Khamis, 19 Jun 2014

Adi Putra kes skandal bini orang


Pelakon Adi Putra enggan memberi sebarang komen apabila ditemui media yang ingin mendapatkan reaksinya berhubung isu kes skandalnya yang berkemungkinan dibuka semula.
 
“Tiada Komen. Terima Kasih,” demikian sahaja reaksi Adi Putra ketika diminta mengulas isu skandalnya dengan Nooraida Abdul Mutalib.

Baru-baru ini bekas suami wanita terbabit Amiruddin Osman telah memuat naik salinan surat keputusan siasatan daripada Bahagian Tatatertib Bukit Aman di Instagram miliknya.
Surat tersebut adalah makluman mengenai pegawai polis yang mengendalikan kes itu pada September tahun lalu, Fergie Anak Dim yang telah dikenakan tindakan tatatertib.
Pada September tahun lalu Adi telah didakwa menjalinkan hubungan dengan Nooraida dan disiasat polis selepas Amiruddin membuat aduan.
Pelakon filem KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.





Mantop juga nampak lurah...patut arr



Kesian abg Adi, nayer lah kalor kantoi camni

Tapi dah cerai pun...mungkin nak publisiti kot

Adi dan Nooraida berkenalan menerusi Instagram dan kerap berbalas mesej menerusi aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai tahun lalu sehingga perbuatan tersebut dihidu Amiruddin.



*sumber dari laman sesawang berita hiburan tempatan.

1 ulasan:

  1. Saya x fikir Amiruddin nak publisiti. Mungkin juga rasa terhina kerana Adi tak mengaku & tak mahu penyelesaikan pkara ni elok2 (sblm dia war2 kan kat media)

    BalasPadam