Khamis, 14 Februari 2013
Mari-mari...UTC Perak dirasmi Perdana Menteri pada 15hb Februari 2013
Seramai 35,000 rakyat dari sekitar Ipoh dijangka menghadiri majlis pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak yang akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Jumaat ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata kerajaan negeri mengalu-alukan semua rakyat Perak khususnya yang tinggal di sekitar Lembah Kinta untuk bersama-sama menghadiri majlis pelancaran UTC ketiga negara itu.
“Perasmian UTC Perak ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri dan kita amat mengalu-alukan kehadiran rakyat Perak pada majlis itu nanti,” katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.
Mengulas penubuhan UTC, Zambry berkata, UTC Perak bukan sahaja paling terbesar dalam negara malah menjadi UTC paling aktif sejak ia memulakan operasinya kira-kira sebulan yang lalu.
“Ini merupakan satu perkembangan yang menarik bagi negeri Perak dan UTC ini adalah cetusan idea Perdana Menteri sendiri,” katanya lagi.
UTC Perak berkeluasan kira-kira 157,000 kaki persegi yang dahulunya merupakan bangunan pasar raya Super Kinta yang terletak di Jalan Dato Onn Jaafar, Ipoh.
Pusat ini menempatkan 57 buah agensi perkhidmatan daripada pelbagai kluster termasuklah perbankan, kesihatan, kebajikan dan keusahawanan.
*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan