Gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter di Lautan Hindi telah berlaku dekat barat Aceh pada petang 14hb. April 2012, hari Rabu.
Badan Pemantau Geologi Amerika Syarikat (AS), berkata, gempa bumi yang berpusat kira-kira 33 kilometer di dasar laut, berlaku kira-kira 495 kilometer dari Banda Aceh.
Seorang pegawai Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Said berkata, amaran tsunami sudah dikeluarkan.
Pusat Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (PMKG) di sini mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa bumi dengan kekuatan 8.5 skala Richter berlaku di Aceh hari ini.
"Amaran tsunami akibat gempa yang berpusat di barat daya Simelue, Aceh pada kedalaman 10 km itu meliputi lima wilayah iaitu Aceh, Sumatra Utara, Sumatra Barat, Bengkulu dan Lampung," kata jurucakap PMKG Pekanbaru, Marzuki seperti dilapor Republika Online yang memetik agensi berita Antara. Berikutan itu penduduk Aceh diberitakan panik dan banyak yang lari atau menuju ke kawasan tanah tinggi.
Jurucakap itu berkata, kejadian tersebut berlaku pukul 3.38 petang ( waktu Malaysia). Sebanyak 27 buah negara di kawasan Lautan Hindi telah mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi kuat yang berlaku di Aceh petang ini.
Antara negara tersebut ialah Indonesia, India, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives, Britain, Malaysia, Mauritius, Seychelles, Pakistan, Somalia, Oman, Madagascar, Iran, UAE, Yemen, Bangladesh, Tanzania, Mozambique, Kenya, Africa Selatan dan Singapura.
KM: dari mesej yang diterima dari kekawan melalui internet di serata Malaysia juga ada yang menceritakan, mengalami sendiri gegaran gempa-bumi tersebut yang dikatakan berlaku selama beberapa saat, sesetengah mereka mengatakan macam rasa pening atau nak pitam.
* sumber laman sesawang akhbar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan