Memaparkan catatan dengan label Kamilia Ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kamilia Ibrahim. Papar semua catatan

Isnin, 29 April 2013

KECOH!!!...PAS Sg Rokam dah terdesak jual nama Kamilia untuk rayu undi


PAS Sg Rokam masih memasang banner Dato Kamelia bekas Naib Ketua wanita Malaysia, dengan tujuan provokasi yang mencetuskan huru hara di Sg Rokam. Dengan kehadiran SPR dan Polis yang gagal mengawal kemarahan kedua dua pihak bertanding membuatkan penyokong BN bertindak menurunkan salah satu banner dan dihalang oleh pihak polis apabila cuba menurunkan banner yang kedua.

Sebenarnya banner tersebut sudah dipasang semalam namun atas desakan penyokong BN, pihak Spr telah mengarahkan ianya diturunkan. Namun kedegilan pihak pas telah memasang kembali banner tersebut hari ini.


Ikuti kisah selanjutnya di blog sahabat teman KLIK SINI





KECOH!!!...Kg Sg Rokam diserang penyokong PAS


Lewat malam tadi pada kira-kira pukul 12 tengah malam berlaku kekecohan di Kampung Sungai Rokam di mana kira-kira ratusan orang penyokong BN dan penyokong PAS berkumpul di jalan utama dari Kampung Sungai Rokam menuju ke Pekan Razaki hingga menyebabkan lalulintas terganggu. Kekecohan didapati berpunca dari banner gambar Datuk Kamilia Ibrahim, bekas Naib Ketua Wanita UMNO tertera perkataan "Wanita Sudah Tiada Nilai Dalam UMNO" dipasang di tepi jalan utama ke Pekan Razaki dipasang oleh penyokong Pas untuk tujuan provokasi.

Penyokong Barisan Nasional membantah gambar Bekas Naib Ketua Wanita diaibkan dengan menjadikan banner bagi bahan kempen puak pembangkang. Kekecohan berlaku dan menyebabkan pihak polis dan SPR campur tangan. Trak Unit Simpanan Persekutuan dengan kira-kira tidak kurang dari 10 anggota tiba untuk membantu menenteramkan keadaan.

Penyokong BN bersorak 'buka, buka, buka' meminta pekerja pilihanraya pas menurunkan banner tersebut. Setelah rundingan antara pihak polis dan kedua-dua wakil penyokong parti, mereka akhirnya akur untuk menurunkan banner tersebut.

Kisah selanjutnya KLIK SINI





'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...