Memaparkan catatan dengan label DUN Sg Rapat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DUN Sg Rapat. Papar semua catatan

Khamis, 19 September 2013

Bakal Pimpinan Pemuda Gopeng Berazam Untuk Rampas DUN Sg Rapat Kembali!!!




Satu persatu musibah melanda Umno Gopeng. Pastinya ia adalah satu proses yang cukup mematangkan pemuda umno Gopeng. Dengan bermula masalah Ketua Pemudanya yang tidak pernah hadir ke mesyuarat bahagian sehinggalah Barisan Nasional gagal didalam kesemua kerusi Dun dan Parlimen Gopeng dalam pilihanraya yang baru lalu.

Namun nampaknya sudah ada satu sinar yang menerangkan kepimpinan pemuda dimana satu pasukan anak muda Gopeng yang diketuai oleh saudara Mohd Adli Tahirudin mahu melakukan satu transformasi kepada pemuda umno gopeng.

Saudara Adli amat dikenali di gopeng kerana khidmat yang diberikannya kepada BN sewaktu pilihanraya yang lalu. Malah beliau juga sudah lama berkhidmat untuk umno seawal Dun Sg Rapat mula mula diwujudkan untuk umno.

Ramai yang masih ingat dimana saudara Adli pernah bertanding pada penggal lepas sebagai calon Ketua pemuda namun tewas dengan tipis. Namun yang menghairankan pemuda gopeng selepas itu ialah bagaimana saudara Adli masih lagi terus menerus menaburkan khidmat kepada umno gopeng walaupun tidak mempunyai sebarang jawatan di peringkat bahagian. Malah beliau sanggup berulang alik dari KL ke Gopeng walaupun hanya untuk menghadiri program peringkat cawangan sahaja.

Dan yang lebih memilukan hati penyokong penyokongnya ialah dimana keupayaan dan kebolehan saudara Adli hanya diperakui oleh orang luar perak dimana Saudara Adli diambil untuk berkhidmat kepada seorang menteri yang berasal dari Johor.

Namun begitu atas dasar setiakawan dan sayangkan pemuda umno gopeng, saudara Adli telah berjaya dipujuk untuk sekali lagi menawarkan diri dalam pertandingan untuk mengisi tampuk kepimpinan pemuda umno gopeng yang telah lama ditinggalkan oleh ketua pemudanya sebaik saja meraih kemenangan pada 2008 dahulu.

Kekuatan saudara Adli sebenarnya bukan sahaja terletak kepada personalitinya yang mesra dan berintegriti tetapi juga kebijaksanaannya dalam membentuk pasukan yang benar benar berkualiti dalam mengharungi bersama sama dengannya untuk memperjuangkan survival bangsa melayu.

Pemilihan saudara Adli dalam mengambil saudara Shamuddin Tajuddin sebagai naib ketuanya dilihat sebagai tektik yang benar benar bijak kerana saudara Shamuddin adalah juga seorang pegawai yang berkhidmat didalam agensi kerajaan yang tahu selok belok pilihanraya. Ini menampakkan saudara Adli amat serius untuk membentuk satu pasukan bagi membantu umno untuk memenangi Dun Sg Rapat pada PRU akan datang.

Kepada Saudara Adli dan pasukannya saya ucapkan SELAMAT MAJUJAYA





* dari blog Naga Merah

Ahad, 5 Mei 2013

Konvoi BN Diserang, Ditendang dan Dibaling Batu oleh Penyokong PAS dan PKR Di Stesen 18 Pengkalan


Ketika itu kelihatan lebih 15 orang Melayu dan 5 orang cina berbaju bertulisan "INI KALI LA" yang berlambag salib telah menyekat laluan konvoi bermotorsikal.

Bukan itu sahaja malah mereka menendang dan membaling batu ke arah pemuda BN yang sedang mengikuti konvoi.

Batu yang dibaling mengenai kepala pemuda Konvoi sehingga menyebabkan helmet yang dipakainya pecah(seperti gambar di atas)


Akibat marah diperlakukan demikian lebih 20 pemuda meletakkan motorsikal ditepi jalan lalu mengejar sipembaling batu dan budak yang menendang motor pemuda konvoi. Maka berlakulah sedikit pergaduhan.


Difahamkan provokasi dimulakan oleh 2 orang cina yang juga penyokong calon Ahli Parlimen Gopeng Lee Boon Chye seperti video di SINI



Kejadian berlaku lebihkurang jam 4:30 petang tadi sewaktu konvoi bermotorsikal seramai 1000 buah melalui lampu isyarat di hadapan kompleks Pasabina.


Cerita selanjutnya sila ke Portal Sungai Rapat Online



Isnin, 29 April 2013

KECOH!!!...PAS Sg Rokam dah terdesak jual nama Kamilia untuk rayu undi


PAS Sg Rokam masih memasang banner Dato Kamelia bekas Naib Ketua wanita Malaysia, dengan tujuan provokasi yang mencetuskan huru hara di Sg Rokam. Dengan kehadiran SPR dan Polis yang gagal mengawal kemarahan kedua dua pihak bertanding membuatkan penyokong BN bertindak menurunkan salah satu banner dan dihalang oleh pihak polis apabila cuba menurunkan banner yang kedua.

