Memaparkan catatan dengan label UMNO Ipoh Barat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UMNO Ipoh Barat. Papar semua catatan

Khamis, 17 September 2015

Jumaat, 4 September 2015

UMNO dan PAS buat repot polis kes pijak gambar pemimpin


Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat meminta polis menyiasat individu yang terbabit dalam aksi memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Himpunan Bersih 4.0, baru-baru ini.
 
Ketua Pemudanya, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata, siasatan perlu dilakukan memandangkan aksi yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab itu mampu mendatangkan kemarahan khususnya kepada penyokong kedua-dua parti.
 
“Saya mewakili Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Pemuda Umno Bahagian di peringkat negeri memohon pihak polis menyegerakan siasatan terhadap aksi  memijak gambar yang dilakukan itu.
 
“Saya turut khuatir tindakan itu boleh merosakkan perpaduan kaum berbilang bangsa yang tinggal dengan aman di negara ini,” katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Simee, di sini.
 
Hadir sama, Penolong Setiausaha Umno Bahagian Batu Gajah, Muhamad Nabil Abdul Nasir dan wakil Pemuda Umno Batu Gajah, Mohd Zaini Zainal.
 
Beliau berkata, polis juga sewajarnya mengenakan tindakan tegas terhadap 15 individu lain yang didapati gagal mengawal perilaku dan sikap peserta himpunan berkenaan.


 
Sementara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Pas Perak menyifatkan perbuatan memijak gambar pemimpin ketika Himpunan Bersih 4.0 di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai perbuatan biadab.
 
Setiausahanya, Mohd Zawawi Abu Hassan berkata, perbuatan itu juga bertujuan menghina dan menjatuhkan imej Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia.
 
“Ia satu tindakan tidak beradab dan mencalar kredibiliti pimpinan tertinggi Pas. Ini menzahirkan bentuk penghinaan terhadap ketua saya yang mengetuai sebuah parti politik yang sah.
 
“Aksi tersebut juga merupakan satu tindakan provokatif yang boleh menimbulkan keresahan huru-hara dalam kalangan ahli serta hasutan yang mengancam keselamatan negara,” katanya ketika ditemui, semalam.
 
Turut hadir, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri, Mohd Hafez Sabri dan Pengerusi Lajnah Monilasi Pas Negeri, Wan Termizi Abdul Aziz.


*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.

Isnin, 29 September 2014

BN Youth Job Fair 2014 Berjaya Mencapai Sasaran


Kira-kira 6,000 orang tidak melepaskan peluang mengunjungi Karnival Kerjaya Pemuda BN 2014 (BN Youth Job Fair 2014) di Dewan Jabatan Belia dan Sukan Negeri, di sini, anjuran Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat (PPUIB) dan Pusat Kerjaya Amanjaya (Peka).

Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata, sambutan yang diterima menggalakkan dan mencapai sasaran yang ditetapkan pihaknya.

“Kebanyakan yang hadir terdiri daripada graduan yang masih belum mendapat pekerjaan."

“Sebanyak 30 majikan mengambil bahagian dalam karnival kerjaya yang menawarkan 3, 500 jawatan kosong ini dan kita juga ada penyertaan daripada institut pengajian tingi awam (IPTA,” katanya.

Hadir dan merasmikan karnival itu, Exco Pergerakan Pemuda Umno, Dazma Shah Daud.

Sementara itu, Pengarah karnival, Mohd Iqbal Jamaluddin berkata, karnival itu menjadi landasan terbaik kepada semua golongan merebut peluang pekerjaan termasuk agensi, syarikat dan industri bagi memenuhi keperluan tenaga kerja.

“Program itu menerima maklum balas amat baik daripada pelbagai golongan termasuk graduan yang mencari pekerjaan, belia yang sudah bekerja dan usahawan muda.

“Program ini juga menunjukkan golongan muda di negeri ini bersemangat mencari pekerjaan yang lebih baik untuk meningkatkan taraf kehidupan,” katanya.

Antara syarikat yang mengambil bahagian dan menawarkan peluang pekerjaan pada karnival itu ialah Bukit Merah Laketown Resort, Carsem, Parkson Ipoh Parade, Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian negeri, Padi Beras Nasional Bhd (Bernas), Sunway Lost World of Tambun, Unisem (M) Berhad dan Edaran Tan Chong Motor.

Anjuran Pemuda Umno Ipoh Barat dan PEKA 

Khamis, 26 Jun 2014

UMNO gagal pecat Yammy Samat alasan surat tak sampai lawak betul


Yammy Samat rela dipecat Umno selepas menerima surat tunjuk sebab berhubung dakwaan beliau berkempen untuk anaknya, Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP pada pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan pada Mei lalu.

