Rabu, 13 Februari 2013

Psy di bayar oleh siapa???...DAP ke


Scooter Braun Projects, syarikat pengurusan bintang popular Korea Selatan Psy, yang dikenali dunia dengan lagunya 'Gangnam Style', hari ini menyatakan bahawa mereka tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan penyanyi itu di Pulau Pinang kelmarin.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada pemberita hari ini, pengurusan itu menegaskan bahawa berita dan artikel yang tersebar dalam Internet, yang mendakwa sebaliknya, adalah anggapan semata-mata dan ternyata tidak benar.

"Scooter Braun Projects ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan artis itu di Pulau Pinang, Malaysia baru-baru ini," menurut kenyataan itu.

Pengurusan itu turut menafikan dakwaan di beberapa blog kononnya kerajaan Malaysia menaja persembahan artis itu pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia di Pulau Pinang, Isnin lepas.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa persembahan Psy di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia itu tidak melibatkan wang rakyat.

Beliau juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis yang turut mempopularkan gaya tarian lagunya itu.

Persembahan Psy ialah kemuncak majlis yang dihadiri ribuan orang anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang, di Han Chiang College.



*sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.








3 ulasan:

  1. Rakyat pulau pinang kurang ajaq! Ada ka patut najib kata "are u ready for BN?" Depa habaq NO! Bodoh!!

    BalasPadam
  2. Kita tengok betul ker takda guna duit Rakyat..

    http://www.gempak.org/forum/showthread.php?t=123942

    BalasPadam