Ahad, 30 September 2012
Bujang dapat RM250 tahun depan dari kerajaan
Di Dewan Rakyat, Menteri Kewangan umumkan Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kali kedua atau BRIM 2.0 akan diteruskan tahun depan dengan golongan penerimanya bukan sahaja membabitkan 4.3 juta isi rumah tetapi manfaatnya diperluaskan kepada 2.7 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas.
Golongan bujang itu akan menerima bayaran RM250 dengan syarat pendapatan mereka di bawah RM2,000 sebulan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bayaran tersebut akan dibuat awal tahun depan.
"Hasrat kerajaan memberi bantuan ini kepada isi rumah berpendapatan rendah serta golongan bujang bukan satu langkah populis tetapi manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan secara berhemah," kata beliau yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan