Selasa, 19 Ogos 2014
D7 IPD Ipoh Serbu Jacpot di Bercham...Ops Dadu
"Saya datang ke sini untuk main games komputer, mana saya tahu ia judi,” demikian alasan yang diberikan oleh seorang kaki judi yang dikenali sebagai Ahmad bagi mengelak dirinya ditahan polis dalam serbuan Ops Dadu di Bandar Baru Bercham, awal pagi 10 Ogos 2014 yang lalu.
Lelaki yang berusia awal 30-an itu akhirnya mengakui telah beberapa jam duduk di premis itu untuk menghabiskan wang sebelum diserbu sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.
Katanya, dia mula terjebak dengan judi komputer itu setelah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakannya beberapa bulan lalu sehingga dia berasa ketagih untuk mengunjungi premis haram itu.
“Saya hanya main dalam RM20 sahaja duduk di sini. Macam-macam permainan yang saya cuba dan kesukaan saya adalah ‘roulette’. Kadang kala saya boleh menang wang tunai berkali-kali ganda daripada modal yang dilaburkan.
“Walaupun saya lebih banyak rugi daripada untung, saya tetap teruskan bermain di pelbagai premis lain hanya untuk memenangi wang tunai yang ditawarkan sehingga RM10,000,” katanya.
Tinjauan mendapati premis berkenaan dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) di pintu masuk premis selain cuba mengaburi pihak berkuasa dengan memaparkan nota premis untuk disewakan tanpa meletakkan nombor telefon.
Selain itu, premis berkenaan turut menyediakan makanan dan minuman kepada pelanggan-pelanggannya supaya mereka ‘melekat’ di hadapan komputer untuk terus berjudi.
Sebanyak 104 unit komputer yang digunakan untuk kegiatan judi internet berjaya dirampas dalam operasi berkenaan di empat premis kafe siber sekitar Ipoh.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Anuar Othman berkata, ketika serbuan dijalankan bermula jam 11 malam terdapat 11 pelanggan berusia 20 hingga 40 tahun sedang leka bermain judi. “Kita turut menahan seorang penjaga warganegara Bangladesh.
Kesemua pelanggan merupakan penduduk tempatan dan kita turut merampas RM1,032 yang digunakan sebagai wang taruhan bagi kegiatan ini di kesemua premis yang diserbu.
“Kesemua premis yang diserbu itu dipercayai menjalankan kegiatan haram berkenaan sejak beberapa bulan sebelum aktiviti mereka dihidu oleh polis hasil risikan di pusat siber itu,” katanya.
Menurutnya, premis berkenaan tidak serik menjalankan aktiviti haram itu walaupun pernah diserbu polis beberapa kali sebelum ini.
“Modus operandi premis ini hanya menyediakan modal serendah RM0.50 untuk bermain. Bagaimanapun, kesemua set komputer berkenaan dirampas dan seterusnya didakwa.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 4B(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.
Nampaknya IPD Ipoh D7 dah mula buat kerja diaorang...Good Job Broooo 999 !!!
Ops Dadu dah bermula harap D7 BANTERAS habis-habisan. Boss (klik) yang baru ini harap lebih telus dan jangan takut untuk serbu kedai-kedai game @ Jackpot ini.
* sumber dari laman sesawang akhbar tempatan.
Setakat Bercham jer... jemputlah ke Pekan Tasek ada macam-macam lagi......
BalasPadam