bermotorsikal.

Bukan itu sahaja malah mereka menendang dan membaling batu ke arah pemuda BN yang sedang mengikuti konvoi.

Batu yang dibaling mengenai kepala pemuda Konvoi sehingga menyebabkan helmet yang dipakainya pecah(seperti gambar di atas)


Akibat marah diperlakukan demikian lebih 20 pemuda meletakkan motorsikal ditepi jalan lalu mengejar sipembaling batu dan budak yang menendang motor pemuda konvoi. Maka berlakulah sedikit pergaduhan.


Difahamkan provokasi dimulakan oleh 2 orang cina yang juga penyokong calon Ahli Parlimen Gopeng Lee Boon Chye seperti video di SINI



Kejadian berlaku lebihkurang jam 4:30 petang tadi sewaktu konvoi bermotorsikal seramai 1000 buah melalui lampu isyarat di hadapan kompleks Pasabina.


Cerita selanjutnya sila ke Portal Sungai Rapat Online



Sabtu, 4 Mei 2013

Mustopa dengan Aishah Baby mungkin menikah hari ini


Ada fakta baru yang saya nak kongsikan dengan rakyat Malaysia sekalian….

Akhirnya wanita misteri yang menjadi penyedap Mustafa Ali telah muncul dengan sendirinya. Penampilannya pun sudah berubah...SUDAH BERTUDUNG!!! (Alhamdulillah jika perubahan ini dibuat atas kesedaran setelah berdamping dengan pemimpin besar PAS seperti Mustafa Ali). Janganlah bertudung hanya sekadar untuk menyembunyikan identiti....

Kemunculan Aishah Baby dengan identiti baru ini (gambar belum saya perolehi) bukan kebetulan dan bukan juga kerja manusia. Ia ketentuan Allah S.W.T bagi mendedahkan kebenaran dan kemunafikan Mustafa Ali.

Dalam tempoh seminggu yang lepas, Aishah Baby telah menyewa pelbagai jenis kereta untuk mengelak dari dikesan. Saya difahamkan dia telah membeli kereta baru jenis Honda Accord dan masih mencari rumah sesuai untuk disewa. Semua ini akan ditanggung oleh si tua kutuk Mustafa Ali...Aishah Baby melakukan semua ini seorang diri...sudahlah dilanyak dan dijadikan pemuas nafsu si tua kutuk itu, sekarang ini terpaksa pula berusaha bersembunyi begini....si bacol Mustafa Ali hanya mengarah membuat itu dan ini...kesian Aishah Baby...

Saya juga dimaklumkan Aishah Baby kini tinggal di Kondominium SOHO ONE di SS19 Subang Jaya (mungkin menyewa atau menumpang rumah kawan). Kereta WISH putih kepunyaannya kini disimpan di rumah makciknya di Lembah Klang juga....

Seperti yang saya jangkakan, si tua kutuk Mustafa Ali ini sedang berusaha mendapatkan surat nikah dari Siam untuk menutup tembelangnya ini...inilah perkara yang akan didedahkan dalam PCnya esok. Percayalah!!!..saya sertakan juga bersama-sama ini gambar Aishah Baby yang saya perolehi sebelum ini dan gambar kondo di mana Aishah Baby tinggal sekarang.

Pesan saya kepada Datuk Mustafa Ali...janganlah kau perbodohkan rakyat Malaysia ini...kau mungkin terlepas daripada seksa dunia..tapi akhirat??


-sumber










GEMPAR!!!...HARAKAH PALSU...?!??!


Menarik sekali sebenarnya ISI KANDUNG YANG TERDAPAT DALAM HARAKAH ITU, SANGAT MENARIK.





sebelum untuk lebih thrilll..atau lebih nescafe pekat secawan.... Pinjam minda untuk peristiwa dibawah.

Mengingatkan AP tentang peristiwa wajah iras SETIAUSAHA AGUNG PARTI PAS yang dikaitkan dengan SKANDAL KELUCAHAN MELAMPAU yang sehingga kini DIBISUKAN.

WALAUPUN DIKATAKAN MUSTAPA ALI IAITU SETIAUSAHA AGUNG PARTI PAS ITU,BAKAL MENGADAKAN SIDANG MEDIA UNTUK MENGURAIKAN PERSOALAN BESAR ITU.

DAN TARIKH YANG DIKATAKAN MAHU MENGADAKAN SIDANG AKHBAR ITU,JATUH PADA 03/05/2013 IAITU HARI INI.TIBA TIBA TERKELUAR ISU YANG LEBIH BESAR...."HARAKAH PALSU"..




>cerita penuh sila ke blog AP (klik)...





'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...