Sebenarnya banner tersebut sudah dipasang semalam namun atas desakan penyokong BN, pihak Spr telah mengarahkan ianya diturunkan. Namun kedegilan pihak pas telah memasang kembali banner tersebut hari ini.


Ikuti kisah selanjutnya di blog sahabat teman KLIK SINI





Ahad, 28 April 2013

Lawatan PCT ke PDM Kg Pengkalan Pegoh

PCT membuat lawatan ke kawasan N43 DUN Sg Rapat di PDM Kg Pengkalan Pegoh. Tengahari menjamu selera bersama calon Datuk Hamidah Osman.

Dalam sesi temuramah Datuk Hamidah ada juga menerangkan tentang kejadian pertengkaran dengan Lee Boon Chye dan beberapa insiden lain. Beliau menegaskan pembangkang banyak menimbulkan keadaan tegang dan memulakan provokasi supaya berlaku pergaduhan.





sessi temuramah dengan media







Jumaat, 26 April 2013

YB Midah Sg Rapat di senaraihitamkan oleh BERSIH kerana seorang pondan


Datuk Hamidah Osman

BERSIH menyenaraikan calon BN untuk DUN Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman sebagai salah seorang ahli politik yang meneruskan keganasan politik, apabila beliau didakwa menarik kolar baju calon PKR Gopeng Dr Lee Boon Chye.

si pondan ni nak tunjuk cara kononnya YB Midah cekak bajunya


Beliau juga didakwa merampas kamera seorang pekerja parti PKR dan menghempaskannya ke tanah dalam satu pergelutan di antara penyokong kedua-dua parti, yang berlaku pada malam 22 April di Taman Tasik Permai, Batu Gajah.


*cerita sebenar KLIK SINI


“Perbuatan ini tidak boleh dibiarkan, jadi kami menyenaraihitamkan Hamidah atas bentuk keganasan ke atas calon lawan," kata Irene Fernandez yang turut mengetuai jawatankuasa pemantau BERSIH Itu.

Laporan akhbar berbahasa Inggeris The Star bagaimanapun menangkis dakwaan berkenaan yang disifatkannnya sebagai "tidak munasabah".

Beliau sebaliknya menyalahkan Lee yang didakwanya menimbulkan provokasi ke atas penyokong BN apabila cuba membuka satu pusat operasi berhampiran pusat mereka.





*laporan diatas adalah dari laman sesawang Malaysiakini





Isnin, 22 April 2013

PENGECUT Lee Boon Chye PKR Gopeng hayun calon wanita Sg Rapat


Peristiwa yang berlaku pada akibat tindakan rakus puak PR, ikuti kronologi kejadian seperti dibawah :

1. Penyokong PKR bersama Lee Boon Chye cuba mendirikan bilik Gerakan mereka sebelah bilik Gerakan BN Dun Sungai Rapat yang jaraknya tidak sampai 5 langkah.

2. Tidak jauh dari jarak bilik gerakan BN tersebut, terdapat banyak ruang tanah kosong yang boleh dirikan bilik gerakan PKR tanpa menganggu bilik gerakan BN yang sudah sekian lama wujud.

3. Ketika itu, hanya urusetia wanita BN yang jaga bilik gerakan tersebut dan mereka memberi cadangan kepada penyokong PKR supaya mendirikan bilik gerakan jauh sedikit dari bilik gerakan BN bagi memudahkan urusan keluar masuk kereta.

4. Penyokong PKR terdiri daripada orang cina dan India tetap berkeras untuk mendirikan bilik gerakan tersebut dan meninggikan suara terhadap urusetia wanita BN ketika itu sambil diperhatikan Lee Boon Chye.

5. Bimbang diserang oleh penyokong PKR yang bertindak kurang ajar, urusetia wanita BN menghubungi Briged Aman BN untuk datang ke tempat tersebut.

6. Keadaan menjadi semakin tegang apabila kedua-dua pihak berperang mulut dan penyokong PKR tetap berkeras dan memilih untuk tidak berganjak.

7. Tidak berapa lama kemudian, Dato Hamidah Osman sampai ditempat kejadian dan ingin berbincang dengan cara baik dengan Lee Boon Chye.

8. Dengan nada suara yang lembut, Dato Hamidah Osman meminta agar perbincangan ini tidak dirakam oleh sesiapa pun baik di pihak BN mahupun pembangkang.

9. Pembangkang tetap berkeras dan menghalakan kamera untuk merakam perbincangan tersebut menyebabkan Dato Hamidah Osman cuba menepis kamera tersebut.

10. Sejurus itu, salah seorang penyokong PKR mula mengangkat tangan untuk menumbuk Dato Hamidah Osman.

11. Bagi mengelakkan Dato Hamidah ditumbuk, Briged Aman BN terus menerpa ke arah penyokong pembangkang tersebut sehingga tercetusnya pergaduhan.

12. Akibat keadaan tidak terkawal, Lee Bon Chai juga turut di pukul oleh Briged Aman.

13. Lee Bon Cyhe buat laporan Polis mengatakan Dato Hamidah Osman pukul dia dan serang dia.



SUMBER





'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...