Ahad, 6 Mei 2012

Adun Ayer Kuning Adun Berjiwa IT

AYER KUNING - Ketua-ketua kampung di Parlimen Tapah diingatkan supaya membuka sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial dan laman web kampung masing-masing.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Tapah, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, laman sosial seperti Facebook, Twitter yang dibuka bakal memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat terkini berkenaan kampung mereka.

Menurutnya, setiap laman web itu perlu disediakan pautan (link) pelan tindakan kampung yang mengandungi maklumat penduduk.

“Segala masalah yang dihadapi penduduk dapat dikenal pasti melalui pautan pelan tindakan ini.

“Apa yang penting kini, ketua kampung perlu membuka laman web kampung mereka sendiri selain ada laman sosial untuk memudahkan mereka berinteraksi di antara satu sama lain,”
katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan komputer riba kepada 434 ketua kampung dan ahli jawatankuasa bahagian Parlimen Tapah, di sini.

Samsudin yang juga Adun Ayer Kuning berkata, selain daripada itu, pastikan laman web dan sosial itu dikemas kini bagi membolehkan penduduk mendapat mendapat informasi terkini termasuk aktiviti yang akan berjalan dalam masa terdekat.

Katanya, ia boleh menjadi medium interaksi terbaru dalam kalangan penduduk dan pemimpin bagi menyalurkan maklumat serta masalah.

“Notebook yang diberikan kepada ketua kampung dan AJK bahagian ini akan memudahkan lagi kerja mereka.

“Gunakanlah kemudahan yang diberikan ini dengan sebaik mungkin,” katanya.



*sumber dari laman sesawang Sinar Harian 12 April 2012.


Kinta Menjerit berbangga mempunyai seorang pemimpin berjiwa IT dan peka kepada perkembangan dan keperluan dunia cyber di negeri Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...