Beliau menyifatkan parti itu tidak begitu serius dalam mendapatkan penjelasannya berhubung dakwaan berkenaan.

"Saya memang dah dapat surat tunjuk sebab daripada Umno tetapi itu cuma salinan. Selepas tiga hari, saya masih belum terima salinan yang asal.

"Tak kan saya hendak jawab pada surat yang hanya salinan untuk Umno Perak dan Ipoh? Mereka hendak saya jawab ke tak nak? Biarlah profesional.

"Kalau Umno hendak pecat saya ke apa, itu terpulang kepada parti dalam membuat keputusan," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di sini.

Yammy Samat pada Isnin lalu akhirnya menerima surat tunjuk sebab daripada Umno selepas 20 hari daripada tarikh surat pertama yang dihantar 3 Jun lalu tetapi tidak diterimanya.

Ia adalah surat yang ketiga yang dihantar oleh Umno selepas surat pertama dipulangkan semula oleh Pos Malaysia kerana terdapat kesalahan alamat manakala surat kedua yang dikatakan telah dihantar pada 16 Jun lalu turut gagal sampai ke tangannya.

Yammy berkata, kemungkinan besar beliau tidak akan menjawab surat tunjuk sebab itu kerana kekecewaannya terhadap cara Umno untuk mendapatkan penjelasannya.
"Saya dah penat menunggu dan saya tak buat salah. Surat itu mengatakan saya penyokong Dyana sedangkan saya tidak berkempen pun untuk dia tetapi sekadar menemaninya sebagai anak.

"Kemungkinan besar saya tidak akan jawab surat itu. Tapi tengok macam mana nanti sebab ada tempoh 14 hari untuk jawab. Apapun, saya tidak peduli sekiranya saya dipecat," katanya.

Ditanya adakah beliau akan mengikuti jejak anaknya menyertai DAP sekiranya dipecat dari Umno, Yammy memberitahu, beliau hanya mengambil keputusan untuk bersara daripada terbabit dalam politik.

"Saya tidak akan masuk mana-mana parti lain jika dipecat. Cukuplah, saya dah penat dalam politik ini, biarlah saya berehat... umur saya dah nak masuk 60 tahun pun.

"Apapun, saya akan terus memberi sokongan kepada Dyana atas kapasiti saya sebagai seorang ibu. Tidak lebih daripada itu," katanya yang pernah menjadi Setiausaha Wanita Umno Bahagian Ipoh Barat.

steady Puan Yammy !!!

Ahad, 1 Jun 2014

Dyana mungkinkah bertanding di Ipoh Barat selepas ni?


Dyana Sofya


Walaupun gagal membawa DAP mempertahankan kerusi Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menganggap perjuangannya di Parlimen Teluk Intan masih belum selesai terutama misi menghapuskan politik perkauman.

“Terutama yang memerlukan (penduduk Teluk Intan) saya, jangan kecewa... Setia bersama saya dan teruskan perjuangan yang belum selesai,” katanya.
Dyana Sofya yang berpakaian baju kurung turut sebak ketika berucap di hadapan kira-kira 200 orang penyokongnya.


Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya menerima secara terbuka akan kekalahan calon parti DAP di PRK Teluk Intan dan mengakui kemenangan calon BN, Datuk Mah Siew Keong.
Katanya, buat masa ini pihaknya akan mengambil masa untuk ambil tindakan termasuk buat analisis kekalahan calon DAP dan lain-lain tindakan susulan.


“Ada kemungkinan akan mencabar keputusan PRK tapi kita akan buat satu persatu dalam masa terdekat.
“Kemerosotan pola pengundi kaum cina pada PRK kali ini punca dikenal pasti termasuk penurunan jumlah pengundi luar.


Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula berpendapat pencalonan Dyana Sofya membawa satu perubahan zaman politik di Malaysia.
“Dengan pencalonan Dyana Sofya kita boleh memulakan satu tahap baharu dalam politik, tetapi mungkin memerlukan sedikit masa ke arah itu,” katanya.


* sumber dari laman sesawang akhbar nasional


Selepas kekalahan ini mungkinkah Dyana Sofya akan mencuba bertanding di parlimen Ipoh Barat pula. Rasanya ini yang tempat yang sesuai memandangkan beliau lahir dan tinggal di Ipoh dari kecil lagi.

PRU akan datang diharap Lim Kit Siang akan meletakkan calon peguam muda ini di parlimen tempat asal-usulnya supaya senang untuk berkhidmat kepada masyarakat disekelilingnya.



Rabu, 28 Mei 2014

Dyana Sofya calon paling popular Teluk Intan

    selfie


Sesi 'selfie' bersama calon DAP bagi pilihan raya kecil Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud mendapat sambutan hangat daripada penduduk sekitar Teluk Intan yang berbaris untuk bergambar dengannya. Dyana juga menggunakan peluang itu mempromosikan inisiatif perpustakaan mobil yang dinamakan 'Buku Jalanan Seri Manjung', berhampiran bangunan menara condong Teluk Intan.







Good Luck Dyana !!!



Isnin, 30 September 2013

Calon-calon Mantap 2013 dari kilang Pemuda Ipoh Barat


Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat yang terkenal kerana pimpinan dan ahli-ahli pemudanya yang aktif dalam penglibatan pelbagai aktiviti. Maka tidak dinafikan lagi jika kita kata Pemuda Perak adalah Pemuda Ipoh Barat kerana kebanyakan aktiviti pemuda peringkat negeri Perak kelibatannya adalah majoriti dari kalangan Pemuda Ipoh Barat. Terdapat juga penglibatan diperingkat kebangsaan iaitu dari badan-badan NGO seperti Gerakan Belia 4B Malaysia, Majlis Belia Malaysia, PSSGM, Nad Rakyat dan Wira Perkasa Malaysia.

Oleh itu kita patut ketengahkan calon-calon hasil dari 'kilang' Pemuda Ipoh Barat ini. Berikut adalah antara calon-calon yang berkaliber :


Iboy
Jawatan sekarang :   Penolong Setiausaha Pemuda Ipoh Barat

Ghadap
Jawatan sekarang :  Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia
Naib Ketua Pemuda Ipoh Barat (berpindah ke Bahagian Parit Buntar)

Jay
Jawatan sekarang :  Ahli Jawatankuasa Pemuda Ipoh Barat

Putra
Jawatan sekarang :  Ketua Pemuda Bahagian Ipoh Barat

Ariff
Jawatan sekarang :  Ahli Jawatankuasa Pemuda Ipoh Barat



* juga terdapat beberapa calon lain dari Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat yang bertanding.


Kepada para perwakilan, Ketua-Ketua Pemuda Cawangan dan Ahli Jawatankuasa serta lain-lain yang berkenaan harap dapatlah memilih dan mengundi pemimpin yang boleh memberi komitmen, rajin, serius bekerja, bertanggungjawab dan bijak. Demi untuk perjuangan agama, bangsa dan tanahair.

Selamat Bermesyuarat...UMNO!!!


Selasa, 7 Ogos 2012

Pengagihan Bubur Lambuk oleh Pemuda Ipoh Barat

Sebanyak lebih 3500 bungkus bubur lambuk telah diedarkan kepada orang ramai dari 12 periuk besar yang dimasak bergotong-royong hasil kerjasama penduduk tempatan dan ahli-ahli Pemuda UMNO Ipoh Barat. Aktiviti gotong-royong ini bermula seawal 9.00 pagi di bawah perkarangan parkir kereta blok 9, Flat Jalan Ashby.

Ramai penduduk tempatan yang turut serta membantu terutama dari golongan makcik-makcik dan pakcik-pakcik, mereka rajin dan bersemangat gotong-royong. Kegiatan ini seperti ini dapat merapatkan sillaturahim antara pemuda dan rakyat kawasan Ipoh Barat khususnya.

Antara kawasan lain dan pihak yang menerima agihan bubur lambuk itu ialah ;
Balai Polis Sg. Senam
Balai Bomba dan Penyelamat (stadium)
Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak
Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh
Stesen Keretapi
Bazar Ramadhan Stadium
Penduduk-penduduk Flat Ashby dan Flat Seri Kepayang.

Syabas kepada Ketua Pemudanya saudara Syamsul Bahrain Putra dan Ketua Bahagian UMNO Ipoh Barat, Dato Shamsuddin Abu Ghaffor. Banyak telah berkhidmat dan membuat program untuk membantu rakyat, adakah kemungkinan peluang diberi kepada UMNO oleh BN untuk cuba bertanding di salah satu kerusi DUN dibawah parlimen Ipoh Barat pada PRU13 akan datang.


Dibawah ialah foto-foto aktiviti yang dijayakan oleh Pemuda Ipoh Barat bersama penduduk Flat Jalan Ashby.


'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...