Memaparkan catatan dengan label Budak Benteng. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Budak Benteng. Papar semua catatan

Khamis, 19 September 2013

Bakal Pimpinan Pemuda Gopeng Berazam Untuk Rampas DUN Sg Rapat Kembali!!!




Satu persatu musibah melanda Umno Gopeng. Pastinya ia adalah satu proses yang cukup mematangkan pemuda umno Gopeng. Dengan bermula masalah Ketua Pemudanya yang tidak pernah hadir ke mesyuarat bahagian sehinggalah Barisan Nasional gagal didalam kesemua kerusi Dun dan Parlimen Gopeng dalam pilihanraya yang baru lalu.

Namun nampaknya sudah ada satu sinar yang menerangkan kepimpinan pemuda dimana satu pasukan anak muda Gopeng yang diketuai oleh saudara Mohd Adli Tahirudin mahu melakukan satu transformasi kepada pemuda umno gopeng.

Saudara Adli amat dikenali di gopeng kerana khidmat yang diberikannya kepada BN sewaktu pilihanraya yang lalu. Malah beliau juga sudah lama berkhidmat untuk umno seawal Dun Sg Rapat mula mula diwujudkan untuk umno.

Ramai yang masih ingat dimana saudara Adli pernah bertanding pada penggal lepas sebagai calon Ketua pemuda namun tewas dengan tipis. Namun yang menghairankan pemuda gopeng selepas itu ialah bagaimana saudara Adli masih lagi terus menerus menaburkan khidmat kepada umno gopeng walaupun tidak mempunyai sebarang jawatan di peringkat bahagian. Malah beliau sanggup berulang alik dari KL ke Gopeng walaupun hanya untuk menghadiri program peringkat cawangan sahaja.

Dan yang lebih memilukan hati penyokong penyokongnya ialah dimana keupayaan dan kebolehan saudara Adli hanya diperakui oleh orang luar perak dimana Saudara Adli diambil untuk berkhidmat kepada seorang menteri yang berasal dari Johor.

Namun begitu atas dasar setiakawan dan sayangkan pemuda umno gopeng, saudara Adli telah berjaya dipujuk untuk sekali lagi menawarkan diri dalam pertandingan untuk mengisi tampuk kepimpinan pemuda umno gopeng yang telah lama ditinggalkan oleh ketua pemudanya sebaik saja meraih kemenangan pada 2008 dahulu.

Kekuatan saudara Adli sebenarnya bukan sahaja terletak kepada personalitinya yang mesra dan berintegriti tetapi juga kebijaksanaannya dalam membentuk pasukan yang benar benar berkualiti dalam mengharungi bersama sama dengannya untuk memperjuangkan survival bangsa melayu.

Pemilihan saudara Adli dalam mengambil saudara Shamuddin Tajuddin sebagai naib ketuanya dilihat sebagai tektik yang benar benar bijak kerana saudara Shamuddin adalah juga seorang pegawai yang berkhidmat didalam agensi kerajaan yang tahu selok belok pilihanraya. Ini menampakkan saudara Adli amat serius untuk membentuk satu pasukan bagi membantu umno untuk memenangi Dun Sg Rapat pada PRU akan datang.

Kepada Saudara Adli dan pasukannya saya ucapkan SELAMAT MAJUJAYA





* dari blog Naga Merah

Sabtu, 3 Ogos 2013

Jawatan Naib Ketua Pemuda Malaysia : Kenapa Azwan Harun???

Kenapa perlu mengundi Azwan Harun? 

Pasti inilah soalan yang bermain-main di fikiran para perwakilan pemuda umno di seluruh negara. Seramai enam orang calon dijangka akan bertanding jawatan naib ketua pemuda umno malaysia. Dan kesemuanya adalah ahli jawatankuasa pemuda umno di bawah Khairy Jamaludin @KJ. Kj amat bijak membiarkan orang orangnya berebut sesama sendiri untuk jawatan naib sedangkan jawatan ketua pemuda hanya akan ditandingi oleh calon-calon yang tak berapa terkenal dan langsung tiada peluang untuk menang. Calon-calon itu sengaja ditaja untuk menggambarkan bahawa berlaku demokrasi didalam UMNO.


Kenapa Azwan Harun layak untuk menjadi naib? 

Sekali lagi soalan itu akan ditanya. Akan saya sebutkan satu persatu dengan penuh berilmiah dan fakta yang membuatkan para pengundi tidak mampu menolaknya. Mungkin juga akan ada tuduhan mengatakan saya berkempen untuk Azwan Harun kerana saya dibayar oleh Azwan. Dengan bangga diri saya mengatakan SAYA TIDAK DIBAYAR WALAU SATU SEN PUN UNTUK BERKEMPEN BAGI PIHAK AZWAN HARUN.


Kenapa Perlu undi Azwan Harun?

