Ahad, 22 April 2012

Seksi Mislina Ipoh Mali

Biodata Mislina Mustaffa

Beliau adalah seorang pelakon filem dan aktivis teater yang bergiat aktif di Malaysia. Mislina berkelulusan sarjana dalam bidang lakonan daripada Universiti Sains Malaysia.
Kemunculan pertamanya di layar lebar adalah menerusi filem digital. Bukak Api arahan Osman Ali dan disusuli karya Osman yang seterusnya, Malaikat Di Jendela sebuah filem pendek. Beliau banyak berlakon dalam filem-filem bebas ketika awal kemunculan yang mana kebanyakkannya berformat digital. Antara naskhah yang popular adalah Bernafas Dalam Lumpur arahan James Lee & Lampu Merah Hati (Monday Morning Glory) yang diterbitkan pada tahun 2005.
Puaka Tebing Biru, cereka pertama arahan Osman menjadi filem debut Mislina di layar lebar. Beliau diberi peranan dalam watak pembantu dan berganding bersama aktres popular Umie Aida. Seterusnya beliau muncul dalam filem arahan Liew Seng Tat berjudul Flower In The Pocket.
Hanya menerusi kemunculannya dalam filem Mukhsin arahan pengarah tersohor Allahyarham Yasmin Ahmad, nama Mislina mula meniti bibir peminat. Biarpun sering diberi peranan pembantu namun kemunculannya sentiasa mencuit perhatian. Mislina terus bekerjasama dengan Yasmin untuk filem terakhirnya berjudul Talentime. Lakonan Mislina dalam filem Mukhsin mendapat pujian pengkritik dan penontonan awam.
Pada tahun 2009 Mislina berpeluang bekerjasama dengan pengarah muda Chris Chong dalam filem Karaoke yang mana telah terpilih untuk ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Cannes. Mislina membawa watak Kak Ina, seorang ibu tunggal yang mengusahakan pusat karaoke di kawasan ladang kelapa sawit bersama anak lelakinya yang lama menghilang lakonan Zahiril Adzim. Lakonan Mislina dalam filem itu mendapat perhatian pengkritik dan dicalonkan di Festival Filem Malaysia ke-23 untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik (FFM). Pun begitu, biarpun disifatkan sebagai calon faveret, Mislina tewas kepada aktres jelita Lisa Surihani yang menonjolkan transisi lakonan berbeza dalam filem Lagenda Budak Setan.
Mislina mula terpalit kontroversi apabila penglibatannya sebagai pelakon utama membawakan watak penyanyi sensasi 80-an, Zaiton Sameon dalam filem terbitan B'ruang Film Production berjudul Zaiton: Ceritaku berdepan permasalahan apabila penat lelahnya membawa watak tersebut menjadi sia sia apabila penerbit filem tidak berpuas hati dengan mutu produksi filem arahan Fauziah Nawi itu. Penggambaran dikatakan bakal dibuat semula dan Mislina seolah tidak lagi berminat untuk melakonankan semula semua babak yang telah siap. Demi menjayakan watak penyanyi sensasi yang menempuh kesukaran setelah mengalami zaman kejatuhan itu, beliau sanggup membotakkan kepala. Penampilan Mislina di karpet merah Festival Filem Malaysia ke 23 ternyata menjadi perhatian ramai.
Mislina bakal muncul dalam filem terbaru Osman Ali berjudul Cun pada tahun 2011.

Tarikh Lahir : 24 May 1971
Umur : 41 tahun
Asal : Ipoh, Perak
Hobi : Perkhemahan dan 'homeless'
NGO : banyak membantu aktiviti kemasyarakatan dan perjuangkan hak rakyat, contohnya seperti aktivis 'Bersih'
Catatan : Senang dengan penampilan Imej seksi budaya kebaratan dan berfikiran bebas serta ada gossip yang mengatakan dia lesbian walaupun mempunyai anak.

KM : kalor tengok dari koleksi gambor-gambor yang KM jumpa, macam ada betoiii jugak gaya tapi yang gua tak tak tahan tu baju sleeveless yang menampak keseksianmu yang terunggul ditambah dengan gaya you merokok memang highclass lar you!!!
Buat hatiku minat dan teringin sangat nak rapat dengan you.

2 ulasan:

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...