Isnin, 17 Disember 2012

Tumporrrr!!!!...Melayu DAP kena palam, sedihnyer


Kesemua lapan pemimpin DAP Melayu yang bertanding bagi merebut jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC)disingkir apabila kalah dengan keputusan teruk pada Kongres Kebangsaan ke-16 DAP.

Keputusan tersebut sekaligus membuktikan parti dominasi kaum Cina itu tidak memberi laluan kepada mana-mana calon Melayu termasuklah Zairil Khir Johari, yang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Zairil cuma memperoleh 305 undi manakala Lim meraih 1,576 undi. Sejumlah 1,823 perwakilan mengundi bagi memilih 20 orang barisan kepimpinan DAP bagi tempoh 2012-2015.

Calon lain yang disingkir ialah Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor (216 undi), Senator Ariffin S.M Omar (748), Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton (347 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121), Pengerusi DAP cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim (98), Roseli Abdul Ghani (39) dan Harun Ahmad (28).

Zulkifli ketika ditemui berkata mesej yang diperjuangkannya selama 25 tahun untuk menempatkan kaum Melayu dalam CEC parti itu tidak sampai ke peringkat akar umbi.

3 pemimpin utama dalam DAP memperoleh undi paling tertinggi dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) selepas keputusan diumumkan malam ini, namun tiada seorang pun calon dari kaum Melayu yang terpilih.
Lim Kit Siang mendapat undi tertinggi dengan 1, 607 undi, diikuti anak beliau Lim Guan Eng 1, 576 dan Karpal Singh dengan 1, 411 undi.

Turut memeranjatkan adalah bekas Ketua Pemuda DAP (Dapsy) Anthony Loke yang mendapat undi tertinggi dengan 1, 202.

"Ya, ia sangat mengecewakan tiada orang Melayu yang terpilih, tapi perkara ini akan kami bincang esok.

"Kami akan melantik beberapa calon untuk mewakili kaum-kaum tertentu," kata setiausaha agung DAP.

Selain itu, Lim berkata keputusan ini adalah datang daripada delegasi dan semua pihak akan menghormati keputusan ini.

"Walaupun ada pihak yang kalah, kami tetap masih satu parti," terang beliau.

Bagi Loke pula, perkara tersebut berlaku memandangkan beberapa calon daripada Melayu rata-rata masih muda dan kurang berpengalaman.

"Tidak ada calon terpilih mungkin disebabkan mereka masih muda.

"Calon-calon baru ini belum dikenali, jadi mereka perlukan sedikit masa lagi," ujar Loke.

Loke juga memberitahu bahawa mereka akan berbincang untuk melantik beberapa calon daripada kaum-kaum tertentu seperti kaum Melayu serta etnik Sabah dan Sarawak.

"10 orang lagi akan dilantik dalam CEC, esok akan kami bincangkan," jelas Loke.

DAP mempunyai kira-kira 150,000 anggota dari 730 cawangan. Sejumlah 2,576 perwakilan menghadiri kongres pada hari ini.





DAP anti Islam (Melayu)
Muslim sepatutnya ANTI dengan DAP




* sumber dari laman sesawang akhbar tempatan





1 ulasan:

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...