Wah... Berapa kali dah soalan itu ditanya. Baiklah, biar saya rungkaikan persoalan bodoh itu kenapa para perwakilan perlu mengundi Azwan Harun. 

Ramai yang tidak mengenali Azwan Harun. Kalau ada yang tak kenal siapa Azwan dan nak mengenali siapa Azwan boleh tanya saya, jangan tanya orang lain kerana mungkin anda akan mendengar cerita yang tidak benar malah tidak adil. Mungkin ada yang agak berminat untuk mengenal Azwan Harun dari pandangan sisi di sudut blogger seperti saya yang begitu kuat menyokong GERAKAN ANTI ZAMBRY. Umum mengetahui bahawa zambry adalah boss kepada Azwan. Biar saya ceritakan siapa Azwan Harun ini di lembaran akan datang. Stay tune....

 
 
 
 
 
* dari blog Budak Benteng
 
 
 
 

Khamis, 14 Februari 2013

Haram Jadah Punya MB


Nak terbahak gua gelak bila baca citer dalam blog Budak Benteng ni. Udah sampai menyumpah-nyumpah MB dia dek pasal susah nak mandi wajib sebab masalah ayor di negeri nyer. Ada betoi jugak naper dia marah sangat kat MB dia.


Tahukah Anda......?: Bicara Rakyat: Haramjadah Punya MB: Itu lah perkataan untuk melepaskan geram oleh Pak Man didepan orang ramai. "Dah berapa tahun masalah tak selesai jugak. Dia tak habis habis ...

Isnin, 21 Januari 2013

Blogger 'Budak Benteng' jadi pelakon filem Zombie Kilang Biskut


Pengarah terkenal Mamat Khalid telah melakukan penggambaran di Ipoh,Perak bagi wayang gambar bertajuk Zombie Kilang Biskut. Setelah beberapa tempat di sekitar Ipoh dijadikan tempat produksi akhirnya shot terakhir dan klimaks dilakukan di Disko terkenal 'SOS' di ibukota di tengah pusat bandaraya.

Dalam filem ini blogger 'Budak Benteng' telah menjadi salah seorang pelakon, ikuti kisah lebih lanjut berserta foto-foto pelakon yang lain di blognya di bawah artikel 'Watak Zombie Kilang Biskut'.




* kesian blogger tak berbayar ni terpaksa buat kojer jadi pelakon tambahan pulak...






Ahad, 14 Oktober 2012

Surat Terbuka Kepada Niza Meroyan

Blogger Budak Benteng telah memaparkan satu surat kepada Niza Meroyan mencabar supaya menyamannya jika dakwaan surat sokongan yang didedahkan sebelum ini adalah tidak benar. Untuk membaca surat tersebut sila langkau ke blog BB, boleh klik di bawah....terima kasih.



Tolak Anasir Subversif Selamatkan Malaysia: Surat Terbuka Kepada Nizar Jamaluddin




Sabtu, 13 Oktober 2012

Niza Meroyan! Dah ke kau tengok blog Budak Benteng???


Dalam berita yang yang dikeluarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 11 hb. Oktober 2012, Jumaat yang lalu (sila lihat foto keratan akhbar tersebut dibawah), Niza Meroyan disebut menafikan dakwaan salahguna kuasa atau rasuah. Dia mengatakan bahawa tuduhan seperti dalam blog itu adalah satu pembohongan dan berkata bahawa dia akan tengok blog itu dahulu.

Wahai Niza Meroyan...dah ke kau tengok blog tu? Apa maklumbalas kau bila dah tengok blog tu, ke atau kau tak tahu alamat laman sesawangnya....Nah klik di bawah ;

' Blog Budak Benteng '

Dah kau tengok surat yang kau chop dan tandatangan itu ke wahai Niza Meroyannnn?...Kalau belum, boleh tengok kat bawah gua ada lampirkan sekali. Ya, sila jawab, sila jawab Niza Meroyan oiii malas gua nak cerita panjang lagi, sekarang gua dengar lu dah ada gelaran baru pulak ada orang lain dah bagi nama, 'Nizar Lambai' (siap ada gambor lagi, sila lihat dibawah, kih kih kih)....amboiiii giler glamour engkau ni ya.

Mana kau nak lari Niza Meroyan??? tak lama lagi SPRM akan cari kau sebab kau dah salah guna kuasa Menteri Besar Boneka kau tu. Bagi pegang kuasa 11 bulan je, macam-macam hal lu dah buat ya!

Panggil la budah suruhan yang berhinggus kau tu ( Salman Saleh ) suroh dia balun gua...hehehe tapi ingat cari bukti dulu jangan sondol macam babi giler. Nanti lu punyer babi ini kami sembelih tau.

Apsal senyap jer pasal isu Rumah Perak tu, cepat lar keluarkan bukti yang Zambry dah jual rumah tu. Mana??? ...cepat kasi keluar, cepatttt... nanti kena balun lagi.




'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...