Ahad, 19 Ogos 2012

Ratu Cantik Dunia 2012 untuk gadis China


Ratu cantik di seluruh dunia membuat persiapan terakhir untuk bertanding merebut gelaran Ratu Cantik Dunia di bandar perlombongan berdekatan padang pasir Gobi, di Ordos, China semalam.

Sejumlah 116 peserta, bilangan tertinggi buat masa ini, dijadualkan bersedia untuk kategori gaun malam dan pakaian mandi yang disaksikan kira-kira satu bilion penonton di seluruh dunia.

Tahun ini, pertandingan ini diadakan di kawasan kontang dan bandar berpenduduk sedikit di pedalaman Mongolia, di Ordos yang terletak kira-kira 700 kilometer dari pantai yang berdekatan.

Ratu Cantik Dunia Ivian Sarcos dari Venezuela, akan menyerahkan mahkotanya di stadium futuristik Ordos, yang terletak di sebelah dataran bandar itu yang didedikasikan untuk wira Mongol, Genghis Khan.

Sejak dekad lalu, penduduk di bandar itu bertambah makmur selepas perlombongan arang batu dan menjadikannya satu daripada bandar terkaya di China.

Acara peringkat dunia yang dihoskan Myle Klass, Ratu Cantik Britain 2011 yang berlangsung di Stadium Dongshang. Acara gimik iaitu penyerahan Mahkota Ratu Cantik dari Ratu Cantik tahun lepas, 2011 iaitu Ivian Sarcos dari negara Venezuela.

Keputusan akhir pertandingan Ratu Cantik Dunia 2012 ini akhirnya dimenangi oleh peserta dari China iaitu Yu Wenxia yang berumur 23 tahun. Tempat kedua pula jatuh kepada Sophie Moulds, 19 tahun dari Wales dan tempat ketiga kepada peserta Australia iaitu Jessica Kahawaty, 23 tahun. Pertandingan yang disertai oleh lebih daripada 100 orang peserta dari pelbagai negara serata dunia menyaksikan peserta dari negara tuan rumah memenangi tempat pertama.




P/S : Kinta Menjerit melapor dari lokasi pertandingan, gurun Gobi, China...hehehe takde lah ada kat Ipoh ni.


SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan