Selasa, 30 April 2013

P057 : Dr Mujahid Yusof Rawa yang banyak tak relevan dengan Parit Buntar


Biodata Dr. Mujahid bin Yusof

Ahli Parlimen Parit Buntar

Tarikh Lahir : 25 Oktober 1964
Tempat Lahir : George Town, Pulau Pinang

Jawatan Dalam Politik, Kerajaan & NGO
1) AJK PAS Pusat (2005 - Kini)
2) Pengerusi Perpaduan Nasional PAS Pusat
3) Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang
4) YDP PAS Kawasan Bayan Baru
5) AJK Pemuda PAS Pusat (2001 - 2005)
6) Pengerusi Dialog Antara Agama Untuk Keamanan Asia Tenggara
7) Ahli Lembaga Pengarah Pusat Zakat Pulau Pinang

Keluarga
Isteri - Zuraida Binti Husin
Anak - 3 Orang


Antara ulasan-ulasan yang berkaitan dengan Dr Mujahid :

"Pada Oktober 2011, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Dr. Mujahid Yusof Rawa (Pas-Parit Buntar) yang mengatakan polis terlibat dalam politik."


"Adakah Pas akan memecat bekas Timbalan Presiden partinya, Nasharudin Mat Isa ? Krew media Isma cuba mendapat jawapan daripada salah seorang ahli jawatankuasa Pas pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, namun beliau enggan mengulas.
“Tiada Komen,” katanya ringkas. Jawapan sama turut diberikan ketika diminta pandangan akar umbi yang mendakwa Pas kini sedang diperkotakkatikkan oleh DAP."


"Di Georgetown, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa tidak menafikan pernah mengeluarkan kenyataan bersetuju agar penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH. Walaupun mengesahkan kenyataannya itu seperti yang didakwa Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin kelmarin, namun beliau menegaskan kenyataannya itu adalah berlandaskan kepada fekah dan perspektif yang lebih luas.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, kenyataan yang dibuat semasa dialog di sebuah gereja kira-kira dua tahun lalu tidak bercanggah dengan pendirian Pas kerana pendapat yang diberikannya berdasarkan soal fekah dan pandangan ulama. "Cuma dari segi enakmen negeri, terutama di Semenanjung, memang tidak membenarkan perkataan ALLAH diguna oleh agama lain, kecuali Islam,” katanya"


Jika kita lihat dari biodatanya, kita dapat lihat yang Mujahid ini bukan orang Perak dan tidak lahir pun di negeri Perak. Kebanyakkan jawatan yang dipegangnya adalah berpusat di Pulau Pinang tetapi ditarik untuk bertanding di negeri lain. Dia bukan orang tempatan di kawasan Parlimen Parit Buntar.

Sila klik DISINI tentang penidakkannya terhadap kenyataan isu kalimah Allah dari Majlis Syura Ulamak PAS.
Untuk rujuk warta dari Jawatankuasa Fatwa negeri Perak pula....sila klik
Banyak dari kenyataannya terhadap isu-isu adalah dibuat atas dasar pendirian individunya sendiri , songsang dan tidak mewakili suara dari organisasi yang dia wakili.


Baru-baru ini Mujahid cuba mengalihkan perhatian rakyat Parit Buntar terhadap calon BN, Mua'amar Ghadafi dari menjalankan kempen pilihanrayanya dan menganggu jadual sesi perjumpaan dengan penduduk sekitar. Dia mengaturkan program Debat antara calon Parlimen Parit Buntar untuk membahaskan Manisfesto parti masing-masing. Oleh kerana Mua'amar Ghadafi adalah calon muda dan baru yang perlu lebih banyak turun padang untuk bersemuka dengan rakyat maka parti lawan mencuba taktik untuk mengalih pandangan disaat-saat waktu yang membilang hari ke hari pilihanraya.

Jika ditanya apakah perubahan atau pembangunan yang dibuat oleh Mujahid yang menjadi wakil rakyat dari penggal lepas...ada ke?
Rakyat Parit Buntar perlu membuka minda ke arah transformasi yang diwar-warkan oleh pemimpin BN untuk kemajuan dan kebaikan kawasan sini. Berilah peluang kepada bakal pemimpin dari generasi muda yang juga dari kepimpinan belia peringkat nasional untuk berkhidmat dan merealisasikan wawasan negara serta rakyat.


Mujahid, adakah dia ini relevan di Parit Buntar lagi???




BN janji ditepati
Tiada yang tertinggal...Tiada yang terpinggir










6 ulasan:

  1. Mujahid ni, aku tak nampak apa yang dibuat, melainkan ceramah aja le... Klu bekas Adun TT Serong yang cabut tu.... yang aku nampak dia tinggalkan kerusi batu kat surau - surau. Ini kali lah memang aku tak sabar nak balik mengundi BN. Dulu mmg aku tak mengundi sebab protes, tapi kali ni jgn harap PAS nak menang mudah lagi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaik sedare...undi BN pilihan terbaik pada 5 Mei ini

      Padam
  2. Sokong melayu murtad dan sokong kalimah Allah diberi kepada Kit Siang~!

    BalasPadam
  3. bodoh dan bangang...orang islam kena undi parti islam....sekurang-kurangnya kita menyokong

    BalasPadam
  4. Dah 5tahun YB jd wakil rakyat saya tapi mana kemajuan dari pihak YB? setakat datang kenduri kendara wat ape? setakat datang bagi ceramah buat apa? saya nak perubahan!! Idham Lim mana YB lari? terima kasih bagi bangku2 simen kt masjid2 dan surau2.. cantik sangat bangku tu dengan tulisan nama YB yg berwarna hijau.. tu je saya nampak.. perubahan yg lain mana? belakang umah saya karaoke cina memekak sampai kul 3pg.. kul 3pg YB dh lena tidoq, saya baru boleh tidoq.. pandai YB melarikan diri ke Kuala Kangsar.. tau pun org PB dah xsuka YB.. pemimpin PAS mmg baik dan alim.. hanya pandai berkata2 sahaja tapi tak tahu nak buat.. macam tin kosong, BUNYI SAJA KUAT TAPI ISI TARAK. macam mana nak jadi pemerintah? tak kan asyik nak ikut telunjuk kafir DAP? xsanggup nk memperjudikan masa depan negara. teruskan menjadi pembangkang.. INI KALILAH undiku utk BN.

    BalasPadam
  5. last sekali bn xmenang pun..haha..wekkk

    BalasPadam