Memaparkan catatan dengan label Amanjaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amanjaya. Papar semua catatan

Isnin, 29 September 2014

BN Youth Job Fair 2014 Berjaya Mencapai Sasaran


Kira-kira 6,000 orang tidak melepaskan peluang mengunjungi Karnival Kerjaya Pemuda BN 2014 (BN Youth Job Fair 2014) di Dewan Jabatan Belia dan Sukan Negeri, di sini, anjuran Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat (PPUIB) dan Pusat Kerjaya Amanjaya (Peka).

Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata, sambutan yang diterima menggalakkan dan mencapai sasaran yang ditetapkan pihaknya.

“Kebanyakan yang hadir terdiri daripada graduan yang masih belum mendapat pekerjaan."

“Sebanyak 30 majikan mengambil bahagian dalam karnival kerjaya yang menawarkan 3, 500 jawatan kosong ini dan kita juga ada penyertaan daripada institut pengajian tingi awam (IPTA,” katanya.

Hadir dan merasmikan karnival itu, Exco Pergerakan Pemuda Umno, Dazma Shah Daud.

Sementara itu, Pengarah karnival, Mohd Iqbal Jamaluddin berkata, karnival itu menjadi landasan terbaik kepada semua golongan merebut peluang pekerjaan termasuk agensi, syarikat dan industri bagi memenuhi keperluan tenaga kerja.

“Program itu menerima maklum balas amat baik daripada pelbagai golongan termasuk graduan yang mencari pekerjaan, belia yang sudah bekerja dan usahawan muda.

“Program ini juga menunjukkan golongan muda di negeri ini bersemangat mencari pekerjaan yang lebih baik untuk meningkatkan taraf kehidupan,” katanya.

Antara syarikat yang mengambil bahagian dan menawarkan peluang pekerjaan pada karnival itu ialah Bukit Merah Laketown Resort, Carsem, Parkson Ipoh Parade, Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian negeri, Padi Beras Nasional Bhd (Bernas), Sunway Lost World of Tambun, Unisem (M) Berhad dan Edaran Tan Chong Motor.

Anjuran Pemuda Umno Ipoh Barat dan PEKA 

Rabu, 27 Mac 2013

DUN Perak akan bubar selewat 25 April 2013


Kerajaan negeri Perak hanya menunggu arahan kerajaan Persekutuan bagi pembubaran Parlimen untuk membolehkan pilihanraya peringkat negeri Perak diadakan serentak diseluruh negara.

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan negeri kini mempunyai masa lebih kurang sebulan sebelum DUN Perak terbubar secara automatik pada 25 April.

Justeru itu, katanya lagi, tidak timbul dari segi masalah hendak bubarkan DUN seperti yang diwar-warkan oleh negeri-negeri pembangkang.

"Yang penting kita akan mengadakan serentak dengan peringkat nasional dan kita hanya menanti waktu apabila pembubaran Parlimen diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di pejabatnya di Ipoh hari ini.

Terdahulu Dr Zambry menyaksikan majlis menandatangani perjanjian di antara kerajaan negeri Perak dan Damai Laut Golf Resort Sdn. Bhd. bagi cadangan pembangunan Sea Villa yang menelan kos kira-kira RM200 juta di Mukim Lumut Daerah Manjung.

Beliau turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian Amanjaya bagi perpindahan operasi bas Medan Gopeng ke Terminal Bas Amanjaya, Bandar Meru Raya.



*sumber dari laman sesawang portal negeri.






Sabtu, 20 Oktober 2012

Perhatian Jobseekers!!! ada Job Fair 10-11 November ini


Perak Amanjaya Job & Career Fair 2012 yang akan berlangsung selama dua hari di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh pada 10 dan 11 November ini dijangka lebih meriah berbanding tahun lepas.

Pengerusi Pergerakan Pemuda BN Perak, Khairul Azwan Harun berkata, program kerjaya ini yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak telah mendapat komitmen sepenuhnya daripada semua wakil-wakil rakyat BN negeri ini.

Katanya, semua wakil rakyat telah menyatakan komitmen mereka untuk menggunakan perkhidmatan bas bagi menghantar seramai mungkin belia-belia dari kawasan masing-masing ke program tersebut nanti.

"Ini jelas membuktikan BN komited dalam membantu golongan belia di Perak untuk mencari dan mendapatkan pekerjaan menerusi Perak Amanjaya Job & Career Fair 2012 ini,’’ katanya kepada media di pejabat Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, Ipoh hari ini.

Katanya, tahun lepas lebih 25,000 pengunjung telah datang ke program temasya kerjaya ini dan daripada jumlah itu lebih 15,000 terdiri daripada golongan belia kebanyakkannya berasal dari luar bandar telah mendaftar untuk mencari pekerjaan.

Beliau menjangkakan bilangan pengunjung ke program ini akan terus meningkat termasuk sasaran 5,000 pengunjung terdiri daripada golongan belia yang datang menaiki bas tajaan wakil-wakil rakyat BN.

"Pemuda BN Perak akan terus menyokong usaha transformasi yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Program Negeri Amanjaya Satu Malaysia (NAJ1B) peringkat negeri Perak yang dicetuskan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Khairul Azwan juga membayangkan karnival kerjaya kali ini yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir bakal menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan berikutan perkembangan ekonomi yang memberangsangkan di negeri ini.

Sementara itu Exco Kesenian, Kebudayaan,Belia dan Sukan Negeri Perak, Dato’ Zainol Fadzi Paharuddin berkata, program ini memberi peluang kepada golongan belia datang bersemuka dengan majikan dari pelbagai agensi pekerjaan untuk mencari pekerjaan impian mereka.

Katanya, tahun ini lebih 80 buah ruang pameran akan dibuka dan dianggarkan sebanyak 8000 peluang pekerjaan bakal ditawarkan kepada golongan belia.

Menurut beliau, program ini melibatkan sejumlah besar penyertaan syarikat sektor kerajaan dan swasta dan beberapa syarikat besar yang akan mengambil bahagian ialah UMW Corporation, Takaful Malaysia berhad, Felda GEMS Malaysias Sdn Bhd dan Unisem.




Sabtu, 6 Oktober 2012

PeKA buru penganggur-penganggur di Perak


Program Jelajah Kerjaya Amanjaya 2012, inisiatif yang diperkenalkan Pusat Kerjaya Amanjaya (PeKA) mampu mengurangkan daftar penganggur di negeri Perak.

Adun Trong, Datuk Rosli Husin, berkata siri jelajah ke 10 daerah di negeri Perak memberi peluang kepada generasi muda khususnya pelajar lepasan universiti tempatan dan swasta peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan yang dimiliki mereka.

“Hari ini, PeKA turun padang ke DUN Trong untuk membantu golongan belia di sini mencari peluang pekerjaan dan program ini nampaknya mendapat sambutan baik daripada pencari kerja.

“Bagi saya, program ini merupakan antara langkah berkesan yang diperkenalkan kerajaan negeri untuk mengurangkan daftar penganggur di Perak,” katanya kepada Peraktoday.com hari ini.

Terdahulu, Rosli yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang merasmikan Program Jelajah Kerjaya Amanjaya 2012 peringkat DUN Trong di Dataran Pejabat Penghulu Mukim, dekat pekan Trong.

Dalam perkembangan berkaitan, Rosli berkata, program jelajah ke seluruh daerah itu dapat memudahkan pencari kerja kerana tidak perlu ke bandaraya Ipoh untuk mendaftar dengan PeKA.

Selepas DUN Ayer Kuning, DUN Trong menjadi lokasi kedua siri jelajah PeKA yang antara lain berperanan membantu majikan mencari pekerja yang diperlukan mengikut kemahiran.

Sementara itu, Rosli menasihatkan golongan belia agar tidak terlalu memilih kerja bagi memastikan peluang kerja itu tidak diisi oleh warga asing.

“Saya berharap anak muda terutamanya di kawasan Trong supaya tidak terlalu memilih kerja sebaliknya ambil peluang yang ada dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Sementara itu, bekas pelajar kolej perhotelan, Norerfazurin Othman, 23, mengakui sukar untuk mendapatkan pekerjaan dewasa ini.

Sehubungan itu, program Jelajah Kerjaya Amanjaya katanya, dapat membuka peluang kepada pencari kerja sepertinya berdaftar dengan PeKA.

“Ketika ini, agak sukar untuk mencari pekerjaan di sekitar Trong dan saya berharap program anjuran PeKA ini dapat diperluaskan lagi ke seluruh Perak dari semasa ke semasa,” tambahnya lagi.

Pada majlis itu, Rosli turut menyampaikan cek dermasiswa bernilai RM128,000 yang diperuntukkan kerajaan negeri kepada pelajar dari DUN Trong yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta.


Pengarahnya, Ameron Zulqarnaen Yeop Rashidi, berkata setakat ini, lebih 200 belia telah dikenalpasti untuk menyertai program itu yang turut menyediakan khidmat nasihat kepada golongan berkenaan untuk menceburi bidang keusahawanan.

“Ketika ini, PeKA mengenalpasti lebih 200 usahawan baru untuk diketengahkan dalam bidang keusahawanan berskala kecil dan sederhana.

“Untuk bahagian kerjaya pula, setakat ini, lebih 6,000 pencari kerja sudah berdaftar dengan PEKA,” katanya kepada Peraktoday.com.

Beliau ditemui pada Program Jelajah Kerjaya Amanjaya 2012 peringkat DUN Trong yang berlangsung di Dataran Pejabat Penghulu Mukim, dekat pekan Trong, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ameron Zulqarnaen, berkata pihaknya akan menjelajah ke 10 daerah di Perak dari Oktober hingga awal November untuk memberi peluang kepada pencari kerja di luar sana mendaftar dengan dengan pusat berkenaan.

Maklumat pencari kerja katanya, akan direkodkan mengikut kelayakan akademik dan bidang yang diminati untuk dipadankan dengan kehendak majikan.

Dalam pada itu, PeKA juga tambah beliau, mahu memastikan majikan memberi ganjaran atau gaji yang setimpal dengan kelayakan pencari kerja yang berdaftar dengan pusat itu.

PeKA adalah sebuah agensi kerjaya untuk negeri Perak yang membantu pencari kerja mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan membuat padanan kerja dengan kemahiran mereka.

Ia juga menjadi platform antara majikan dan pencari kerja untuk memudahkan urusan penempatan kerja dalam pelbagai industri di Perak selain menganjurkan bengkel dan klinik untuk meningkatkan kebolehpasaran kepada graduan baru dan golongan bekerja.

Selepas DUN Trong, program ini akan menjelajah ke Daerah Sungai Siput pada 11 Oktober nanti.



'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...