Rabu, 13 Februari 2013
KURANG HAJOR DAP!!!...bendera BN diharamkan di Pulau Pinang
Kerajaan DAP di Pulau Pinang dah melampau bila cuba haramkan untuk mengibar bendera BN di Pulau Pinang. Begitulah busuk hatinya pihak berkuasa yang dikuasai oleh pemerintahan kuku-besi DAP yang cuba mensabotaj bendera parti lawan mereka. Kalau kat negeri lain yang diperintah oleh kerajaan BN tiada halangan untuk mereka sangkut bendera roket merah tu. Baru dapat perintah satu negeri dah naik tocang nak halang macam-macam aktiviti demokrasi yang bebas dilakukan selama ini. Ikuti laporan isu bendara ini yang dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan beberapa hari lalu dibawah;
Barisan Nasional (BN) mungkin tidak dibenarkan memasang bendera parti sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berikutan kegagalannya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.
Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong mendakwa, banyak bendera 1Malaysia yang digantung di laluan-laluan utama di negeri ini sempena Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran BN negeri kelmarin tidak mempunyai permit.
Selain itu jelasnya, pengantungan bendera berkenaan juga dikatakan membahayakan penguna jalan raya terutama penunggang motosikal.
MPPP memberi tempoh seminggu kepada BN negeri untuk tampil membayar kompaun bagi menuntut kembali bendera-bendera yang dirampas.
"Sekiranya gagal berbuat demikian, kami (MPPP) akan menyenaraihitam BN untuk memohon permit bagi mengantung bendera parti selepas ini termasuklah semasa berlangsungnya pilihan raya umum nanti," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
DAP anti Islam
DAP tolak isu kalimah Allah oleh Majlis Syura PAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan