Memaparkan catatan dengan label Kuala Kangsar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuala Kangsar. Papar semua catatan

Khamis, 13 November 2014

Lebuhraya ke utara sesak akibat lori gas terbalik di km 257


Dua kanak-kanak lelaki cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan yang membabitkan sebuah treler membawa muatan penuh tong gas petroleum cecair (LPG) dengan dua buah kenderaan lain di Kilometer 257, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat sini semalam.

Kejadian pukul 9.30 pagi berdekatan Terowong Menora itu berlaku apabila treler terbabit yang dalam perjalanan ke arah utara dari Ipoh tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Akibat kemalangan itu, kira-kira 50 tong gas yang dibawa treler terbabit tercampak di atas jalan dengan sebahagian daripadanya turut bertaburan di laluan bersebelahan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh berkata, sebuah kenderaan jenis Perodua Alza yang sedang dalam perjalanan ke Port Dickson, Negeri Sembilan dari Kuala Kedah, Kedah yang kebetulan melalui tempat kejadian tidak sempat mengelak lalu merempuh beberapa tong gas yang berada di hadapannya.

Menurutnya, pemandu, Mohd. Nasir Jaafar, 40, dan anaknya, Muhammad Syakirin, 10, sempat keluar sebelum kenderaan mereka terbakar akibat letupan tong gas yang dirempuh.

Rabu, 20 Ogos 2014

Temuduga Terbuka SSPDRM pada 2hb September di IPD Ipoh


Orang ramai di Perak yang berminat untuk menyertai pasukan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) boleh menghadiri temuduga terbuka selama lima hari bermula pada 2 September ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, temuduga terbuka itu akan diadakan di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dari 2 hingga 6 September dan mereka yang berminat boleh mendaftar nama di situ.

"Kita akan mengambil seramai 500 anggota untuk dilatih dan ditempatkan di balai polis berhampiran tempat tinggal mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh.

Beliau berkata pihaknya mengalu-alukan penyertaan SSPDRM bukan sahaja dari kalangan orang awam malah golongan profesional juga amat digalakkan kerana mereka dilihat mampu membantu PDRM dengan memberi idea baharu yang boleh dipraktikkan oleh pihak polis, katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Acryl Sani berkata pihaknya mengesan satu maklumat palsu disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp kononnya dua pekerja restoran makanan segera telah dipukul di Kuala Kangsar.

"Saya ingin menegaskan tiada kejadian sebegini berlaku dan ini adalah satu penipuan. Orang ramai diminta supaya tidak terus menyebarkan maklumat yang tidak sahih," katanya.

Beliau berkata, polis sentiasa melakukan yang terbaik untuk masyarakat dalam menangani masalah penyebaran berita palsu di laman sosial yang semakin meluas pengaruhnya.

"Isu ini boleh menyebabkan masyarakat bertelagah antara satu sama lain  dan janganlah kita terlalu percaya dengan apa yang ada di laman sosial," katanya
.

 Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan eksesais pengambilan Inspektor dan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Permohonan dan maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi PDRM di www.rmp.gov.my (Sistem Semakan Online - SSO).


 
Syarat dan kelayakan adalah seperti berikut:

 
1.JAWATAN INSPEKTOR SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS LELAKI / WANITA:

- ELAUN PENUGASAN

• Elaun penugasan RM 7.80 sejam

- SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Warganegara Malaysia.

Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh temuduga.

Kelayakan:

• Telah ditauliahkan sebagai Inspektor Kor Sukarelawan Siswa Siswi (Kor SUKSIS).

• Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan/ Majikan untuk berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.

• Bersih daripada sebarang tapisan rekod keselamatan.

• Tidak menjadi ahli anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.

• Pengawal Keselamatan/Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/ Badan Berkanun tidak layak memohon.

• Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah/ peraturan/ kaedah PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.



2. JAWATAN KONSTABEL SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS LELAKI/WANITA

- ELAUN PENUGASAN

• Elaun penugasan RM 6.00 sejam

- SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Warganegara Malaysia

Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh temuduga.

Kelayakan:

• Tamat SPM atau setaraf dengannya.

• Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan/ Majikan untuk berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.

• Bersih dari sebarang Rekod Jenayah/ Rekod Cawangan Khas.

• Tidak menjadi ahli anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.

• Pekerja-pekerja dari kumpulan Key Personal seperti Hospital/ TNB (breakdown)/ Telekom (teach), Pegawai Keselamatan/ Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/ Badan Berkanun tidak layak memohon.

• Sila sertakan 1 salinan kad pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Akademik dan Sijil Berhenti Sekolah/ Tamat Sekolah.

• Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah/ peraturan/ kaedah PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.

- KELAYAKAN FIZIKAL

Pemohon – pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

• Tinggi sekurang-kurangnya: Lelaki: 162cm, Wanita: 152cm

• Berat badan sekurang-kurangnya: Lelaki: 50kg, Wanita: 48kg

• Mempunyai penglihatan yang baik;

• Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. Dan;

• Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

sila kilk sini untuk ke laman sesawang PDRM

Sabtu, 3 November 2012

Sepetang bersama Datuk Kamilia Ibrahim


Program santai minum petang antara ahli-ahli Wanita UMNO cawangan Kg Padang Changkat, Kuala Kangsar dengan ahli-ahli Perak Cyber Trooper (PCT) telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Padang Changkat berdekatan dengan Istana Bukit Chandan.

Sembang-sembang petang ini diadakan pada hari Sabtu, 3hb November 2012. Aktiviti santai ini bertujuan memperkenalkan ahli-ahli cawangan tentang peranan dan pentingnya fungsi media siber. Dunia siber yang mengandungi bermacam-macam medium telah luas digunakan oleh manusia era ini, contohnya seperti Blog, Facebook, Twitter dan macam-macam lagi.

Disamping dapat berkenal-kenal dengan para blogger PCT, sessi soal-jawab juga diadakan untuk penjelasan tentang dunia IT ini. Antara blogger-blogger yang dapat hadir menjayakan program ini ialah Budak Benteng, Awekz Bukit Gantang, Budak Sri Kinta, Parang Pedang, Anak Jati Malaya, Minah Brutal, Aktivis Kepayang Jr, Daeng Selili dan Kinta Menjerit.

Tetamu teristimewa khas yang dijemput ialah Yang Berbahagia Datuk Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia. Sukacitanya dan setinggi penghargaan kepadanya kerana dapat meluang masa hadirnya seorang pemimpin peringkat nasional ke program kecil yang tak seberapa ini.

Setelah ucapan perasmian oleh Datuk Kamilia, fasilitator utama PCT iaitu blogger Budak Benteng mula memberi penerangan dan ucapan.


Setinggi penghargaan kepada jawatankuasa Wanita Kg Padang Changkat dengan kerjasama PCT terutama saudara 'Macks' yang berjaya menyusun program hingga akhir.


* dibawah beberapa foto yang dapat ditangkap ketika sessi program berlangsung, juga lain-lain foto dapat dilihat juga di blog Parang Pedang (sila klik).


'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...