Rabu, 25 Jun 2014

Gang Dolly Surabaya Syurga Pelacur Beroperasi Seperti Biasa


Di sebalik penutupan rasmi Gang Dolly di bandar Surabaya dianggap antara pusat pelacuran terbesar di Asia Tenggara oleh kerajaan setempat, kegiatan maksiat di situ masih beroperasi seperti biasa.

Sepatutnya kawasan berkenaan ditutup pada 18 Jun lalu tetapi wanita muda berpakaian mencolok mata masih berpeleseran mencari pelanggan untuk diajak ke kamar yang diterangi cahaya merah dan merah jambu.

Bapa dan ibu ayam pula tidak menyorokkan diri sebaliknya terus meraikan kedatangan pengunjung.


Ayam-ayam di Gang Dolly terus melacur mencari rezeki


Ketika seorang pelacur melihat ada wartawan datang meninjau kawasan berkenaan, dia segera menjerit: “Gang Dolly akan terus dibuka!” Datuk Bandar Surabaya, Tri Rismaharini berikrar menutup operasi pusat pelacuran di Gang Dolly, manakala kerajaan Pusat menyediakan peruntukan khas bagi membantu pelacur terbabit memulakan hidup baru.

Dianggarkan ada kira-kira 1,500 pelacur yang dibantu kerajaan antaranya menerima dana kira-kira RM1,400 seorang untuk memulakan perniagaan halal. Rismaharini memberi tempoh sehingga Isnin depan untuk pelacur terbabit tampil mengambil bantuan kewangan.


Walaupun tidak akan menggunakan sebarang kekerasan, Rismaharini mahu seluruh kompleks pelacuran berkenaan ditutup menjelang akhir Ramadan bulan depan.


KLIK SINI untuk berita dulu.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan